YAB Datuk Sri Najib Tun Razak dalam sidang Parlimen 4 Nov. 2008 mengumumkan pelbagai langkah tambahan dalam Bajet 2009, termasuk suntikan perbelanjaan RM7 bilion untuk mengukuhkan daya tahan serta mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar.
Keputusan kerajaan ini merupakan satu langkah bijak dalam merangsang ekonomi negara lebih-lebih lagi di kala senario ekonomi global mengalami kemerosotan. Suntikan dana RM7 bilion yang diperoleh hasil daripada penjimatan subsidi minyak membuktikan kebijaksanaan kerajaan dalam mengurus hal ehwal kewangan negara di mana keuntungannya tetap akan dinikmati oleh rakyat.
Pada Jun lalu apabila berlaku krisis kenaikan harga minyak dunia, kerajaan turut mengambil langkah drastik menaikkan harga minyak pasaran tempatan mencecah RM2.70 seliter. Tindakan ini mengundang provokasi dan tohmahan barisan pembangkang yang mendakwa keputusan kerajaan itu adalah tidak bijak serta menyeksa rakyat walaupun kerajaan tetap memberi subsidi harga minyak sebanyak 30 sen. Kini harga minyak global telah turun dan harga minyak tempatan telah mengalami penurunan sebanyak empat kali (terkini minyak minyak petrol RM2.15 seliter). Dilihat kerajaan benar-benar mengotakan janjinya terhadap rakyat. Penyelarasan harga minyak yang dibuat sebulan sekali ini sama sekali tidak akan membebankan rakyat.
Perbelanjaan tambahan hasil penjimatan subsidi minyak itu pula akan dibelanjakan untuk 15 bidang meliputi perumahan, pendidikan, pengangkutan serta insentif bagi menggalakkan kegiatan pelaburan dan perniagaan, sekali gus untuk kebaikan dan manfaat rakyat.
Inilah bukti sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya.
1 comment:
Satu langkah yang bernas, terumatanya dalam mengharungi keadaan ekonomi global yang tidak stabil..Syabas Datuk Seri
Post a Comment