Wednesday, May 27, 2009

PDRM PERLU PANTAU AGEN-AGEN PKM

OLEH : PEMIKIR - MM

Secara keseluruhannya rakyat Malaysia termasuklah veteran-veteran polis dan tentera menolak dengan sekeras-kerasnya cadangan untuk membenarkan ketua PKM, Chin Peng, menjejaki kakinya di Tanah Melayu. Mereka telah melahirkan pandangan-pandangan marah kepada PKM yang ganas itu seperti terdapat di TV1 (RTM) dan juga media-media utama seperti Utusan Malaysia dan NST. Ramai mengucapkan terima kasih kepada RTM yang telah dapat memaparkan gambar-gambar berkaitan dengan kegiatan bersenjata PKM di negeri-negeri Semenanjung dan juga Sarawak.

PKM, di dalam dokumen-dokumennya yang dirampas pihak keselamatan dan juga manifestonya, bertekad untuk merampas kuasa dengan cara kekerasan. Mereka telah mewujudkan suasana ketidakstabilan dalam negara melalui kegiatan-kegiatan gerila di pinggir-pinggir bandar dan juga dalam estet-estet getah yang menjadi tempat rakyat mendapat rezeki. Dengan bantuan negara-negara komanwel terutamanya United Kingdom, PKM tidak dapat bertapak dengan sempurna dimana-mana kawasan juga dalam negara. Mereka dikejar dan diserang habis-habisan oleh tentera dan polis Malaysia. Selatan Siam merupakan kawasan mereka mendapat perlindungan termasuklah ubat-ubatan untuk mereka yang cedera parah. Hubungan Malaysia dengan Thailand banyak memainkan peranan untuk menafikan gerakan-gerakan mereka di kawasan-kawasan sempadan Kelantan, Perak dan Kedah.

Banjaran dari Utara Johor terus ke sempadan Siam, merupakan saluran pergerakan gerila-gerila PKM. tetapi dengan semangat waja kerajaan dan rakyat dikukuhkan dengan undang-undang darurat, agenda jahat PKM tidak tercapai. Mereka yang menyerah diri masih hidup dan ada yang senyap-senyap bermastautin di Malaysia dan Selatan Thailand.

Perjuangan komunis dimana-mana jua telah digagalkan oleh setiap negara yang sudahpun mencapai tahap pembangunan ekonomi yang boleh membela nasib rakyat dengan baik. Ideologi komunis segar dalam keadaan negara yang ditimpa kemiskinan dan kepimpinan yang tidak demokratik. Walau bagaimanapun ideologi komunis tidak boleh dikatakan sudah hilang tetapi masih diamalkan oleh kuasa-kuasa besar seperti Rusia dan China. Kedua-dua negara ini mempunyai penduduk berjumlah 1.4 billion rakyat dan mereka adalah negara kaya. Negara China akan menjadi satu kuasa yang dapat menandingi Amerika Syarikat menjelang 2050.

Pemerhati berpendapat bahawa ada pihak-pihak tertentu dalam Malaysia yang menjadi dalang kepada Chin Peng dan PKM. Mereka mungkin terdiri daripada beberapa orang cina yang masih tidak menerima hakikat bahawa PKM sudah lama diharamkan. Kelompok kecil ini cuba memainkan sentimen Cauvinistik Cina yang diwar-warkan oleh overseas chinese. Elok pihak keselamatan Malaysia memantau kumpulan ini kerana mereka boleh menjadi dibit untuk menghidupkan ideologi komunis yang anti goverment dan anti sultan. Mereka akan cuba mempermainkan-mainkan dengan melaga-lagakan kaum tempatan supaya mereka muncul sebagai pemenang dalam percaturan ini.

No comments: