Showing posts with label politik perak. Show all posts
Showing posts with label politik perak. Show all posts

Wednesday, May 27, 2009

SELAMAT BERLAPAR

SUMBER : MELUR


Hari ini 26hb. Mei 2009 ini akan diadakan satu demo "tunjuk perasaan" yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Satu lagi "drama" Pakatan Rakyat untuk rakyat Malaysia, khususnya di Perak. Nampaknya Pakatan Rakyat ber"iya-iya" benar kali ini. Tunjuk perasaan itu akan diketuai oleh Nizar, Sivakumar, Nga Kor Ming, Thomas Su, Khalil Idham dan Chan Ming Kai dan dijadualkan akan berlangsung selama 3 hari.

Sekali lagi Pakatan Rakyat mengugut DYMM Sultan Perak demi "gila"kan kuasa. Sekali lagi PR menunjukkan sikap biadap mereka menuntut DYMM Sultan Perak membubar DUN Perak. Mereka mogok lapar sekiranya DYMM Sultan Perak tidak membubarkan DUN Perak.

Nampaknya kali ini Nizar dan ketua-ketua "gangster" itu tidak lagi "memohon derhaka" kepada DYMM Sultan Perak. Kali ini mereka terus menderhaka! Biadap dan tidak sopan sungguh Nizar dan "konco-konco" yang "mengawal"nya.

Tidakkah mereka sedar bahawa mereka sedang mengajar rakyat Perak untuk bersama-sama mereka menderhaka kepada DYMM Sultan Perak? Sedarkan rakyat Perak yang terpedaya dengan omongan kosong dan retorik PR yang mempergunakan nama "rakyat" untuk membuat ugutan kepada DYMM Sultan Perak yang selama ini amat menyayangi rakyatnya? Tidak malukah mereka kepada DYMM Sultan?

Dimanakah kasihnya mereka kepada 'payung negeri" DYMM Sultan Perak yang amat disayangi rakyat? Atau mereka hanya "manis dimulut"?

Mereka yang akan mogok lapar, dinasihatkan oleh penganjur untuk memakai pakaian berwarna hitam. Saya ingin menambah pesanan kepada peserta yang bakal berlapar. Sediakan payung, baju hujan dan helmet "full face" sekali... Jangan lupa lari kalau kena kejar dengan abang-abang FRU....

SELAMAT BERLAPAR ! DAN KALAU BOLEH @ LARAT BERLAPARLAH TERUS SAMPAI PRU 13

KATA NAK BUAT RAYUAN, KENAPA PULA NAK MOGOK LAPAR????

SUMBER : MELUR

Pemimpin pembangkang sering mendakwa Malaysia merupakan sebuah negara kejam, tidak demokrasi dan juga mengamalkan hukum rimba. Kini mereka menuduh Kerajaaan Barisan Nasional BN merampas kuasa di Negeri Perak. Mereka turut menyalahkan BN sebagai pencetus kemelut politik di negeri Perak.

Dan sepatutnya apabila Mahkamah Rayuan telah mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak , pakatan pembangkang harus menghormati mahkamah walaupun keputusan tidak memihak kepada mereka.

Namun perkara sebaliknya berlaku.Mereka bertindak menolak keputusan mahkamah. Mereka menolak sistem perundangan negara dan mereka mencabar kewibawaan hakim - hakim yang yang ada.

Pemimpin pakatan pembangkang dengan bangganya melancarkan mogok lapar mulai esok semata-mata untuk mendesak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, membubarkan DUN Perak dan sebagai protes terhadap keputusan mahkamah rayuan.

SOALNYA….

1. Apakah mereka tidak boleh menerima keputusan ini sebagai ketentuan Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui? Kenapa dalam situasi ini mereka seolah tidak percaya kepada qada’ dan qadar dariNya yang lebih mengetahui….

2. Mengapa pula nak persoalkan keputusan mahkamah kalau sudah menyatakan bersikap terbuka dan menghormati keputusan mahkamah?

3. Kalau dah beritahu nak buat rayuan ke Mahkamah Persekutuan, mengapa perlu dilakukan tindakan seperti mogok lapar ini?

4. Sedar atau tidak , mogok lapar ini boleh menimbulkan keresahan rakyat dan menganggu perjalanan pentadbiran kerajaan negeri?

Itulah wajah sebenar mereka....semuanya hanya retorik sekadar untuk meraih sokongan rakyat sahaja...

Tuesday, May 12, 2009

SAMPAI BILA?

OLEH : PEMIKIR - MT

Pembangkang: Mengkritik melempar tuduhan, memfitnah dan pelbagai lagi terhadap kerajaan yang memerintah, segala apa yang dilaksanakan semuanya tidak baik, ada saja yang dikritik. Contoh, SPR melarang parti-parti politik mendirikan pondok panas semasa hari pengundian, larangan tersebut adalah amat positif bagi mengelak ianya dari berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, seterusnya dapat mewujudkan suasana tenteram aman. Sebarang pertanyaan mengenai senarai pemilih boleh dibuat di SPR di kawasan itu.

Justeru para pengundi dapat keluar serta menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dalam keadaan harmoni. Pengalaman melalui pondok panas sejak kebelakangan ini amat memalukan disebabkan para penyokong parti begitu ramai dan agresif. Justeru SPR mencadangkan semua parti-parti politik mendirikan pondok panas bagi tujuan memberi kebebasan kepada para pengundi.

Pondok panas bertujuan memudahkan para pengundi menjengok nama-nama pengundi dalam senarai mengundi yang disediakan di pondok panas.

Yang berlaku disebaliknya parti-parti pembangkang mengambil kesempatan mempengaruhi pengundi dengan pelbagai cara, termasuk cara agresif yang menyebabkan ketidak selesaan, malah menimbulkan keresahan, kegelisahan, malah lebih dari itu membolehkan ketakutan sehingga menyebabkan para pengundi takut dan terus melarikan diri tidak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Inilah alasan SPR melarang parti-parti politik mendirikan pondok panas di pintu-pintu masuk ke tempat-tempat membuang undi, yang peliknya pembangkang masih buat tak tahu sengaja mengkritik dengan pelbagai cara, sampai bila pembangkang nak berhenti dari perbuatan seperti ini. ”Pembangkang pendokong undang-undang rimba”


TINGKAT 6.COM
11 MEI 2009

Wednesday, May 6, 2009

JANGAN LENA DIULIT MIMPI, MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI....

Oleh : Melur

Sultan Perak tidak pernah memecat Nizar daripada jawatannya sebagai MB tetapi beliau tersingkir daripada jawatan tersebut berdasarkan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Peguam Negara, Tan Sri Abd. Gani Patail memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, Penyingkiran Nizar adalah mengikut perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak apabila beliau kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.

Sultan Perak sebenarnya telah mematuhi Perlembagaan Perak dan telah menimbang semua bukti dan fakta sebelum mengisytiharkan BN mempunyai majoriti dalam DUN Perak. Sultan Perak juga telah memanggil 3 ADUN iaitu Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd. Osman Mohd. Jailu dan Hee Yit Foong bagi memastikan pendirian mereka.

Sultan Perak tidak pernah memecat MB tetapi MB perlu meletak jawatan apabila tidak lagi mendapat kepercayaan ADUN. Tetapi jika MB tidak juga mahu meletak jawatan selepas diarahkan tetapi sanggup pula untuk sembah derhaka terhadap Sultan, maka wajarlah sultan menggunakan kuasa untuk memecat MB. Usahkan sultan, kita sebagai ibu bapa jika anak-anak sedikit kurang ajar akan menggunakan kuasa untuk mendidik mereka…

Selepas peristiwa sumpah derhaka, pakatan pembangkang mendesak pula mahukan DUN perak dibubarkan bagi membolehkan pilihanraya semula diadakan. Janganlah lena diulit mimpi lagi. Seharusnya mereka sedar bahawa tuntutan mereka itu adalah tidak berasas kerana mereka tidak lagi mewakili majoriti di dalam dewan. Pilihanraya semula hanya boleh dipohon oleh MB yang mempunyai kerusi majoriti. Dalam situasi sekarang, sudah pastilah hanya Dr. Zambry yang boleh memohon pembubaran dewan kepada Sultan Perak. Ini kerana Nizar tidak lagi mempunyai kuasa untuk memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN…

Sidang DUN Perak yang akan berlangsung dari 7 – 13 Mei 2009 pasti menjadi perhatian masyarakat Malaysia khususnya rakyat negeri Perak. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pembangkang bagi melengahkan sidang DUN Perak. Dan yang terkini apabila Speaker, V. Sivakumar memohon kepada Sultan Perak supaya sidang DUN Perak ditangguhkan kerana kedudukan Dr. Zambry selaku MB Perak masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selain itu Sivakumar juga beralasan akan berlaku perbalahan @ pertelingkahan antara 2 pihak bagi mempertahankan pendirian masing-masing… secara tak langsung, Ini bermakna Sivakumar memperakui kuasa Sultan dalam memanggil dan mengisytiharkan persidangan Dewan.

Sedarlah Sivakumar, Kuasa Speaker di Perak memang muktamad tapi ianya hanya terhad kepada memastikan peraturan dan perjalanan dewan dipatuhi dan berjalan dengan baik. Speaker bukan ada kuasa untuk menentukan kerusi ADUN kosong atau memecat pekerja dewan yang tertakluk di bawah peraturan kakitangan awam atau penentu tarikh dewan bersidang.

Apapun pembangkang seharusnya sedar bahawa Sidang DUN yang akan bermula esok (7 April 2009) telah mendapat perkenan Paduka Sultan Perak…

Dan sebenarnya motif utama pembangkang meminta sidang DUN ditangguhkan adalah kerana jika mereka berjaya melengahkan persidangan yang sepatutnya diadakan dalam tempoh 6 bulan sejak November tahun lalu, bermakna mereka boleh membubarkan DUN dan seterusnya membolehlah pilihanraya semula diadakan….itulah kelicikan mereka….

Sebagai ingatan kepada kita semua….Negara kita adalah negara berdaulat. Jangan menghina Sultan dan institusi raja-raja Melayu dengan menafikan hak mereka untuk memutuskan pentadbiran yang sesuai di negeri masing-masing. Jangan membawa budaya politik melampau dari negara jiran ke tanahair kerana ia hanya membawa kehancuran yang sebenarnya kepada negara kita. Begitulah juga dengan ketenteraman serta kesejahteraan yang kita nikmati selama ini. JANGAN MENANG SORAK TAPI KAMPUNG TERGADAI….