Friday, May 22, 2009

JAMBATAN BARU JOHOR BHARU - SINGAPURA AKAN DIREALISASIKAN

OLEH : PEMIKIR - MM


Pertemuan di antara YAB Perdana Menteri dengan Perdana Menteri Singapura merupakan lawatan ketiga PM di dalam rangka menemui jiran dalam ASEAN. Singapura sebagai negara hampir yang hanya dipisahkan dengan Tambak Johor sepanajang 2km pernah dulu menjadi jajahan Tanah Melayu. Singapura mendapat kemerdekaan dengan restu Perdana Menteri Malaysia Pertama, YAM Tunku Abd. Rahman.

Malaysia - Singapura mempunyai ekonomi yang berbeza-beza dan juga saiz kawasan yang tidak serupa. Singapura seluas 170 batu persegi mempunyai ekonomi yang berteraskan khidmat perbankan, import eksport, pemasaran antarabangsa DLL. Negara ini yang tidak mempunyai hutang seperti negara-negara lain turut berdepan dengan krisis ekonomi dunia. Pertumbuhan ekonomi juga merosot dan diantara lainnya ramai pekerja-pekerja Malaysia yang berulang alik dari Johor Bharu ke Singapura, telah kehilangan kerja.

Lawatan rasmi YAB PM ke pulau ini sudah pasti menarik minat kedua-dua warga Singapura dan Malaysia kerana akan terdapat perubahan yang boleh sedikit sebanyak melonjakkan perniagaan dan kerjasama 2 hala berteraskan menang-menang. Membincangkan mengenai Tambak Johor dalam perjumpaan kali ini, adalah satu-satu agenda yang di tunggu-tunggukan. Sekiranya jambatan baru yang mengganti Tambak Johor ini direalisasikan maka Johor Bharu akan mendapat tempias ekonomi yang berlipat ganda. Pembinaan CIQ yang sudah digunapakai telah menyisihkan kedudukan Bandar Johor Bharu terutamanya dipersekitaran Jalan Ah Fook, yang satu masa dulu sangat sibuk. Kini kawasan itu adalah sepi dan banyak kedai-kedai telah ditutup kerana perniagaan menurun.

Pemerhati berharap bahawa jambatan baru akan menjadi kenyataan yang boleh menjadikan Selat Tebrau dioptimakan. Kapal-kapal dagang dapat memendekkan masa untuk pergi ke Pelabuhan baru Johor Bharu dan ini akan menguntungkan kedua-dua negara. Dengan adanya Tambak Johor Lama, kapal-kapal dagang memerlukan 3 jam untuk tiba ke Pelabuhan baru dari Pelabuhan Pasir Gudang.

No comments: