Tuesday, November 11, 2008

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN TUBUH 2 JAWATANKUASA ATASI PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

oleh: Mustikacitra-indah

Kementerian Wilayah Persekutuan telah menubuhkan dua buah jawatankuasa bagi menangani masalah berkaitan projek terbengkalai. Pertama adalah Jawatankuasa Pemandu Menangani Masalah Projek Terbengkalai di WP KL. Pengerusinya adalah Menteri Wilayah Persekutuan.
Kedua ialah Jawatankuasa Kerja Menangani Masalah Projek Terbengkalai di Wilayah Persekutuan.

Jawatankuasa ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mencari kaedah penyelesaian terhadap isu-isu dan permasalahan projek terbengkalai di Wilayah Persekutuan. Sehingga kini, beberapa isu dan penyelesaian telah dibincangkan dalam Jawatankuasa Kerja terutamanya mengenai pelan tindakan penyelesaian kes projek Plaza Rakyat yang telah lama tertangguh.

Baguslah.... Sekurang-kurang dengan wujudnya 2 jawatankuasa ini, masalah yang berkaitan dapat diselesaikan dengan kadar segera.

1 comment:

rayliew said...

Sekurang-kurangnya usaha telah dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan segera..syabas dan teruskan...