Wednesday, May 20, 2009

FEQAH POLITIK

TINGKAT 6.COM


Hj. Hadi Awang mendakwa musuh PAS telah berjaya mengkuburkan feqah politik PAS sejak beberapa tahun dulu, kini PAS berjaya menghidupkan semula feqah politik, kenyataan ini dibuat dalam ceramah di Hulu Terengganu.

2. Selaku warganegara, saya tidak pernah mendengar feqah politik ini ditimbulkan sebelum ini, satu demi satu ciptaan Hadi dikeluarkan bagi menarik perhatian rakyat bagi tujuan mendapat sokongan semata-mata, tak lebih dari itu, ini kerana hampir menjelang Muktamar, maka berfikirlah Hadi apa lagi slogan yang boleh meraih simpati para perwakilan ke Muktamar dan rakyat keseluruhannya.

3. Hadi lebih kurang Anwar Ibrahim ada saja idea tetapi semua tidak menjadi kenyataan. Hadi boleh berkawan dengan Anwar, Lim dan Karpal untuk menghabiskan sisa-sisa perjuangan dalam pakatan untuk menentang kerajaan BN.

4. Semasa menjadi Ketua Dewan Ulama menyatakan kami tidak menentang UMNO kerana dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana dia BN, kita menentang BN kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.

5. Katanya lagi perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan dengan puak-puak ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.

6. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu tetapi kita menjadi kafir dengan menyatakan politik suku agama suku.

7. Bagi Hadi, feqah politik dia boleh berubah, boleh bertukar mengikut keperluan semasa, inilah feqah politik Hadi .....

8. Bila memerintah Terengganu, beliau menyatakan bahawa PAS mendirikan kerajaan, kebajikan untuk semua bangsa tanpa mengira kedudukkan dan warna kulit, tetapi kesudahannya tidak ada apa pun yang Hadi boleh buat, hanya slogan semata-mata, tidak lebih dari itu.

9. Selain itu, 2003 kita dikejutkan dengan negara Islam dan perlaksanaan hukum ”Hudud” dan ”Syariah” tetapi akhirnya fiqrah Hadi mengenai ”Hudud Syariah” tidak dapat dilaksanakan kerana ditentang oleh DAP, rakan dalam BA ketika itu. Jadi hukum Hadi boleh berubah-ubah mengikut selera pakatan, akhirnya pengikut/penyokong PAS tertipu dengan slogan-slogan janji-jani seperti ini?

10. Sanggupkah orang-orang PAS bersubahat dengan pimpinan yang menggunakan slogan-slogan seperti ini? sanggup mempermain-mainkan hukum Islam menuduh orang lain tidak Islam, menuduh orang lain kafir.

11. Hukum kaedah-kaedah feqah dibawa bila ada pilihanraya atau pun Muktamar. Mempermainkan hukum Allah semata-mata untuk mencari kedudukkan dalam politik.

13. Tidakkah anda masih ingat fatwa–fatwa yang dibuat oleh Hadi Awang iaitu:-

(a) Tidak sah solat di belakang imam orang BN.
(b) Haram makan sembelihan orang-orang BN.
(c) Terfasakh nikah yang dibuat oleh orang BN.
(d) Tidak boleh mayat orang BN di tanam di perkuburan orang Islam.
(e) Orang-orang BN yang mati tidak boleh di sembahyang ke atasnya.
(f) Orang BN tidak payah solat, puasa, naik haji kerana tidak diterima oleh tuhan.

ucapan Hadi Awang kepada para penyokong PAS dengan jelas menghukum kepada warganegara yang tidak menyertai PAS. Semuanya ini karut semata-mata, hasilnya perpecahan, perceraian dan segala-galanya. Justeru, Ibrahim Libya sanggup menghasut para pengikutnya menentang pemerintahan (peristiwa Menali di Kedah).

14. Feqah politik yang baru diperkenalkan ini sekali lagi boleh mengundang perpecahan di kalangan masyarakat terutama dikalangan umat Islam, inilah jenis Tok Guru yang disokong oleh ratusan ribu umat Islam dalam negara hari ini, pada kita ini bukan perjuangan untuk menegakkan Islam, perjuangan untuk pangkat, politik dan perut.

15. Feqah politik dulu tak boleh bergaul, bermusyawarah dan duduk semeja dengan orang-orang bukan Islam jadi kafir, kini feqah politik baru ini boleh duduk berbincang bermusyawarah dengan DAP tak jadi kafir pula disebabkan keperluan, jadi hukum feqah ”Hadi” boleh berubah-ubah, kalau kita mahu semuanya halal, kalau tidak ada kepentingan kita hukumnya haram.

16. Setiap kali ada kepentingan istilah feqah diubah-ubah supaya apa yang mereka lakukan halal di sisi mereka bukannya di sisi agama. Boleh bermusyawarah dengan DAP atas dasar tahaluf iaitu untuk menentang siapa sahaja yang bersekongkol UMNO/BN kononnya melakukan kezaliman, menguatkuasakan undang-undang, membangunkan negara, memulihkan ekonomi, memberi pelajaran dan lain-lain tanpa mengira kedudukkan fahaman politik dan agama semua zalim. Sebaliknya mereka bekerjasama dengan orang-orang bukan Islam kerana ingin menegakkan perjuangan parti dan kepentingan politik halal pula.

17. Inilah sifat PAS, tak habis-habis menipu rakyat. Apa saja untuk kebaikan parti mereka boleh.

18. Politik wang kini berlaku dalam PAS, ini diakui sendiri oleh Pengerusi Dewan Ulama PAS, tetapi yang lain termasuk Mursyidul Am menolak, tak mungkin perkara itu berlaku dalam PAS, persoalannya kenapa? Orang-orang PAS itu bukankah manusia? Mengaku bersih, tetapi perbuatan sejak dulu PAS menggunakan Islam untuk kepentingan politik, semata-mata. Kini seluruh kepimpinan marah dengan kenyataan ”Ustaz Daud Iraqi” kerana mendedahkan politik wang berlaku dalam PAS yang jelas pimpinan PAS dan para penyokong bukan malaikat.

No comments: