Thursday, November 6, 2008

Lagi-lagi isu diskriminasi dan ISA

Isu diskriminasi kaum dan ISA masih lagi dibahaskan di Parlimen. Sampai bila pun rasanya isu ini tidak akan habis andainya ada sahaja orang yang membangkitkan. Pihak yang menjawab seharusnya lebih bersedia dengan jawapan-jawapan yang relevan dan tidak menambahkan lagi tanda tanya kepada yang ingin mengetahui kebenarannya. Pihak pembangkang pula jangan hanya mencari kesalahan kerajaan. Seharusnya sama-sama cari jalan penyelesaian. Isu ini makin lama makin meruncing dibincangkan dan andainya tak dibendung maka huru hara lah negara jadinya....putri amat berharap agar tiada lagi dibangkitkan isu ini.
Oleh: Putrimalaysia

2 comments:

rayliew said...

Isu ini sudah lapuklah, jangan ungkitkan lagi isu yang berbentuk perkauman dan pedas ini lagi..sampai bila pun kita tidak dapat menumpukan keutamaan kepada pembangunan negara dan pengukuhan ekonomi negara.

LIMAUDONG said...

Salam Wira

Isu Diskriminasi kaum dan ISA tiada penyelesian selagi Pakatan Rakyat duduk dalam Dewan yang mulia sebab mereka ialah pembawa wabak penyakit menjangkit ni.