Friday, May 8, 2009

SPEAKER SIVAKUMAR DITIPU OLEH DS NIZAR, KETUA PEMBANGKANG PERAK

Oleh: Pemikir - MM

Sivakumar, Speaker DUN Perak yang telah menerima usul pemecatan dari BN, berdegil serta memaut kerusi Speaker selama lima jam. Beliau menjerit-jerit dari kerusinya bahawa pemecatannya adalah haram. Keadaan menjadi kelam kabut apabila ahli-ahli pembangkang lain mengepung beliau supaya tidak ditarik keluar oleh Bentara. Senario yang penuh jenaka ini memberi pelbagai interpretasi. Tetapi interpretasi yang paling mudah sekali, Sivakumar diumpamakan seorang badut atau clown yang menjadi bahan tertawa ahli dewan, rakyat Perak, orang awam dan juga media.

Kalau Sivakumar ini seorang gentleman dan percaya kepada diri sendiri, beliau sepatutnya bangun dan meninggalkan kerusi untuk ambil tempat dalam dewan sebagai ADUN biasa. Langkah ini akan menjadi beliau dihormati dan mungkin mendapat sokongan moral. Tetapi oleh sebab mabuk dengan kuasa, poket, pangkat dan perut beliau mengambil opsyen untuk memalukan diri sendiri.

Pemerhati percaya bahawa apa yang dilakukan oleh Sivakumar tidak dapat diterima oleh majoriti kaum India di Malaysia. Sivakumar hanya memalukan orang India terutamanya mereka yang sudah lama tinggal di Malaysia sebagai rakyat yang setia kepada kerajaan Barisan Nasional/UMNO. Kini Sivakumar akan diingati sebagai seorang pemimpin India yang tidak bertamadun di Perak.

Kepada DS Nizar, apa yang berlaku kepada Sivakumar akan menjadi sejarah hitam dalam kehidupan kedua-dua individu ini yang tidak hormat Dewan Undangan, etika kerja dan Sultan.

6 comments:

Anonymous said...

Shame on you. Cakap bukan-bukan!
BN rampas kuasa secara haram, semua rakyat takkan lupa perbuatan hitam BN ! The black 507 !

freemalaysia said...

A sad day where UMNO goons and police dogs were used to bring shame to an august assembly-Its not Sivakumar who is gila kuasa but UMNO and its running dogs which included the State Secretary, the Bentara and other uncivil civil servants-when Karpal was attacked, IGP said immunity Parliament, so police cannot act-tell us how come they could enter the Dewan yesterday-double standards or no standard

Anonymous said...

bro...

itu hanya lu punya persepsi... kalau sivakumar blah itu pondan namanya... parti pondan hanyalah UMNO/BN... yg menggunakan kuasa polis sebagai balaci a.k.a anjing2 shj

umno/bn dah gunakan undang2 koboi kat perak... itu pasal pemimpin umno perak tak ubah berotak lembu... kalau dh buat undang2 koboi... tak salah lah kita tembak aje kepala ketuai-ketuai umno perak ni... hehehe jgn marah bro

lu sokong umno ke... kahkahkah... patut pun sengal!

hj jamaludin said...

bISMILAH hIR rAHMAN NIR RAHIM
TO BLOGGER
Cakap pasal YB Siva "GENTLEMEN" ATAU NAK SURUH YB SIVA BERSIKAP GENTLEMEN . BAGI PENDAPAT SAYA , TOLONG TENGOK MUKA KAT CERMIN BILA KITA NAK CADANG ORANG SUPAYA GENTLEMEN .TOLONG CAKAP KAT UBN DULU JANGAN KACAU RUMAH TANGGA ORANG ATAU JANGAN NAK CURI "BINI" ORANG .PR BARU 11 BULAN MENTAKBIR N.PERAK DA DI LIWATI OLEH UBN .KALAU UBN GENTLE TUNGGULAH SAMPAI PRU 13 . GENTLE KONON PO DAH

Anonymous said...

Pandangan Saudara memang salah. Saya seorang rakyat Malaysia keturuan india, bangga dgn sikap Sivakumar yang mempertahanan proses perundangan.
Yang memalukan ialah perbuatan keji POLIS serta Anggota Awam yang sepatutnya jadi "neutral".
Proses menamakan "Speaker" baru salah, walhal speaker sebenar masih memegang office.
Saudara sepatutnya belajar undang-undang.

Anonymous said...

tunggu la 11hb may ni baru komen .. nanti confirm nizar masih sah mb mcmana pula ceritanye ??