Oleh: Tulip Desa
Selaras dengan pelaksanaan PPSMI, Kementerian Pelajaran Malaysia belum merancang untuk membekalkan buku teks bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda melalui program bantuan pinjaman buku teks.
Menurut surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007 mengenai kelayakan skim pinjaman buku teks , semua murid warganegara Malaysia di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan serta Sekolah Menengah Agama Rakyat layak mendapat bantuan pinjaman buku teks.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan pakej buku teks bagi semua mata pelajaran teras dan elektif yang diajar di sekolah di mana pemberian buku teks bagi mata pelajaran Sains dan Matematik adalah terbatas kepada versi Bahasa Inggeris yang digunapakai dalam semua aliran di SK, SJKC dan SJKT.
1 comment:
Diharapkan KPM dapat mempertimbangkan semula keputusan tersebut kerana kos kehidupan yang semakin meningkat khususnya kepada meeka yang berpendapatan rendah yang dikategorikan sebagai golongan miskin..
Post a Comment