OLEH : PEMIKIR - MM
Keadaan ketenteraan Sri Lanka masih belum reda. Tentera Kerajaan Sri Lanka dilaporkan dapat mengepong anggota ITTE yang sudah terperangkap di antara laut dan darat di Timur Utara Sri Lanka. Laporan mengatakan bahawa mereka2 yang tidak terlibat dalam serangan meriam dan pasukan udara telah mendapat perlindungan di kawasan yang lebih selamat.
Apa yang berlaku di Sri Lanka sekarang merupakan satu perang melawan pihak-pihak yang cuba nak menjatuhkan kerajaan. Mereka ini adalah terroris dan juga insurgents menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat songsang. Colombo tiada cara lain hanya dengan membasmi mereka secara total. LTTE pula sangat dibenci oleh Delhi kerana mereka disyaki membunuh anak lelaki Indra Gandhi satu masa dahulu. Kini kumpulan yang sama jugak terus mengganas dan cuba memiliki kawasan dalam Sri Lanka untuk dijadikan jajahan mereka. Sebagai negara yang berdaulat dan juga anggota PBB. Colombo berhak mempertahankan diri demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.Ejen2 LTTE di luar negara termasuklah di Eropah dan Amerika telah mengapi-apikan media bahawa Colombo menggunakan kekerasan terhadap orang2 tamil civilian. Mereka ini telah meracun pemikiran pemimpin2 barat untuk mengasak Sri Lanka supaya hentikan bedilan terhadap kubu terakhir LTTE. bukan itu sahaja mereka ini meracun minda pemimpin2 negara2 barat dan NGO2 untuk mengutuk kononnya Colombo adalah zalim terhadap orang2 Tamil. Sedarkah pihak media bahawa selama ini, terrorist2 LTTE telah membunuh dan mencedera beribu2 rakyat Sri Lanka, terdiri daripada org awam dan angkatan tentera?. Periksalah dahulu sebelum menuduh Colombo itu zalim. Carilah punca tercetusnya pergolakan ketenteraan di Utara Sri Lanka.
Pemerhati berpendapat bahawa kita perlu waspada pada media barat yang cuba memberi berita2 negatif terhadap negara2 sdg membangun termasuklah Sri Lanka. Kita perlu meneliti dengan cermat apa yang berlaku di Sri Lanka. Malaysia yang pernah melalui darurat kerana Parti Komunis Malaya berniat buruk utk menjatuhkan kerajaan Malaysia melalui kekerasan, sudah pasti faham ttg apa yg berlaku di Sri Lanka.
Eloklah kita bersama-sama lebih objektif dalam membuat penilaian politik Sri Lanka supaya rakyat Sri Lanka dapat menganggap rakyat Malaysia lebih memahami masalah yang dihadapi oleh Colombo
Tuesday, May 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment