Thursday, May 21, 2009

LTTE, SRI LANKA CUBA PERANGKAP KAUM TAMIL MALAYSIA....AWAS

OLEH : PEMIKIR -MM

Sri Lanka mendapat keyakinan diri setelah berjaya menunduk dan menewaskan pengganas-pengganas LTTE . Serangan secara lazim dalam sains ketenteraan yang digunakan oleh Colombo akhirnya dapat menebus maruah dan kedaulatan negara yang hampir-hampir terjerumus dalam kancah peperangan melawan terrorist dengan banyak menghabiskan nyawa dan dana. Ketenteraman dan keselamatan negara mempunyai nilai yang agak sukar hendak diukur dengan wang ringgit. Tetapi bila ada ketenteraman di dalam sesuatu negara maka ia tidak ternilai lagi.

Kematian pemimpin utama LTTE iaitu Prabhakaran pada hari Sabtu lepas di kawasan sengit merupakan suatu pencapaian besar kepada tentera Colombo. Kematian ini dengan sekaligusnya membantut perjuangan ketenteraan LTTE di Sri Lanka. Namun media antarabangsa yang banyak dimonopoli oleh orang-orang Tamil sebagai wartawan terus mengembar-gemburkan kezaliman Colombo mengebom orang-orang awam di kawasan peperangan. Ada 1 juta lebih penyokong-penyokong LTTE bertaburan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara barat. Mereka inilah yang tidak jemu-jemu menabur cerita-cerita negatif kepada pemimpin-pemimpin barat termasuklah Bank Dunia iaitu IMF. Bank ini dikatakan tidak akan cuba memberi pinjaman kepada Sri Lanka yang juga menghadapi krisis ekonomi.

Pemimpin-pemimpin di Colombo terutamanya Presiden Sri Lanka, dalam ucapannya di parlimen menyatakan kesediaannya untuk berdamai dan menjadikan Sri Lanka negara aman untuk semua etnik termasuk kaum Tamil yang tidak menentang kerajaan. Hasrat murni Presiden sepatutnya disokong oleh semua kaum Tamil termasuklah mereka di luar negara. Orang-orang Tamil yang sibuk berdemontrasi di Kuala Lumpur, London, Washington, Ottawa, Paris, Geneva dan di mana jua perlu berhenti dan renung semula. Mereka sepatutnya tidak boleh menyokong keganasan dalam mana-mana negara jua. Mereka harus berdiri dibelakang presiden Sri Lanka untuk keamanan dan kesejahteraan negara.

Pemerhati berpendapat bahawa orang-orang Tamil terutamanya di Malaysia jangan masuk campur dalam hal ehwal Sri Lanka. Perbuatan berdemonstrasi di hadapan Kedutaan China, Jalan Ampang, Kuala Lumpur oleh orang-orang Tamil ini bolehlah dianggap sebagai memihak kepada LTTE dan keganasan. Mereka-mereka ini juga orang-orang yang serupa diguna tanpa sedar oleh pelampau India yang kini bermaharajalela, tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan Malaysia. Adalah diseru bahawa orang-orang Tamil Malaysia yang terlibat fokus kepada keperluan negara dan juga satu Malaysia yang diutarakan okeh YAB Perdana Menteri

No comments: