Tuesday, May 26, 2009

AMINAH HASAN SAMA KUAT DENGAN DR. MANSOR DI DUN PENANTI. UNDILAH KEBENARAN

OLEH : PEMIKIR - MM

Menjelang Pilihanraya kecil (PRK) di DUN Penanti, wujud beberapa perkembangan terbaru yang menarik perhatian pemerhati politik tempatan. Yang paling terserlah ialah mengenai pendedahan calon bebas, Aminah Abdullah yang kini sedang giat berkempen. Kempen beliau agak luar biasa dan ini menjadi bahan utama dalam akhbar-akhbar tempatan dan media baru.

Calon Aminah telah menjadikan isu rasuah yang beliau sendiri hadapi sebelum hari penamaan calon, 23 Mei 2009. Beliau mendakwa telah dijanjikan insentif-insentif menarik oleh kepimpinan PKR sekiranya menang dalam PRK ini. Insentif ini termasuklah apa yang beliau laporkan kepada akhbar, jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga wang berjumlah RM80,000 sebagai ganti rugi yang digunakan untuk bertanding 31 Mei 2009. Aminah menceritakan orang-orang PKR bertemu beliau selama 3 jam dan ini berlaku sebanyak 2 kali dalam seminggu. Pertemuan ini telah disaksikan oleh ahli keluarga Aminah.

Aminah bersedia untuk mengemukakan bukti dalam bentuk CD kepada media mengenai cerita sebenar DSAI. CD ini sebagai mana yang dipaparkan di televisyen, benar wujud. Aminah juga telah melaporkan mengenai perkara rasuah ini kepada pihak polis.

Sebagai tindakbalas, PKR telah menafikan perbuatan mereka terhadap Aminah. Mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Aminah supaya menarik balik tuduhan-tuduhan dan meminta dia memohon maaf.

Pemerhati berpendapat bahawa Aminah Abdullah ini bukan calang-calang orang. Beliau sanggup berdepan mengadap dengan beraninya perkara-perkara salah yang telah dilakukan oleh PKR dan DSAI. Beliau tahu risikonya tetapi dalam politik perkara ini adalah sesuatu yang biasa.

SPR & SPRM seharusnya memberi perhatian kepada apa yang disebutkan oleh Aminah Abdullah. Mereka perlu berbuat sesuatu dari sekarang atau bertindak selepas PRK?. Apa yang didedahkan oleh Aminah Abdullah ini bukanlah direka-reka atau pembohongan. Walau bagaimanapun tindakan Aminah Abdullah ini ada kesannya kepada calon-calon lain termasuklah Dr. Mansor, orang kuat DSAI. Beliau mungkin tersepit tetapi berharap untuk turut menang dalam PRK ini. Apa yang diwarwarkan Oleh Aminah pasti memeningkan Dr. Mansor dan PKR kerana pengundi-pengundi wanita dan warga tua menaruh simpati kepada Aminah Abdullah, mantan pemimpin wanita dalam PKR Pulau Pinang. Rata-rata pengundi-pengundi DUN Penanti mempunyai pendirian bercampur-campur kerana mereka mempunyai pilihan untuk memilih yang terbaik dari kalangan 2 ahli PKR.

No comments: