Tuesday, May 12, 2009

PKR DAN DAP BERSANDIWARA MELALUI PILIHANRAYA

1. PKR dikatakan oleh para penyokong pelakon utama Anwar Ibrahim telah berjaya menunjukkan kekuatan partinya melalui pilihanraya-pilihanraya kecil tajaan mereka.
2. Justeru kebelakangan ini trend perletakan jawatan ADUN telah menular pula ke dalam parti DAP, iaitu dikatakan Manoharam, Penasihat Undang-undang kepada Pertubuhan haram Hindraf pula menyatakan ingin meletakkan jawatan sebagai ADUN dengan alasan bahawa beliau tidak dapat berkhidmat kepada para pengundi yang mengundi beliau kerana masih di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ini merupakan alasan, menarik simpati rakyat / masyarakat negara ini kearah dirinya yang masih ditahan. Alasan ini memang tidak logik kerana perkhidmatan kepada pengundi di kawasan beliau telah dilakukan oleh isteri beliau sendiri.
3. Alasan yang serupa diberikan En. Mohamad Fairuz selaku Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti dengan alasan ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.
4. Kepada rakyat seharusnya memahami bahawa apa yang berlaku sebenarnya dirancang oleh Penasihat PKR yang ingin mengheret kerajaan terikut-ikut dengan mainan mereka, supaya kerajaan tidak boleh menumpukan kepada pembangunan untuk rakyat, sebagai pengundi seharusnya mesti berfikir bahawa setiap kali pilihanraya diadakan cukup banyak wang dibelanjakan, perbelanjaan wang begitu rupa merupakan pembaziran semata-mata, trend seperti ini sebenarnya bertentangan dengan demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia sejak 50 tahun lebih.
5. Tidak sepatutnya demokrasi yang ada digunakan untuk kepentingan peribadi atau satu-satu liputan semata-mata. Trend perletakkan jawatan sebagai ADUN kini telah menular ke dalam DAP pula, jika amalan meletakkan jawatan sebagai ADUN, menjadi budaya dalam PKR sudah pasti negara akan dilihat tidak stabil/lebih-lebih lagi jika kerajaan tidak turut meletakkan calon untuk bertanding, maka mereka akan menuduh kerajaan sebagai tidak mengamalkan demokrasi, dan inilah sebenarnya yang dikehendaki oleh Penasihat PKR.
6. Beliau (Penasihat PKR) yang merancang segala–galanya, ini jelas bila isteri beliau sendiri meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen di Permatang Pauh semata-mata untuk memberi laluan kepada beliau (Anwar) untuk bertanding di kerusi berkenaan.
7. Inilah perangai pelakon utama dalam politik negara, tak habis-habis sejak dulu lagi dengan pelbagai karenah serta melempar pelbagai tuduhan kepada kerajaan selepas beliau dikenakan tindakan, ekoran kelakuan tak bermoral ke atas Sukma Dermawan dan lain-lain sehingga yang terakhir ke atas pembantu beliau iaitu Mohamad Saiful, inikah tokoh yang kita mahu jadikan sebagai pemimpin? Fikir-fikirkanlah ........
MT
TINGKAT 6.COM
06 MEI 2009

No comments: