Monday, November 3, 2008

Kerajaan sentiasa prihatin nasib pekerja-pekerja Malaysia

Oleh: citra Adora
MP Parit Sulong (Timbalan Menteri Sumber Manusia) berjaya menjawab soalan bertubi-tubi daripada MP Kuala Langat (PKR)dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. MP Kuala Langat bertanya mengenai keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan dan masa depan pekerja-pekerja swasta.
MP Parit Sulong dengan tenang dan tangkas menjawab bahawa kerajaan memang sangat prihatin berhubung nasib pekerja-pekerja swasta iaitu kerajaan sentiasa memastikan faedah penamatan kerja adalah mengikut kontrak perkhidmatan yang terkandung dalam Akta Kerja 1965. Di samping itu juga Kementerian Sumber Manusia telah menggariskan beberapa pendekatan baru iaitu menubuhkan tim pemantau pemberhentian pekerja-pekerja di negeri-negeri, membantu pekerja yang diberhentikan mendapat pekerjaan baru, mengadakan mini karnival kerjaya yang lebih fokus bagi membantu pekerja-pekerja yang diberhentikan agar tidak hilang arah dan mewujudkan satu skim kepada majikan untuk melatih semula pekerja mereka bagi menaik taraf kemahiran pekerja mereka.
Tambah MP Parit Sulong lagi, kerajaan turut mengambil tindakan tegas kepada majikan yang mengabaikan/meninggalkan pekerja.

1 comment:

rayliew said...

Kerajaan BN tidak mengabaikan kebajikan dan masa depan pekerja swasta dengan mewujudkan pelbagai initiatif dan latihan kepada golongan tersebut termasuk jaminan untuk mendapatkan kerja baru sekiranya mereka ini diberhentikan kerja. Tidak lupa juga pelbagai elaun untuk membantu mereka yang berpendpatan RM700 kebawah sepertimana yang diumumkan dalam BAJET 2009.

Mudah untuk kita mengungkitkan isu, tapi untuk meyelesaikannya adalah SUKAR sekali. Dalam konteks ini MP PKR hanya pandai melontar ISU tetapi tidak memberi sebarang cadangan bernas. Begitulah yang berlaku di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat, di mana isu-isu yang dibangkitkan tidak dapat diselesaikan kerana semua wakil rakyat Pakatan tiada idea bernas, selama ini mereka hanya tahu COMPLAINT saja..PADAN MUKA..