Wednesday, November 5, 2008

Pembangkang Buang Masa Dewan. Speaker Kesal Dengan Sikap Pembangkang

Oleh: Pemikir

Tindakan-tindakan tidak beradab pembangkang cuba mencelah semasa YB MP Pekan (DPM) membentangkan Bajet tambahan kepada Dewan pada 4 November 2008, tidak kena tempat. Mereka yang diketuai oleh MP Permatang Pauh (DSAI) cuba memutar-belitkan prosedur Dewan untuk mengganggu pembentangan Menteri Kewangan.

Tan Sri Speaker terpaksa mengambil tindakan meminta MP Tien Chua keluar Dewan sehingga mesyuarat selesai kerana menyanggah Tan Sri Speaker, bertentangan dengan Perkara 42 perjalanan Dewan.

Pemerhati berpendapat bahawa taktik pembangkang ini membosankan sehingga pemerhati luar pun merasa terkilan dengan sikap pembangkang yang tidak mahu mendengar terlebih dahulu pembentangan Bajet tambahan. Sepatutnya pembangkang perlu sama-sama prihatin mendengar apa yang hendak disampaikan oleh kerajaan kemudian bolehlah mengeluarkan pendapat. Jikalau mereka terus bersikap cara ini, maka peranan pembangkang dalam Dewan dianggap membazir.

2 comments:

INDU DARA RUMAH PANJAI said...

1. TINDAKAN PEMBANGKANG DIANGGAP BIADAP DAN TIDAK MENGHORMATI PEMIMPIN.

2. YB SEHARUSNYA MENJADI CONTOH KEPADA RAKYAT DALAM MENGAMALKAN BUDI BAHASA

rayliew said...

"Respect to others"..DO they know the procedure..BUDGET PRESENTATION mana boleh diCELAH-CELAH.. BACA dulu buku tatacara persidangan dewan..janganlah sampai macam KERA pula..