Speaker Dewan menggunakan kuasanya meminta MP Puchong (DAP) keluar Dewan selama dua hari kerana menentang keputusan Speaker berkaitan dengan usul MP Bukit Gelugor meminta MP Padang Rengas (Menteri) diambil tindakan kerana meminta maklumat yang tidak tepat berkaitan ex-gratia kepada Ketua Hakim, Tun Salleh. MP Puchong dengan kerasnya membantah arahan Speaker dan pada awalnya tidak mahu berganjak daripada kerusi walaupun dua Bentara sudah berdiri di belakang beliau. Namun setelah Speaker terus bertegas dan dengan sokongan MP-MP BN, beliau dengan kelihatan malu-malu keluar Dewan.
Punca berlakunya perkara ini dalam Dewan adalah disebabkan oleh MP Bukit Gelugor yang cuba memutar-belitkan asas-asas dan keputusan Speaker bahawa perkara berkaitan MP Padang Rengas (Menteri) ditangguhkan. Antara lainnya Speaker mengatakan bahawa Hakim Besar tidak dipecat tetapi ditamatkan kerja dengan berpencen. Apa yang disebut oleh Menteri adalah konsisten dan dengan itu tiada apa lagi yang perlu dibahaskan.
MP Puchong dengan bongkaknya memperlekehkan Speaker dan perkara ini telah mendapat tentangan daripada MP BN. Situasi menjadi gamat apabila MP Puchong anak kepada MP Bukit Gelugor mula menyibuk dan berhujah dengan penuh emosi sehingga hilang kewarasan pemikiran.
Tindakan Speaker mengeluarkan MP Puchong ini satu tindakan yang bijak walaupun MP Puchong akan menggunakan kesempatan ini untuk terus meraih publisiti murahan di dalam dan di luar Dewan serta di dada-dada media yang kebetulan sedang kehausan bahan sensasi dalam Dewan.
Sepatutnya MP yang tertua seperti Karpal Singh ini perlu menunjukkan contoh baik kepada MP-MP muda termasuklah anaknya sendiri yang ketika itu tidak menghormati Speaker.
2 comments:
Salam....
YB Puchong memang seorang celupar dan biadap. Engkau sepatutnya hormat dengan Speaker. Undang-undang dewan. kalau tak mau keluar dewan jangan buat hal. Tu tidak, macamlah kuat sangat, nak besarkan suara dalam dewan. Cermin diri tu sikit...
Apalah ni, ulang lagi budaya CHEAP Publisiti DAP dalam dewan. Buatlah yang terbaik untuk mengemukakan masalah penduduk kawasan dan bukannya suka ponteng dengan alasan dan perbuatan yang "berbaloi".
Post a Comment