Thursday, May 7, 2009

LTTE DI SRI LANKA TERSEPIT.....SELEPAS 37 TAHUN BERMAHARAJALELA

OLEH : PEMIKIR - MM
Situasi ketenteraan utara timur di Sri Lanka iaitu Mullaittivu, masih dipertahankan oleh pejuang-pejuang LTTE yang diketuai oleh Prabhakaran, 54thn. laporan menunjukkan puak LTTE sudah terperangkap di darat dan sukar hendak lari ke laut kerana kepongan sedang dilakukan oleh angkatan laut Sri Lanka.

Di darat, pejuang-pejuang LTTE dengan dibekalkan bahan-bahan tentera yang cukup, terus bertahan cuba menentang tentera kerajaan Sri Lanka yang dianggap kuat.

Buat masa ini desakan dari luar negar terus mencurah meminta kedua2 pihak mengadakan gencatan senjata supaya mengurangkan kecelakaan terus berlaku. dari lapangan pejuang2 LTTE sedang menghadapi pukulan dan mereka kini dalam keadaan kelam kabut. Tentera kerajaan terus maju kehadapan dan telah meminta pejuang2 jahat LTTE untuk menyerah diri supaya tidak berlaku banyak lagi kematian di kalangan orang awam yg dijadikan tebusan oleh LTTE.

media antarabangsa yang dipebgaruhi oleh org2 Tamil Eelam terus mengutuk Sri Lanka terhadap apa yg mrk katakan pembunuhan org2 awam. Media ini menghentam pengikut emosi dan tanpa mengira bahawa terrorist Tamil pun turut membunuh org awam tg cuba mendapat perlindungan disediakan oleh Sri Lanka.

Sri Lanka kecewa dgn sikap negara barat spt Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah yg masih tidak faham tentang pendirian kerajaan Sri Lanka. Pemimpin2 Sri Lanka kesal dengan sikap demikian dan keadaan ini memaksanya untuk mencari dan berapat dengan negara2 yang bersimpati dengannya termasuklah Rusia, China, Iraq, Iran dan lain lain lagi. Sri Lanka terpaksa berbuat demikian kerana ia sedang menghadapi satu cabaran ketenteraan yang agak berat demi keselamatan rakyatnya. Pemimpin Sri Lanka berazam untuk terus menggerakkan ketenteraannya sehingga semua pejuang2 Tamil Eelam di utara, dapat dihapuskan.

Pemerhati politik menganggap bahawa apa yang berlaku di Sri Lanka adalah masalah dalaman. Oleh kerana Tamil Eelam sudah tersepit, mereka mencari jalan untuk mewar-warkan kononnya mereka dizalimi oleh colombo. Sebagai taktik, terrorist ini cuba mendapatkan simpati antarabangsa memberi ruang untuk mereka berundur atau lari di negara-negara lain. Mereka juga berharap mendapat status pelarian atau dan perlindungan politik atau asylum di negara ketiga. ini adalah dengan harapan mereka dapat menghidupkan balik perjuangan jahat di Sri Lanka dari negara ketiga.

Malaysia hendaklah awas dengan taktik LTTE ini dan mempastikan bahawa semua pintu masuk ke Malaysia berwaspada terhadap penyuludupan dan masuknya orang-porang LTTE.

No comments: