Monday, May 11, 2009

ELOKLAH UTHAYAKUMAR DAN WAYTHAMOORTHY TINGGAL DI LONDON.

Oleh: Pemikir - MM

Tindakan kerajaan membebaskan 13 tahanan ISA termasuklah tiga dari pihak pelampau India mulai 10 Mei 2009 iaitu Hari Ibu, adalah langkah berani dan ikhlas kerajaan. Rata-rata rakyat Malaysia terutamanya warga India, gembira dengan tindakan YAB PM dan YB Menteri Dalam Negeri.
Majoriti yang dibebaskan itu adalah mereka yang terlibat dalam aktiviti pelanunan dan penculikan di perairan Sabah berhampiran Filipina Selatan. Beberapa di kalangan mereka ini telah ditahan sejak 2003 lagi. Kini mereka telah pun dihantar balik ke Sabah dan perlu akur pada syarat-syarat pembebasan.
Tiga India daripada pelampau India pula telah diterima oleh sanak saudara mereka. Satu daripada mereka ialah Mahoharan, ADUN Kota Alam Shah, Selangor dan beliau sudah bersedia untuk berkhidmat untuk pengundi-pengundinya. Seorang lagi India, Uthayakumar, memberi akhbar bahawa beliau tidak akan memohon maaf kepada kerajaan. Beliau dengan penuh ego berjanji untuk terus berjuang untuk meningkatkan kehidupan orang India.
Uthayakumar akan cuba memohon pasport antarabangsa untuk melawat abangnya Waythamoorthy di London. Abang beliau ini masih berlindung di London dan dari sana membuat fitnah-fitnah terhadap Malaysia. Sampai bilakah dua beradik ini hendak teruskan aktiviti yang tidak berkepentingan kepada 1Malaysia dan ketenteraman negara? Mereka berdua ini tidak mempunyai perasaan berterima kasih dan malu kepada rakyat Malaysia terutamanya warga India. Mereka berdua ini bolehlah dianggap sebagai tidak patriotik. Eloklah mereka berdua ini terus duduk di London dan memperjuangkan nasib orang-orang India di sana pula dan kalau boleh cari jalan bertemu dengan Ratu Elizabeth.
Pemerhati berpendapat bahawa tindakan YAB PM dalam hal ini sangat mengkagumkan. Beliau sanggup membuat sesuatu walaupun ada risiko-risikonya. Tapi YAB PM yakin bahawa seluruh rakyat Malaysia bersama-sama beliau dalam hal ini. Pada warga India, pujuklah kedua-dua pemimpin India ini yang songsang dan tidak berpendirian supaya kembali ke pangkal jalan.

No comments: