Tuesday, November 11, 2008

KERAJAAN NEGERI DITERAJU PEMBANGKANG TIDAK BERUSAHA MENYEDIAKAN KOUTA 30% PERMIS PERNIAGAAN KEPADA BUMIPUTERA

oleh: Mustikacitra-indah

Pemilikan Bumiputera ke atas premis-premis perniagaan akan ditingkatkan daripada 15% kepada 30%. Bagi mencapai sasaran tersebut, MECD melalui agensi-agensinya iaitu UDA dan MARA serta Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri akan terus merancang memperbanyakkan premis-premis perniagaan dan berusaha agar 30% kouta untuk Bumiputera serta harga diskaun bagi Bumiputera.

Usaha ini merupakan usaha yang perlu dilaksanakan bersama kerajaan Negeri agar sasaran dapat dicapai. Namun ada juga negeri di Malaysia yang tidak berkerjasama untuk menyediakan kouta 30% kepada Bumiputera iaitu Pulau Pinang. Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini Mustika nampak seperti menutup peluang kaum Bumiputera untuk terlibat dengan perniagaan. Buktinya, sehingga hari ini hanya 143 tempat bagi Bumiputera manakala Cina sebanyak 336 buah. Besar perbezaannya.

Pesan Mustika, jadilah pemimpin yang adil. Jangan berat sebelah. Rakyat perlu menikmati peluang untuk meninggikan taraf kehidupan yang setaraf. Baru lah yang miskin akan maju dan bukannya yang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya.....

3 comments:

bungaraya said...

Bukan sahaja kepada premis-premis untuk kaum bumiputera berniaga tidak diungkayahkan oleh kerajaan dibawah pakatan rakyat, malah banyak lagi. Begitulah keadaannya jika negara ini diperintah oleh mereka. Maka ramailah diantara kita akan merohong menangis tak berkesudahan mengenang nasib yang sengaja dibuat sendiri akibat nak puas hati tanpa berfikir. Keadaan spt itu tentu akan berlaku jika pakatan rakyat memerintah negara Malaysia suatu ketika nanti. Kerana mereka tersangat percaya kepada meritokrasi yang mana membebaskan semua manusia untuk memperolehi ksesuatu yang teringin dihati tanpa memikirkan samada ia timpangkah, buta matakah, pernah dibuli pejajah sekian lamakah? dan sebagainyakah.

Zaidil Ripin said...

salam.....
kerajaan pembangkang hanya sebut aje. Kalau nak tunaikan janji cukup payah. Masa pilihanraya bukan main lagi, dijanjikan bulan dan bintang untuk rakyat. Bla dah memerintah habuk pun tak da. Nanti nak salahkan kerajaan BN tak buat pembangunan. Yang salah adalah pihak pembangkang. Kerana tamakan kuasa rakyat jadi merana. Kalau tak dapat mentadbir tak payah lah nak berlagak.. pi rah....

rayliew said...

Kerajaan pembangkang masih kurang mahir dalam mentadbir negeri..itulah yang akan berlaku, sampai bila pun tidak dapat diselesaikan..kerana masing-masing mempunyai agenda masing-masing.