OLEH : PEMIKIR - MM
Keputusan kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran di bawah TPM, TS Muhyiddin untuk mengkaji PPSMI secara terperinci adalah satu langkah yang bijak. Dengan cara ini, kementerian akan dapat membuat keputusan yang lebih sempurna dan realistik mengambil kira memorandum dan hujah-hujah yangmasih diterima.
Malaysia adalah dalam proses mencapai status negara membangun dan seperti negara-negara maju ia memerlukan segala kemahiran untuk menghadapi cabaran abad ke 21 ini. Bahasa adalah satu daripada perkara utama dan penting untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih global dan international.
Yang dipertikaikan oleh warga Malaysia ialah penggunaan BI dalam pengajaran Sains dan Matematik yang telahpun berjalan selama 5 tahun. Kanak-kanak yang telah melalui proses ini tiada menghadapi apa-apa masalah besar. Tetapi yang banyak buat bising adalah pembangkang yang menggunakan isu BI ini untuk kepentingan mereka. walhal ahli-ahli pembangkang ini termasuklah DSAI fasih berbahasa Inggeris. Dengan penguasaan BI lah mereka ini dapat melangkah jauh sehingga memegang tampuk kepimpinan parti terutamanya pembangkang.
kini mereka cuba menidakkan peluang warga kanak-kanak Malaysia dapat mahir dalam Bahasa Inggeris yang digunakan oleh berbillion penduduk dunia termasuk di India, Burma, Filipina, Nepal, Sri Lanka dan Benua Afrika. Penggunaan Inggeris di negara-negara ini jelas membuktikan bahawa ada kekuatannya yang boleh digunakan untuk mengukuhkan kefahaman kanak-kanak Melayu khususnya di Malaysia.
Pemerhati berpendapat bahawa kementerian Pelajaran bersikap rasional serta terbuka dalam keputusan mereka nanti. Singapura mengambil masa 20 tahun untuk menguasai program ini dan apa salahnya kementerian memberi masa untuk tujuan baik bagi semua bangsa khususnya anak-anak Melayu
Tuesday, May 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment