Monday, May 25, 2009

SAMY VELLU PATUT SOKONG INISIATIF PBB DAN PRESIDEN SRI LANKA

OLEH : PEMIKIR - MM

Selepas Sri Lanka berjaya mengalahkan gerila LTTE, dunia kini termasuklah PBB memberi tumpuan kepada kedudukan pelarian-pelarian dan mangsa-mangsa perang. Setiausaha agung, PBB juga turut membuat lawatan rasmi ke Colombo dan melawat khemah-khemah mangsa-mangsa perang yang terdiri daripada orang-orang awam Tamil. Setiausaha Agung PBB dalam wawancara dengan akhbar mengatakan bahawa zon perang sangat menyedihkan.

Akhbar-akhbar antarabangsa terutamanya di Eropah yang memantau keadaan pasca perang mengatakan bahawa Sri Lanka kononnya telah berlaku zalim. Mereka melaporkan bahawa tindakan Sri Lanka tidak perlu mendapat pujian. Laporan PBB pula setakat ini 80,000 - 100,00 telah terkorban sejak perang bermula daripada 1983. Kini terdapat 300,000 orang Tamil di pusat-pusat pelarian di utara timur Sri Lanka.

Di PBB, Sri Lanka telah mengemukakan satu draf resolusi meminta negara untuk jangan campur tangan dalam hal ehwal Sri Lanka. Resolusi ini di co-sponsor oleh 12 negara termasuklah China, India, Pakistan, Bahrain, Bolivia, Cuba, Mesir, Indonesia, Malaysia, Nicaragua, Filipina dan Arab Saudi. Datuk Sri Samy Vellu mengatakan bahawa di Malaysia ada 1.4 million orang Tamil dari jumlah 1.8 million kaum India. Beliau mengatakan bahawa Sri Lanka telah bertindak ganas memerangi gerila LTTE. Samy Vellu mendesak supaya Malaysia tidak menyokong resolusi PBB itu.

Malaysia sebagai ahli PBB terkenal sebagai anggota yang moderat. Dasar luar Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip menghormati kedaulatan tiap negara. Malaysia tidak mirip untuk campurtangan dalam hal ehwal mana-mana negara samaada di Sri Lanka, India, Pakistan, Rusia, China dan lain-lain lagi. Malaysia membuat pendirian dalam hal ini berteraskan kedudukan negara-negara yang rapat dan berkongsi sempadan dengan Sri Lanka. Negara utama yang menjadi panduan bagi Malaysia ialah India. Datuk Sri Samy Vellu faham politik PBB dan beliau sendiri pernah menghadiri persidangan PBB pada 1976.

Pemerhati berpendapat bahawa orang-orang Tamil di Malaysia ini supaya menerima hakikat yang berlaku di Sri Lanka. Presidennya sedang berusaha untuk menstabilkan keadaan dan ini perlu sokongan semua pihak dan anggota PBB. Malaysia sendiri telah membuat bantuan berjumlah RM350,000 untuk pusat-pusat pelarian orang-orang Tamil. Sri Lanka juga berterima kasih atas tindakan Wisma Putra disamping membenarkan Mercy Malaysia untuk mengadakan klinik-klinik kesihatan di kawasan perang yang tertentu. Sri Lanka juga telah meminta Malaysia melabur dalam program pembangunan pasca perang seperti membina sekolah-sekolah, hospital, jambatan-jambatan yang punah.

No comments: