Pembangkang buat hal lagi. Di kala Dewan Rakyat bersidang dengan penuh ketenangan, beberapa MP pembangkang telah mencetuskan suasana kecoh dengan masing-masing mencelah dan berlumba-lumba untuk berhujah. Keadaan yang kalut dan bising ini telah menaikkan kemarahan Speaker. Natijahnya, sidang Dewan telah ditangguhkan lebih awal iaitu pada jam 12.10 tengah hari dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang.
Sikap pembangkang ini memang amat teruk dan mendukacitakan. Sungguh memalukan kerana sidang ini dapat ditonton oleh semua orang. Semalam mereka telah bertindak keluar Dewan semasa sesi pembentangan tambahan Bajet 2009 oleh YAB TPM merangkap Menteri Kewangan. Jelas, mereka memang suka bersikap kurang sopan dan tidak menghormati majlis. Macam mana rakyat nak sokong jika sikap/peribadi mereka sendiri menjelikkan serta biadap.
1 comment:
Saya ajak rakyat semua PECATKAN semua MP yang biadap ini... ataupun kita CELOTAPEkan mulut mereka dan garikan tangan dan kaki mereka...
Post a Comment