Tuesday, May 19, 2009

BN TIDAK BERTANDING DI PENANTI ADALAH LANGKAH BIJAK

OLEH : PEMIKIR - MM


Keputusan BN/UMNO untuk tidak meletakkan calonnya dalam PRK DUN Penanti dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, adalah satu langkah yang telah dikaji dengan teliti. BN sedar tentang agenda terselindung DSAI di Penanti. Sebenarnya PKR sengaja meminta ahli DUN Penanti, Fairos untuk letak jawatan. Ini satu taktik lama dan juga berunsur pembaziran yang diguna oleh pembangkang terutamanya di era DSAI. Beliau yang masih lagi taksub untuk menjadi Perdana Menteri terus mencari jalan untuk mengeliru dan memporakperandakan keadaan.

Sekiranya BN letakkan calonnya di Penanti, ini akan mengembirakan DSAI. Ia diibaratkan seperti pucuk dicita ulam mendatang. Dalam kempen-kempennya nanti beliau akan menghabiskan suara sumbangnya menghentam kerajaan. Ini adalah satu perkara yang mudah kerana beliau tiada apa yang nak dipertanggungjawabkan selain daripada mengutuk dan menyemai benih-benih benci terhadap kerajaan.

Fairos didapati tidak tersabit dengan tuduhan rasuah. Beliau bebas pergi dan juga diberi masa untuk kekal sebagai ahli DUN. Dilaporkan desakan dari pucuk pimpinan tertinggi PKR sangat kuat supaya beliau meletak jawatan. Inilah dilema yang dihadapinya dan perkara ini bukanlah rahsia lagi.

Pemerhati berpendapat bahawa memang bijak BN tidak bertanding dalam DUN Penanti kerana ini merupakan satu perangkap dan juga jerangkap samar DSAI yang patut didedah habis-habisan supaya pengundi-pengundi Penanti dan rakyat Malaysia amnya tau perihal kepura-puraan DSAI.

No comments: