Dipetik dari Berita Harian online
IPOH: Dengan alasan tidak mendapat liputan adil media arus perdana, kerajaan Perak menubuhkan Sekretariat Blogger bagi menyebarkan maklumat dan dasar kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata hasil pertemuan beliau dengan Persatuan Blogger Perak semalam, kesemua 26 penulis blog yang hadir berjanji menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan negeri menyebarkan maklumat menerusi tulisan mereka. “Segala maklumat dan berita akan disebarkan secara meluas sehingga ke seluruh dunia menerusi penulis-penulis blog ini,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat negeri Perak di sini malam tadi.
Mohammad Nizar berkata seketariat itu, yang diketuai oleh setiausaha akhbar beliau, Anuar Hashim, dapat menepis tomahan, kritikan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan negeri.
Putri: Jangan salah gunakan kebebasan yang diberi dalam menyampaikan maklumat sudahla...diharap mereka tak memutar belitkan kenyataan untuk kepentingan parti dan individu semata-mata...
1 comment:
Blogger yang profesional hendaklah memberi kenyataan yang BENAR dan bukannya yang PALSU atau DIPUTAR BELITKAN untuk nafsu individu tertentu.. HORMATILAH PROFESIONALISME BLOGGERS...
Post a Comment