Wednesday, November 5, 2008

'Petrol RM1.92 seliter sebelum 31 Disember'

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol di negara ini mungkin turun kembali ke paras RM1.92 seliter menjelang akhir bulan atau selewat-lewatnya sebelum 31 Disember depan, berikutan penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, tidak menolak kemungkinan itu berlaku, tetapi ia tertakluk kepada keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung sama ada kaedah baru penentuan harga minyak boleh dilaksanakan. Katanya, manfaat serta-merta daripada kejatuhan harga minyak di pasaran antarabangsa ialah kemungkinan harga runcit minyak di pasaran mungkin dikurangkan sebanyak 26 sen lagi bagi setiap liter sebelum akhir bulan ini.
“Saya percaya, dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia kita mungkin melihat petrol dijual pada RM1.92 seliter semula menjelang akhir bulan ini atau selewat-lewatnya menjelang akhir tahun,” katanya kepada New Straits Times, di sini. Shahrir purata, harga minyak mentah di pasaran dunia kini sudah sampai ke paras kurang daripada AS$60 (RM211) setong. Kerajaan menaikkan harga runcit petrol sebanyak 78 sen seliter daripada RM1.92 kepada RM2.70 pada Jun lalu, selepas harga minyak melambung di pasaran dunia.
Sumber: Utusan Malaysia
**********************
Tulip Desa
Rakyat bakal menikmati harga lama petrol RM1.92 sebelum 31 Disember 2008 jika harga minyak kekal sehingga hujung tahun ini. Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional yang faham dengan masalah rakyat. Barisan Nasional adalah Kerajaan Kebajikan yang senantiasa peka dan prihatin dalam membela nasib rakyat. Nampaknya pembangkang tidak terkata apa, jika cadangan ini menjadi kenyataan.

1 comment:

rayliew said...

dulu DSAI kata kerajaan BN tidak dapat menurun harga minyak..sekarang harga minyak telah diturunkan 4 kali..dan kemungkinan akan turun lagi ke tahap yang lebih rendah.

nyata kenyataan DSAI tidak tepat..DSAI kini diam saja dan tidak mahu menyentuh isu ini lagi...takut ditanya pula...