Oleh: Pemikir - MM
DUN Penanti akan menjadi tumpuan pemerhati politik negara dan luar negara kerana akan berlakunya pilihan raya kecil pada 31 Mei 2009. Kerusi ini dikosongkan oleh YB Fairus (PKR) yang kononnya terlibat dalam kes rasuah tetapi telah dianggap bersih oleh SPRM selepas selesai siasatan. Beliau diberi peluang untuk tidak berhenti sebagai ADUN kerana rekod yang bersih tetapi oleh kerana desakan oleh pemimpin-pemimpin utama PKR, beliau terpaksa mengosongkan kerusi.
Kini proses sedang dijalankan oleh tiap parti untuk meletakkan calon masing-masing di DUN ini. PKR telah menguar-uarkan Dr. Mansor bekas Setiausaha Politik DSAI (semasa DSAI TPM) untuk mewakili parti. Satu lagi calon ialah seorang wanita mantan PKR dan sangat kecewa dengan PKR. Beliau ini bersedia untuk bertanding sebagai ahli Bebas. BN pula belum membuat keputusan.
BN mempunyai dua opsyen iaitu sama ada meletakkan calonnya atau tidak. Dua tiga minggu dahulu YAB Perdana Menteri memaklumkan bahawa BN kemungkinan tidak meletakkan calon dan ini mendapat sokongan dari ahli komponen BN. YAB PM berhujah bahawa kekosongan yang dibuat oleh Fairus adalah sesuatu disengajakan dan diatur demikian rupa supaya satu lagi pilihan raya kecil dapat diadakan. Niat jahat pembangkang dalam hal ini menjadi suspek yang tidak boleh dibiarkan berterusan. Ia bertujuan jahat iaitu untuk memerangkap lawan dan di samping itu untuk membuat BN membazir.
Rata-rata komponen BN bersetuju dengan pandangan YAB PM dan perkara ini akan dibawa berbincang pada 18 Mei 2009 di Kuala Lumpur.
Pemerhati politik berpendapat bahawa YAB PM mempunyai cukup asas untuk tidak meletakkan calon BN di DUN Penanti. Kenapa perlu kita membuang masa melayan kerenah dan tipu daya DSAI dan anak buahnya? Kenapa perlu kita berbelanja berkempen sedangkan wang itu boleh dibelanjakan untuk pembangunan warga Penanti yang sentiasa mendapat perhatian BN/UMNO?
Sehubungan dengan ini, untuk mengelakkan BN terjebak dengan penipuan DSAI dan PKR yang mempunyai agenda jahat terhadap kerajaan, maka ada rasionalnya BN tidak perlu bertanding di Penanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment