Wednesday, May 20, 2009

MALAYSIA NEGARA ISLAM

TINGKAT 6.COM

Setelah memerhati dengan teliti senario politik pemerintahan dan kedudukkan negara dari semua sudut muamalat, munakahat, jinayat dan syariat selepas lima puluh tahun merdeka, amat sempurna ini disebabkan kejayaan politik di bawah pimpinan lima Perdana Menteri terutamanya ketika negara di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, negara dikenali seluruh dunia.

2. Kejayaan ini dicapai hasil usaha gigih semua rakyat di semua peringkat, rakyat dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang wujud di sebalik kejayaan politik yang terjamin yang diterajui oleh UMNO/BN.

3. Kita sebagai generasi pelapis mesti sanggup menghadapi apa jua bentuk cabaran baru, khususnya dalam dunia tanpa sempadan, berdasarkan falsafah hidup aman damai dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Agama Islam sebagai agama rasmi negara mesti ditegakkan, bagi agama-agama lain juga bebas mengamalkannya.

4. Apakah status negara ini dari kaca mata Islam? Adakah Malaysia yang mencapai kemerdekaan 1957 dikenali sebagai Daulah Islamiah atau dilihat sebagai daulah kafirah harbiah atau daulah kafirah zimih? atau adakah dilihat masyarakat Islam kini bernaung di bawah sebuah negara kafirah sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh sebuah parti politik yang tidak tahu arah halatuju perjuangannya yang menuntutu kita berjihad, memerangi mereka atau menghalau mereka untuk kita mendirikan daulah Islamiah seperti yang dikehendaki oleh sebuah parti politik yang sifatnya agak emosional, tidak rasional. Isu ini amat penting, perlu dibincangkan untuk mencari kata sepakat dan seterusnya membuat penyelesaian kerana isu ini menjadi salah satu daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada perbalahan seterusnya perpecahan dan ketidak harmonian, malah lebih dari itu, iaitu boleh mengugat keselamatan negara seperti yang pernah berlaku 13 Mei.

5. Apabila kita menyambut daulah Islamiah, sudah pasti perhatian kita akan tertumpu kepada negara Islam yang pertama di zaman Rasulullah s.a.w. dan di zaman khalifah Al-Rashidin. Inilah daulah Islamiah contoh yang utama dibangunkan, meletakkan prinsip-prinsip yang paling unggul sebagai negara Islam, tentunya pemahaman kita mengenai Islam, harus merujuk kepada negara yang telah dibangunkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dan terus dimodenisasikan oleh Khalifah Al-Rashidin tanpa meninggalkan prinsip-prinsip yang diasaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. yang berpandukan kepada wahyu.

6. Negara Islam di zaman baginda adalah merupakan negara yang diperintah oleh pemimpin yang betul-betul bertaqwa, berakhlak mulia yang memiliki sifat-sifat mamduhah, tawaduk yang bercakap benar, tidak berdusta, tidak bersifat dengan sifat mazmumah, menegakkan Islam, kebenaran, keadilan seperti yang disifatkan dalam firman Allah bermaksud ”Rasulullah Tidak Bercakap Mengikut Hawa Nafsu, Melainkan Bercakap Mengikut Wahyu Allah s.w.t.”

7. Negara Islam di zaman baginda di perintah mengikut hukum-hukum Allah s.w.t. dan ajaran baginda Rasulullah s.a.w. Jika berlaku sesuatu kesamaran, sangsi, syak dan sebagainya maka terus dirujuk kepada baginda Rasulullah s.a.w. Daulah Islamiah di zaman Rasulullah merupakan daulah Islamiah contoh yang terbaik untuk dijadikan tauladan, begitu juga di zaman khalifah Al-Rashidin, asas dan prinsip bernegara meletakkan asas ketaqwaan dan keadilan sejagat, walaupun kualiti kepimpinan mereka tidak setanding dengan kualiti yang dimiliki oleh baginda Rasulullah s.a.w. kerana mereka tidak maksum dan tidak pula menerima wahyu.

8. Kualiti negara Islam di zaman selepas Al-Rashidin ini disebabkan berlakunya kezaliman disamping munculnya pemberontakan di sana sini, pemikiran masyarakat, persekitaran menjadikan umat Islam berpuak-puak. Bukan sahaja kepuakan yang terbentuk dari aliran politik, bahkan melibatkan aqidah-aqidah songsang . Hari ini wujud kepuakan dikalangan orang Melayu beragama Islam menidakkan Melayu lain berselindung di sebalik tabir Islam dan kebebasan hak asasi.

9. Proses penurunan ini membawa kepada kelemahan perpecahan kepada negara Islam secara umum dan Malaysia secara khusus, kelemahan dan perpecahan itu, berkesudahan dengan kejatuhan inikah yang kita mahu? jika jawapan tidak, kita perlu menerima hakikat bahawa perpaduan adalah satu-satunya jalan penyelesaian bagi mencapai matlamat asas sebuah negara.

10. Polimik yang memperdebatkan samada status negara Malaysia Islam atau tidak Islam, sehingga terdapat satu kelompok yang menyertai satu kumpulan politik mendakwa Malaysia bukan sebuah negara Islam kerana kepimpinan tidak terdiri dari kalangan ulama yang memakai jubah atau serban, pandangan yang begini amat cetik dan ianya membawa
kepada perpecahan, dikalangan rakyat Malaysia sehingga kini terdapat segelintir masyarakat yang menganggap Malaysia bukan sebuah negara Islam. Perjuangan yang dibuat oleh pimpinan hari ini tidak berlandaskan Islam. Apakah benar dakwaan ini? Jawabnya tidak mereka hanya bercakap, dakwaan kumpulan panyokong parti PAS ini amat meleset sekali, jika dibandingkan dengan negara-negara Islam yang lain seperti Arab Saudi, negara-negara Arab lain di Timur Tengah, Afrika dan Asia semua pimpinan negara-negara berkenaan tidaklah terdiri dari golongan ulama. Dalam hal ini kita sepatutnya berfikiran waras, jangan menidakkan apa yang diusahakan oleh pimpinan negara ke arah mengekalkan identiti sebuah negara Islam. Sehingga kini Malaysia dijadikan contoh. Tumpuan sepatutnya diberikan sokongan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat di semua peringkat. Perjuangan tidak akan berhasil semata-mata dengan retorik, tetapi memerlukan ilmu, perancangan yang teliti dan tindakan-tindakan yang sistematik bagi menghadapi halangan puak-puak untuk mencapai matlamat yang berfikiran sempit serta fanatik untuk agama, bangsa dan negara orang Melayu tidak sepatutnya bercakaran. Berpolitiklah untuk kebaikan, carilah titik pertemuan hindar sifat ego anda.

No comments: