Monday, May 4, 2009

NIZAR MASIH BERSIKAP KEANAK-ANAKKAN...RAKYAT PERAK BOSAN

Oleh: Pemikir - MM

Dato' Seri Nizar masih tidak puas-puas hati lagi menegakkan benang yang basah. Beliau kini bawa kes ke mahkamah untuk buat keputusan mengenai status Menteri Besar Perak.

Rata-rata rakyat Perak mahukan pembangunan dan kebajikan mereka dipertingkatkan. Apa yang berlaku sekarang, pembangkang-pembangkang banyak membuang masa melakukan perkara-perkara yang tidak memberi faedah kepada rakyat.

Rakyat Perak sudah bosan dan telah pun dapat membuat penilaian terhadap kepimpinan pembangkang yang lebih membesarkan tembolok mereka dari kepentingan rakyat. Senario ini adalah tidak sesuai dalam zaman moden ini tambah lagi dengan sikap keanak-anakkan Nizar yang tidak jemu-jemu mempersendakan rakyat.

Pemerhati berpendapat bahawa Nizar berhentikan kerja-kerja membazir dan memberi tumpuan kepada tugas-tugasnya sebagai Ahli DUN dan juga MP Kawasan Bukit Gantang.

5 comments:

Anonymous said...

Saya sokong Dato' Seri Nizar kerana BN ambil alih kerajaan Perak dengan taktik kotor, bukan mandat rakyat.

Sesekali kalau dapat ajar sikit BN ni bagus jugak .... bongkak sangat macam dunia ni diorang yang punya.

Bila menang bersorak sakan .... kehendak rakyat katanya. Bila kalah .... PR pengaruh rakyat pasal tu kalah.

Rakyat muak dengan karenah pemimpin BN ni dah ..... semua nak kira kroni aje.

C.C.GAN said...

Biar jadi kebudakbudakan...jgn jadi pembunuh sudah lah......

TAAVEEKUN PERAK said...

Dulu Pakatan Rakyat tuduh BN gunakan pengundi hantu untuk menang dalam pilihan raya. Sekarang ini mereka tuduh BN gunakan bomoh pula untuk bersidang dalam dewan. Memang Pakatan Rakyat mahir membuat cerita. Kalau hendak sedap lagi cerita, mereka mungkin akan minta wartawan asing tolong tambah cerita.

Anonymous said...

Harap dapatkan fakta yang benar sebelum megulas.... Rakyat Perak memang sudah bosan tapi bosan dengan cara UMNO/BN merampas dan memtakbir negeri Perak. Bukan bosan dengan apa yang dinyatakan oleh saudara. Memang dasar UMNO/BN dengan pengikut pengikutnya sekali yang suka memutar belit fakta yang benar. Kalau negara ini mengamalkan demokrasi yang dilaung laungkan oleh pihak UMNO/BN, mengapa merampas negeri Perak dengan begitu rakus sekali tanpa menerima pandangan rakyat Perak. Kalau saudara begitu yakin yang rakyat Perak sudah bosan dengan PR, megapa tidak dicadangkan bubar DUN Perak. Biar rakyat Perak sendiri yang memilih kerajaan yang mereka suka. Bukan dengan cara yang diamalkan oleh UMNO/BN dengan merampas, mencuri dan mencolek. Diharap saudara insaf dan jangan lagi melakukan kerja kerja yang keanak anakkan dan tidak memberi faedah. Baliklah kepanggal jalan yang benar. Rakyat Perak memang telah bosan, jemu dan mual dengan cara saudara mempersendakan rakyat sepertimana yang dilakukan oleh UMNO/BN. INSAFLAH DAN JANGAN BUAT KERJA MAKSIAT ITU LAGI.....

alvin_gov said...

wahai WM !
Sebenarnya, engkau 100 % silap mengatakan DS Nizar mahupun pemimpin PR buang masa !

Rakyat, khususnya penduduk perak memang menaruh harapan kepada DS Nizar dan seluruh pemimpin "PAKATAN RAKYAT" untuk menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan bukannya demokrasi semata-mata untuk menjaga kepentingan ahli UMNO/BN.

Rakyat Perak tanpa mengira kaum atau bangsa bukannya bodoh dengan rencana yang dibangkitkan sewenang-wenangnya oleh UMNO/BN untuk merai simpati!

alvin_gov
http://alvin-gov-rakyat.blogspot.com