Monday, May 11, 2009

ISA ITU POSITIF...MAS SELAMAT DIBERKAS DAN DITAHAN.

Oleh: Pemikir - MM

Perdana Menteri Singapura telah mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia di atas penangkapan Mas Selamat Kastari di Skudai, Johor April lepas. Mas Selamat telah berjaya melepaskan dirinya dari penjara Singapura tahun lepas dan berenang masuk ke Johor dan tinggal di Kampung Tawakal yang agak tersorok.
Penangkapan Mas Selamat ini oleh Special Branch (SB) PDRM adalah dengan bantuan polis Singapura dan Indonesia. YAB PM melaporkan kepada akhbar bahawa Mas Selamat lebih merbahayakan Singapura. Beliau tidak ada perancangan untuk membawa kecelakaan di Tanah Malaysia.
Pemerhati mengucapkan tahniah kepada PDRM terutamanya SB yang berjaya menjejaki dan memberkas pengganas ini yang ada hubungan dengan Al-Qaeda. Mas Selamat juga pakar dalam bidang-bidang letupan dan ini merupakan satu kemahiran yang dipelajari dari Al-Qaeda. Kini beliau ditahan bawah ISA satu-satunya akta yang pasti memberi kesan positif kepada negara demi ketenteraman awam dan keselamatannya. Tanpa ISA, maka agak sukar bagi Kuala Lumpur untuk mengambil tindakan tepat. Undang-undang biasa seperti POPO, pasti tidak dapat digunakan terutamanya ke atas Mas Selamat.
Mereka-mereka yang anti ISA, perlu berfikir semula dan jangan mudah terpengaruh dengan idea-idea barat yang kononnya memperjuangkan liberalisasi total, tetapi tidak dapat mengambil tindakan terhadap pengganas yang berkeliaran di dalam negara masing-masing. Konsep Guantanamo yang dimegahi oleh Amerika Syarikat pada zaman Bush adalah satu opsyen yang negatif kerana ini bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia. Washington dan London pernah mengutuk Malaysia berkaitan dengan ISA. Tetapi kedua-dua negara ini sudah mula faham tentang aspek positif ISA. Washington dan London telah mengadakan akta anti terrorismnya masing-masing dan didapati berkesan.

No comments: