Monday, May 4, 2009

BANK IDEA RAKYAT DIGEMARI AKAR UMBI.

Oleh: Pemikir - MM

Bank Idea Rakyat yang dicetuskan oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh pada 2 Mei 2009 merupakan satu lagi pendekatan untuk melibatkan rakyat dalam pembangunan tempatan dan negara bersesuaian dengan Satu Malaysia. Ini adalah satu konsep yang dinamis dan juga berunsur magis kerana ia pasti mendapat respon positif dari akar umbi tidak kira agama, bangsa dan budaya.

Konsep ini juga serasi dengan cara pemikiran akar umbi di mana mereka berpeluang memberi idea-idea dan yang bagus diberi penilaian serta pengiktirafan untuk dicuba. Dengan cara ini penglibatan rakyat dalam usaha merancakkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang boleh membawa kepada kebaikan mereka, akan menjadi lebih sistematis dan berpanjangan.

Presiden Obama sebelum menjadi dicalonkan menggunakan konsep ini tetapi yang berbentuk lazim iaitu konsep counter services atau khidmat kaunter yang sangat digemari oleh pengundi-pengundi Amerika. Kenapa? Mereka dapat meluahkan perasaan dan hati mereka tentang apa-apa jua kepada bakal Presiden idea-idea untuk memperkukuhkan Amerika. Obama telah berjaya meraih sokongan yang sangat luar biasa dengan menggunakan counter services yang diselenggarakan oleh NGO-NGO dan orang-orang persendirian.

Pemerhati berpendapat bahawa Bank Idea Rakyat ini mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk sama-sama membantu YAB Perdana Menteri merealisasikan Satu Malaysia dalam masa yang cepat dan berkesan.

No comments: