Friday, November 7, 2008

USAH PERMAIN KUASA SPEAKER

Dipetik dari Harian Metro 7 November 2008

"JANGAN permainkan kuasa speaker, saya tidak tarik balik. Dengan itu Batu Gajah dan Bandar Kuching diarah keluar sehingga habis mesyuarat hari ini."kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kepada dua wakil pembangkang Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dan Chong Chieng Jen (DAP- Bandar Kuching) ketika sesi dewan bersambung petang semalam.

Tindakan itu dilakukan berikutan Fong cuba mempersoalkan tindakan Pandikar dikatakan tidak memberi peluang mencelah ketika sesi perbahasan.

" Saya sudah berdiri sejak semalam tetapi tidak diberikan peluang". Adakah Pengerusi tidak nampak saya bangun dan memberi peluang saya membangkitkan perkara yang dibahas.

" Jadi saya ingin tahu apakah kayu pengukur diguna Pengerusi menentukan siapa boleh berucap.? katanya.

2 comments:

rayliew said...

Kuasa Pengerusi tidak dapat dipersoalkan..beliau berhak untuk mengambil sebarang tindakan untuk mempengerusikan persidangan dewan yang mulia.. pada pendapat saya sekiranya MP DAP sering membuat kacau dengan hujahan dan kenyataan yang berbentuk fitnah dan tuduhan tanpa bukit, sudah tentu pengerusi tidak mahu beri peluang kepada beliau untuk membuat kacau...dan sekiranya seseorang MP selalu mencelah semasa sesi perbahasan dengan cadangan-cadangan yang bernas,sudah tentu pengerusi persidangan akan memberi peluang kepada beliau untuk menyampaikan pandangan bernasnya..
Yang saya hairan kenapa pula MP DAP Kuching yang dilarang menghadiri perisdangan DUN Sarawak juga mahu berbuat demikian di persidangan Dewan Parlimen???? Beliau seakan tidak mengendahkan janji-janjinya kepada warga pengundi Kuching...

temuai said...

Memang sudah adat pembangkang, sudah tiada isu speaker dewan pun mau dihentam... Apa punya pembangkang!