Thursday, November 6, 2008

TAHNIAH DAN SYABAS PDRM

oleh: Mustikacitra-indah

Dalam keriuhan suara-suara yang 'dengki' dengan PDRM, Mustika terdengar juga kata-kata pujian yang ditujukan kepada pasukan keselamatan negara ini. Masakan tidak, dalam satu operasi yang dijalankan di Kajang semalam, 2 orang penjenayah berjaya di tumpaskan. Namun, seorang pegawai polis hampir terbunuh.

Pegawai polis yang dikenali sebagai Cif Inspektor Ng Wai Leong merupakan pegawai Cawangan Jenayah Berat (D9) yang menyertai serbuan ke atas kumpulan penjenayah Geng Ah Took.

Dalam kejadian tersebut, beliau telah ditembak dua kali di kakinya hingga menyebabkan tulang kakinya pecah dan terkeluar, namun pasukan mereka berjaya membalas balik tembakan hingga menyebabkan dua penjenayah dari kumpulan itu mati serta-merta di tempat kejadian.

Lebih membanggakan, Inspektor Leong langsung tidak menunjukkan rasa takut malah masih mampu tersenyum ketika dikejarkan ke hospital. Syabas dan tahniah kepada pihak polis yang sentiasa menunjukkan kesungguhan mereka menumpaskan jenayah di negara ini.

Tetapi ada sesuatu yang menyakitkan hati apabila ada segelintir pihak menyalahkan dan mempersoalkan tindakan pihak polis menembak mati 2 penjenayah berbahaya ini. Mustika kesal dengan persoalan ini yang sengaja dibangkitkan semata-mata untuk mencari kesilapan pihak polis. Apakan daya, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia yang dengki mana boleh ditutup. Ketua Polis Negara ketika menjawab soalan dari wartawan ketika melawat Cif Inspektor Ng Wai LEong semalam menegaskan, dalam soal-soal tertentu bagi mempertahankan diri, pihak polis perlu bertindak agresif. Betul lah..... Takkan nak biarkan anggota polis mati kerana dijadikan benteng untuk pertahanan? Peluru lawannya peluru jika dah terdesak. Nyawa polis lebih berharga daripada nyawa penjenayah.

1 comment:

rayliew said...

Tahniah dan syabas, teruskan usaha kita untuk menumpaskan kumpulan penjenayah..kami yakin kamu boleh..