Monday, November 10, 2008

Teknologi dan Radiasi

Putri tertarik dengan soalan MP Pendang (PAS) berkenaan berapakah kadar radiasi bukan pengionan (non ionic radiation) yang dibenarkan di dalam menara komunikasi dan kadar selamat antarabangsa serta bagi setiap alat telefon bimbit yang dibenarkan. Mungkin tidak ramai yang mengetahui hal ini. Penggunaan alat-alat komunikasi yang semakin hari semakin canggih dengan kewujudan teknologi 3G, Tv di telefon bimbit dan sebagainya mengundang kegusaran rakyat kerana rakyat kurang pendedahan tentang pendedahan radiasi yang terhasil daripada penggunaan teknologi baru ini yang umum tahu boleh membawa kepada penyakit yang berbahaya seperti barah dan sebagainya. Melalui pemerhatian putri sendiri banyak menara Telekom diletak di kawasan perumahan dan berhampiran sekolah.Rakyat sepatutnya didedahkan dengan kesan sampingan yang bakal dialami dengan penerangan dari kerajaan...

1 comment:

rayliew said...

Dapatkanlah khidmat nasihat daripada pensyarah dan ahli akademik yang mahir dan pakar dalam bidang ini untuk memberi penjelasan. Supaya tidak dipesongkan atau diputarbelitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.. Yang lebih merbahaya adalah telefon bimbit yang digunakan oleh kalian setiap hari, setiap masa..kadar radiasi yang diserap lebih tinggi..