Wednesday, November 5, 2008

Sidang Dewan Rakyat Ditangguh, Pembangkang Desak Bajet Baru

05/11/2008 12:38pm

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Persidangan Dewan Rakyat pagi ini ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang apabila kesemua ahli Parlimen pembangkang mendesak untuk mengemukakan Bajet 2009 yang baru kerana tidak berpuas hati dengan penggulungan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Usul itu dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang inginkan penjelasan mengenai Bajet 2009 yang diluluskan dan mendakwa ia tidak serupa dengan apa yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, September lalu. – Utusan
*********************************
Tulip Desa
MP Permatang Pauh cuba mempengaruhi MP pembangkang lain supaya menolak penggulungan Bajet 2009 dan mendesak Kerajaan untuk mengemukakan Bajet 2009 yang baru. Sikap DSAI yang suka bermuka-muka dan cuba menarik simpati ternyata berjaya menarik perhatian MP pembangkang lain. Apa nak jadi dengan DSAI ni, gemar menimbulkan provokasi dan bikin kecoh dalam sidang dewan. Kalau setiap kali datang ke sidang dewan untuk protes dan menyalahkan Kerajaan, sampai bila Pakatan Rapuh ini hendak membangunkan negeri di bawah pimpinannya. Sesungguhnya, rakyat tertunggu-tunggu pembaharuan yang bakal di bawa oleh Pakatan Rapuh ini.

1 comment:

rayliew said...

BUDAYA BIADAP DAN SAMSENG...hormatilah Dewan yang mulia. mengapakah semua MP pakatan bodoh sangat mahu ikut DSAI. Tak ada ketetapan pendiriankah? macam anak itik saje.