Wednesday, May 27, 2009

KATA NAK BUAT RAYUAN, KENAPA PULA NAK MOGOK LAPAR????

SUMBER : MELUR

Pemimpin pembangkang sering mendakwa Malaysia merupakan sebuah negara kejam, tidak demokrasi dan juga mengamalkan hukum rimba. Kini mereka menuduh Kerajaaan Barisan Nasional BN merampas kuasa di Negeri Perak. Mereka turut menyalahkan BN sebagai pencetus kemelut politik di negeri Perak.

Dan sepatutnya apabila Mahkamah Rayuan telah mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak , pakatan pembangkang harus menghormati mahkamah walaupun keputusan tidak memihak kepada mereka.

Namun perkara sebaliknya berlaku.Mereka bertindak menolak keputusan mahkamah. Mereka menolak sistem perundangan negara dan mereka mencabar kewibawaan hakim - hakim yang yang ada.

Pemimpin pakatan pembangkang dengan bangganya melancarkan mogok lapar mulai esok semata-mata untuk mendesak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, membubarkan DUN Perak dan sebagai protes terhadap keputusan mahkamah rayuan.

SOALNYA….

1. Apakah mereka tidak boleh menerima keputusan ini sebagai ketentuan Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui? Kenapa dalam situasi ini mereka seolah tidak percaya kepada qada’ dan qadar dariNya yang lebih mengetahui….

2. Mengapa pula nak persoalkan keputusan mahkamah kalau sudah menyatakan bersikap terbuka dan menghormati keputusan mahkamah?

3. Kalau dah beritahu nak buat rayuan ke Mahkamah Persekutuan, mengapa perlu dilakukan tindakan seperti mogok lapar ini?

4. Sedar atau tidak , mogok lapar ini boleh menimbulkan keresahan rakyat dan menganggu perjalanan pentadbiran kerajaan negeri?

Itulah wajah sebenar mereka....semuanya hanya retorik sekadar untuk meraih sokongan rakyat sahaja...

No comments: