Monday, May 4, 2009

R. GANESAN, CALON SESUAI SPEAKER DUN PERAK

Oleh: Pemikir - MM

Orang-orang Malaysia menunggu dengan penuh debaran langkah seterusnya oleh DUN-DUN pembangkang Perak pada 7 Mei 2009 apabila Dewan Negeri bersidang. Usul untuk melantik R. Ganesan, Ahli Exco Tertinggi MIC untuk menjadi Speaker Dewan telahpun sampai kepada Setiausaha Dewan untuk proses selanjutnya pada 7 Mei.

Di sini jelas menunjukkan bahawa orang-orang Perak masih percaya kepada demokrasi yang dibina oleh BN/UMNO selama 50 tahun. Pada 7 Mei nanti usul ini akan dibentang dan adalah diharapkan bahawa Ahli-ahli Dewan dapat membuat pilihan tepat terutamanya Ganesan sebagai Speaker.

Pemerhati politik berpendapat bahawa pihak pembangkang akan cuba cari jalan untuk membantutkan usaha-usaha murni yang terjalin dalam demokrasi. Mereka masih berdegil mempertahankan benda yang tidak sepatutnya bukan hak mereka lagi tetapi kerana kesombongan politik dan ego tinggi, pembangkang kelihatan lari dari hakikat.

Adalah diharapkan 7 Mei akan menjadi hari penentu bagi warga Perak yang menunggu-nunggu kembalinya BN mengepalai Dewan Undangan Negeri Perak supaya tugas-tugas pembangunan negeri dapat diteruskan.

No comments: