Thursday, May 21, 2009

PEMBANGKANG MENGEKSPLOITASI ISU BIASISWA JPA




OLEH : PEMIKIR - MM


Tidak sudah-sudah akhbar-akhbar, orang-orang politik, pemimpin-pemimpin kaum membicarakan biasiswa JPA. Ini bukanlah perkara baru malahan telah ditimbul banyak kali dalam parlimen dan forum-forum. bagi mereka yang tahu, JPA memang ada peruntukan untuk biasiswa bagi mereka yang cemerlang terutamanya lepasan SPM mendapat banyak 'A'. Biasiswa ini pula ada di peruntukkan untuk luar negara dan dalam negara.

Sepanjang masa, JPA telah mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk biasiswa ke luar negara. Mereka-mereka ini telah pulang dengan ijazah-ijazah profesional termasuk kedoktoran, kejuruteraan, akauntan, saintis dan ratusan lagi. JPA juga memberi biasiswa untuk lepasan-lepasan SPM belajar di universiti tempatan dalam bidang-bidang serupa yang dianggap kritikal. Secara keseluruhannya, beribu-ribu pelajar tajaan JPA kini berkhidmat di sektor awam dan swasta.

Bagi SPM 2008, didapati ramai pelajar lagi yang telah mendapat banyak 'A'. Pada 2007 JPA mendapati permohonan-permohonan pelajar-pelajar yang turut dapat banyak 'A'. Tetapi kali ini jumlah yang dapat 'A' makin bertambah. Mereka berpendapat layak untuk dapat biasiswa JPA dan majoriti hendak belajar di luar negara. Permohonan ini pun ditepati bersandarkan kepada prasyarat yang ditetapkan. Setengah pelajar tiada dapat pertimbangan kerana mereka tidak dapat 'A' dalam subjek moral atau agama. Mereka mempunyai 'A' dalam subjek-subjek lain tetapi tiada ambil berat bagi subjek-subjek moral atau agama. Padahal subjek ini penting samaada untuk pelajar-pelajar Islam dan bukan Islam.

Pemerhati berpendapat bahawa parti pembangkang pun sama-sama mengeksploitasi isu ini. Pelajar-pelajar terutamanya bukan Melayu menjadi umpan segar kepada pembangkang yang sentiasa mencari kelemahan kerajaan. Adalah dinasihatkan bahawa ibubapa pelajar-pelajar sama-sama faham dan bertenang dalam hal biasiswa ini kerana JPA sentiasa mencari jalan untuk menepati mereka-mereka yang berkelayakan.

No comments: