Tuesday, May 26, 2009

GERILA TALIBAN DI SWAT MEMBAHAYAKAN ISLAMABAD


OLEH : PEMIKIR - MM

Pakistan sedang menghadapi kempen memerangi puak Taliban di Lembah Swat, 100 km dari Islamabad, ibu negeri Pakistan. Peperangan ini terpaksa di lakukan kerana pelampau-pelampau Taliban dianggap sangat hampir dengan Islamabad. Pihak Amerika terutamanya turut bimbang tentang kejayaan Taliban menguasai Lembah Swat yang merupakan satu daerah disukai pelancong-pelancong barat dan tempatan kerana keindahannya.

Seramai 15,000 tentera Pakistan digemblengkan untuk berdepan dengan 4,000 anggota Taliban di kawasan ini. Buat masa ini operasi ketenteraan berlaku diluar kota dalam Lembah Swat. Tentera Taliban tidak mahu bandarayanya menjadi medan perang dan akhir nanti menjadi padang jarak padang tekukur. Itupun bandar ini telah mula kehilangan 10% dari penduduk berjumlah 300,000 orang. Sekiranya serangan terus membara, Mingora, bandaraya ini akan menghadapi tekanan yang boleh menyulitkan penduduk-penduduk yang tidak mahu keluar.

Pihak Amerika khuatir bahawa Pakistan tidak gigih menghancurkan gerila-gerila Taliban di Swat. Sebenarnya peperangan seperti ini memerlukan dana dan juga sokongan peperangan yang cukup. Pakistan tidak terdaya untuk menentang Taliban sekiranya tiada dana yang dapat disediakan oleh Amerika Syarikat. Dari laporan-laporan, didapati bahawa Washington telah menunjukkan kesediaan untuk membantu Islamabad memerangi Taliban di Lembah Swat. Tujuan utama Amerika adalah untuk juga menjejaki Osama bin Ladin yang dikatakan masih hidup bersembunyi di persempadanan Afghanistan-Pakistan. Obama juga bimbang bahawa kerajaan di Islamabad dibawah Presiden Asri perlu dipertahankan kerana beliau tidak mahu melihat Taliban menguasai bom-bom nuklear yang terdapat di Pakistan.

Pemerhati percaya bahawa Taliban akan menghadapi kekalahan dan mungkin berundur dari Lembah Swat dan berlindung di kawasan yang lebih selamat dan jauh dari bala tentera Pakistan dan juga serangan-serangan udara Amerika. Malaysia bersimpati dengan kedudukan di Pakistan dan menghormati pendirian Pakistan menentang keganasan Taliban yang sangat pro Al-Qaeda dan Osama bin Ladin. Gerila Taliban ini merupakan fanatik yang tidak boleh diubah pemikiran dan komitmen mereka kepada perjuangan anti sekular. Mereka telah diberi peluang untuk mentadbirkan Lembah Swat dengan cara Islam tetapi agendanya tidak terbatas kepada itu malahan untuk menakluk Lembah Swat sebagai kawasan untuk kegiatan Taliban.

No comments: