Wednesday, November 19, 2008

Penurunan Harga Minyak Tidak Memberi Kesan Pada Harga Barangan

Oleh: Tulip Desa
Harga minyak telah mengalami penurunan harga sebanyak lima kali sehingga ke paras RM2.00/liter tetapi harga barangan masih tidak turun-turun. Itulah keluhan daripada pengguna yang kesal dengan sikap peniaga yang engkar dengan saranan Kerajaan supaya menurunkan harga barangan. Inilah masalahnya apabila peniaga, pemborong dan pengusaha tidak mahu menurunkan produk mereka walaupun kos operasi telah menurun berikutan penurunan harga bahan bakar. Yang menjadi mangsa akhirnya adalah pengguna.
Tulip tidak menyalahkan Kerajaan berlaku keadaan sedemikian kerana keadaan harga yang selain daripada barang-barang kawalan memang tidak boleh ditentukan oleh Kerajaan. Sehubungan itu, KPDNHEP meminta kerjasama peniaga untuk melestarikan kempen penurunan harga barangan sebagai salah satu tanggungjawab sosial mereka. Walaupun penrunan harga minyak melegakan pengguna tetapi pada masa yang sama pengguna diminta supaya berjimat cermat dan berbelanja berhemah kerana penurunan itu tidak memberi kesan kepada harga barangan lain.

7 comments:

Zaidil Ripin said...

Peniaga Terus Berdegil Tidak Turunkan Harga Barang

1) Saya tertarik dengan persoalan yang begitu panas di Dewan Rakyat hari ini iaitu mengenai harga barang-barang keperluan. Menterinya telah menjelaskan kepada semua ahli dewan bahawa kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang drastik untuk membendung masalah ini. Namun pihak peniaga masih berdegil untuk tidak menurunkan harga barang-barang. Tindakan yang serius harus diambil bagi mengatasi masalah ini. Jika dulu harga minyak naik adalah penyebab kepada kenaikan harga barang-barang keperluan. Namun kerajaan telah menurunkan sebanyak lima kali harga minyak dan seharusnya peniaga peka kepada masalah rakyat.

2) Masalah ini semakin dihimpit oleh krisis kewangan global yang menyebabkan pasaran saham dan ekonomi negara berada dalam keadaan yang sedikit goyah. Seharusnya peniaga peka dan melihat aspek ini supaya penurunan harga minyak dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. Tidak hanya pemborong, tetapi juga peruncit dan rakyat khususnya.

3) Ada sesetengah pihak pula mempertikaikan kuasa Pegawai Pemantau Harga yang mana mereka telah dilantik oleh pihak kerajaan untuk memantau harga barang. Namun mereka tidak dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga kerana batasan tugas mereka. Seharusnya peranan mereka diperluaskan lagi agar dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga yang ingkar.

4) Renungan : Tindakan kerajaan menurunkan harga minyak adalah untuk meringankan beban pengguna atau rakyat. Tidak akan berjaya langkah kerajaan jika harga barang-barang keperluan masih tinggi. Ini akan membebankan rakyat. Tindakan yang KERAS dan SERIUS harus diambil dan dimulakan dari sekarang.

Tapak Sulaiman said...

Hai Wira......

Semua pihak pun sudah sedar dan tahu akan hal tersebut. Entahlah....tapi itulah hakikat, kerana bukan mudah untuk pihak terlibat memantau dan sekaligus mengarah mana-mana peniaga menurunkan harga barangan mereka begitu sahaja.

Peniaga seharusnya berfikir tentang kesusahan pengguna mereka. Apalah salah jika mereka (peniaga) merunkan harga barangan seperti yang dikehendaki oleh semua pihak sejajar dengan penurunan harga minyak.

rayliew said...

Masalah sekarang adalah golongan pengilang, pemborong dan peniaga yang enggan menurunkan harga walaupun pihak kementerian telah meminta mereka berbuat demikian... saya sarankan supaya kita boikot mereka yang enggan menurunkan harga dan beralih ke pusat yang menyokong kempen penurunan yang dicadangkan oleh KPDNHEP..

vicky said...

KPDNHEP need to play a role in checking out the consumers' prices which the traders are reluctant to decrease the goods' prices despite minyak sudah menurun.

Tun Nila Utama said...

salam...
penurunan harga minyak langsung tidak disambut baik oleh kebanyakan rakyat malaysia. saya kecewa dengan respon yang diberikan seolah-olah kerajaan tidak melakukan apa yang terbaik untuk rakyat.
kalau harga minyak naik dulu, bagai nak kiamat dunia diserang oleh pembangkang yang diketuai oleh dajjal PKR, anwar ibrahim...
sepatutnya rakyat bersyukur dengan langkah kerajann meringankan beban rakyat.
hilang isu harga minyak, timbul pulak isu harga barang yang terlalu mahal...
selepas ini pap pulak... begitulah manusia, tidak pernah puas dan selalu tidak bersyukur dengan nikmat tuhan...

PineappleTown said...

salam Datuk,
Mengikut pandangan saya, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna haruslah memainkan peranan yang amat penting dalam penurunan harga barangan di pasaran kerana harga minyak di pasaran telah menurun dan KPDHEP haruslah sentiasa memantau harga barangan di pasaran.

Anonymous said...

darudnano said,
U are definately right the oil price down but yet those control items and daily necessity remained the same.Please do something on it KPDNDHP.Go down to check ?