OLEH : PEMIKIR - MM
Persidangan bersama akhbar Menteri Luar Malaysia dengan Hillliry Clinton di Washington dimana pihak press telah mengemukakan beberapa soalan tajam, merupakan satu langkah terbaik demi mengukuhkan lagi hubungan 2 hala Malaysia dan Amerika Syarikat. Ini adalah julung-julung kalinya persidangan akhbar dapat diadakan sejak Obama menjadi presiden. Ini melambangkan sikap keterbukaan saf baru AS yang bersedia mendengar suara negara kecil spt Malaysia yang mempunyai penduduk sebanyak 27juta.
Hilliry Clinton pernah menjadi wanita pertama AS sebelum presiden Bush telah memberi imej baik kepada Malaysia terutamanya kepada Datuk Anifah Aman, Menteri Luar. Pihak AS terutamanya kedutaannya di Jalan Uthan, telah membuat kajian awal mengenai politik dan proses demokrasi yang berjalan baik di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia. Bukan mudah untuk mengadakan Persidangan Akhbar seperti ini. Sebelum pilihanraya 2008iaitu pada era presiden Bush, DSAI mendapat tempat utama dalam perkiraan kerajaan di Washington. Ketika itu, DSAI seolah-olah orang yang sangat digemari dan dipercayai oleh pemimpin-pemimpin termasuk Condeeliza Rice.
Dengan adanya Presiden Obama, Washington mengambil sikap baru dalam diplomasinya termasuk lebih banyak mendengar daripada memberi kuliah. Dengan cara ini hubungan antara 2 negara akan menjadi lebih akrab dan masing-masing bebas menyuarakan pendirian mengenai isu-isu berkepentingan tanpa ragu-ragu. Perhubungan dagang Malaysia-AS telah mencecah USD66 billion dan angka ini terus bertambah. Malaysia sebagai negara sederhana mahu terus mengukuhkan hubungan perdagangan dengan Amerika, sebuah negara yang kaya dan mempunyai penduduk yang berpendapatan tinggi.
Pemerhati mengucapkan tahniah kepada Wisma Putra dan menteri-menteri terlibat terutamanya Datuk Anifah Aman kerana dapat meyakinkan politik sederhana Malaysia kepada pemimpin Amerika Syarikat. Adalah diharapkan bahawa lawatan YAB Perdana Menteri ke Beijing pada penghujung Jun 2009 akan mendapat sambutan yang akrab dari pemimpin-pemimpin utama China memandangkan bahawa hubungan Kuala Lumpur-Beijing adalah begitu lama. Satu masa dulu Beijing juga berpendirian membantu Malaysia apabila mengambil pendirian untuk tidak campurtangan dalam urusan Malaysia dan juga tidak mengikhtiraf gerakan pengganas yang bernama Parti Komunis Malaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment