Monday, May 11, 2009

DIPLOMAT MALAYSIA BERWIBAWA DI LUAR NEGARA-HASSAN TALIB PERLU SABAR.

Oleh: Pemikir - MM

En. Hassan Talib dari Gombak menulis surat kepada New Straits Times, 11 Mei 2009 ruangan Letters muka surat 19 berkaitan dengan Diplomat. Untuk makluman En. Hassan bahawa Kementerian Luar (Wisma Putra) merupakan satu kementerian yang telah banyak memberi khidmat cemerlang kepada Malaysia sejak merdeka lagi. Kementerian ini dari mula wujudnya ia, memang mempunyai Pegawai-pegawai Tadbir Dan Diplomatik yang cekap serta berwibawa. Majoriti pegawai fasih dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris.
Penulis pernah bekerja di PBB, New York di mana bahasa Inggeris selain daripada bahasa Rusia, China, Arab, French, Latin, Spanish digunakan. Sehubungan dengan ini bahasa Inggeris adalah satu-satunya yang dikuasai oleh Diplomat-diplomat Melayu di Wisma Putra yang lazimnya berinteraksi dengan Diplomat-diplomat asing dalam tugas harian di lobi-lobi PBB.
Memandangkan Wisma Putra perlukan penjawat-penjawat yang terbaik adalah wajar sekiranya pegawai-pegawai itu berwibawa dan mempunyai potensi untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi, sama ada mereka adalah anak-anak Diplomat itu sendiri, diberi pertimbangan. Ini adalah kerana ia mempercepatkan recruitment pegawai-pegawai ke Wisma Putra. Anak-anak Diplomat ini mempunyai pendedahan termasuklah pelajaran-pelajaran di sekolah-sekolah antarabangsa dan ini sekaligus menepati keperluan perkhidmatan Wisma Putra. Saya kira JPA tiada halangan dalam hal ini.
Saya bersetuju bahawa idealnya pelajar-pelajar yang dipilih untuk Wisma Putra mempunyai kelulusan dalam bidang sejarah, sains politik, hubungan antarabangsa dan ekonomi. Saya berpendapat pegawai-pegawai mempunyai kelulusan dalam disiplin sains seperti zoologi, botani, kejuruteraan, design, arkitek pun sesuai untuk menjawat jawatan di Wisma Putra. Untuk mengatakan seorang graduan dalam bidang zoologi hanya dilatih untuk mengkaji monyet dan babun adalah kurang tepat. En. Hassan terlalu emosional dalam hal ini. Beliau sepatutnya lebih memikirkan dari luar kotak.
Pemerhati berpendapat bahawa pandangan En. Hassan perlu keluar dari kotak dan belenggu tradisi atau old school. Beliau sepatutnya lebih minat untuk memberi motivasi daripada memperkecil-kecilkan graduan daripada bidang sains. Tahukah anda bahawa ramai Diplomat yang berkhidmat di PBB, New York adalah Saintis dalam bidang pemakanan, persekitaran, angkasa lepas, persenjataan, nuklear, marin, penyakit-berjangkit, ekosistem, air dan banyak lagi.

1 comment:

Anonymous said...

En Hassan silap beri pandangan, Diplomat kitalah yang terbaik diAsia Tenggara...mereka ini boleh berinteraksi yang terbaik diperingkat PBB tak guna jurubahasa. Janganlah tersalah anggap komen Tun M.Mohamd dalam chetdet.com....semuga pegawai2 Diplomat Wisma Putra tidak lemah semangat, ini satu cabaran untuk kamu semua....
Dari,
Kagum PTD anak bangsa