Tuesday, November 11, 2008

PM mahu ATM membudayakan penyelenggaraan

11/11/2008 11:41am
KUALA LUMPUR 11 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadikan penyelenggaraan sebagai satu budaya kerja bagi memastikan segala aset dan kelengkapan berada pada tahap terbaik.

Perdana Menteri berkata, penekanan kepada aspek itu sangat penting kerana ia akan dapat mengelakkan daripada perbelanjaan yang lebih besar apabila sesuatu aset itu perlu diperbaiki atau digantikan.

Abdullah yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan yang diadakan di Wisma Pertahanan di sini hari ini. - Utusan
Sumber: Utusan Malaysia

1 comment:

rayliew said...

Budaya ini perlu dipraktikkan dalam pelbagai agensi selain daripada ATM..Ianya dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan...