Monday, May 18, 2009

WUJUDKAN "ACADEMY OF LAW" SEPERTI DI SINGAPURA DAN JADIKAN BAR COUNCIL SEBAGAI NGO.

oLEH : MM-
Bar council berniat membuat memorandum kepada kerajaan berkaitan dengan 5 lawyer yang kononnya ditahan oleh pihak polis awal Mei 2009. Council juga menggesa Ketua Hakim Negara dan juga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia untuk meneliti perkara ini. Apa yang dituntut oleh bar council terkandung dalam resolusi yang di lulus oleh Mesyuarat luar biasanya pada 15 Mei 2009. Mereka juga menuntut Menteri Kementerian Dalam Negeri dan IGP, PDRM meletakkan jawatan.
Ramai orang berminat dengan bar council ini yang ahli-ahli exconya terdiri daripada lawyer-lawyer berketurunan India. Mereka sangat hairan dengan hala tuju bar council ini dan menganggap bahawa visi nya sudah melencong jauh. Segi hakikinya, council ini sepatutnya membela karier ahli-ahlinya yang terdiri daripada lawyer-lawyer lama dan baru.
Kejelikan orang ramai terhadap bar council ini meningkat apabila beberapa ahli nya sudah melakukan sesuatu yang tak patut dilakukan seperti berdemonstrasi di jalan raya, semenjak PR Umum 2008 lagi. Mereka menjadi lebih asyik lagi apabila demonstrasi-demonstrasi ini melibatkan orang-orang PKR dan pelampau India(HINDRAF).
Eloklah bar council ini difikirkan semula tugasnya. Ahli-ahli terlibat perlu fokus dan membuat keputusan ke arah mana mereka hendak pergi. Jikalau mereka berniat untuk mengertak PDRM dan menteri-menteri Kabinet yang menjalankan tugas mereka demi kepentingan negara, eloklah bar council ini dijadikan seperti NGO biasa.
Di Singapura peranan council ini dipisahkan. Di sana kerajaan telah wujudkan satu akademi undang-undang untuk menjaga kepentingan dan karier para lawyer. Ini merupakan satu pendekatan baik dan eloklah kerajaan malaysia mencontohinya demi menjaga nama baik lawyer-lawyer di Malaysia. Sekiranya perkara ini tidak dibendung dari sekarang, bar council Malaysia akan terjebak dalam perkara-perkara yang boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan negara.

No comments: