Friday, May 22, 2009

TERRORIST MALAYSIA DI PENJARA GUANTANAMO BAY AKAN DIPULANGKAN KEPADA MALAYSIA.

OLEH ; PEMIKIR - MM


Keputusan kerajaan untuk membawa balik 2 terrorist Malaysia yang kini di kurung di Penjara Guantanamo Bay adalah satu langkah pro aktif yang diutarakan menteri luar Malaysia kepada Hillary Clinton di Washington baru-baru ini. Pendekatan ini menunjukkan bahawa Malaysia sungguh bertanggungjawab dan merasakan terrorist-terrorist ini sedikit sebanyak boleh membantu siasatan lanjutan oleh PDRM mengenai jaringan dan agenda sulit Jemaah Islamiah (JI) yang berpunca dari Indonesia.

Presiden Obama dalam persidangan akhbarnya pada 21 Mei 2009 di White House, Washington memberitahu bahawa Guantanamo adalah tanggungjawab Amerika Syarikat. Washington perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap penghuni-penghuni penjara itu. Ada terrorist dari negara-negara lain seperti UK,Pakistan, Australia, France, Iraq DLL dalam penjara itu. Rata-rata negara-negara ini kecuali Malaysia, yang tidak sanggup mengambil balik banduan-banduannya. Obama mengatakan bahawa Amerika tidak boleh memaksa negara berkaitan menerima banduan-banduan ini. Dalam hubunganh ini kesanggupan Malaysia mengambil balik banduan ini pasti tidak disukai oleh negara-negara lain.

Mantan Timbalan Presiden Amerika Syarikat, Dick Cheney, tidak bersetuju dengan keputusan Obama. Parti Republikan di bawah Bush yang bertanggungjawab mewujudkan penjara Guantanamo ini mendesak kerajaan mengekalkannya. Obama menganggap bahawa menentang keganasan oleh presiden Bush tidak berkesan dan ia juga bertentangan dengan pegangan nilai dan amanah yang ada pada Washington. Presiden Bush selama ini didapati sudah melencong dalam membenteras keganasan dan dalam proses itu banyak menyakitkan hati negara-negara sahabatnya.

Pemerhati yakin bahawa Wisma Putra dengan kerjasama KDN dapat membawa pulang terrorist-terrorist Malaysia yang diberkas di Bangkok beberapa tahun dahulu. Washington mungkin gagal dalam mendapatkan maklumat dari mereka ini dan ini merugikan masa dan maklumat yang boleh digunakan oleh badan-badan keselamatan Kuala Lumpur, Jakarta dan Singapura secara perkongsian.

No comments: