TEMERLOH 9 Nov. - Ahli UMNO perlu mempertahankan parti itu supaya tidak dikuasai oleh pemimpin yang menggunakan wang untuk mendapatkan kuasa.
Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Mohd. Sarit Yusoh berkata, pihaknya bimbang amalan politik wang yang kini dipercayai berlaku secara berleluasa akan menjadikan UMNO parti untuk golongan elit atau orang atasan.
Menurut beliau, secara keseluruhan ahli UMNO adalah terdiri daripada golongan bawahan dan menengah dan parti itu perlu terus relevan sebagai pembela nasib orang Melayu.
''Jika politik wang berleluasa, UMNO akan menjadi parti orang atasan kerana mereka yang ingin bertanding sanggup menghabiskan wang berjuta-juta ringgit untuk mendapat pencalonan.
''Jika amalan itu dibiar berterusan, ahli UMNO peringkat akar umbi tidak mempunyai peluang untuk menjadi pemimpin pada masa depan," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Temerloh di Dewan Tun Razak di sini hari ini.
Dipetik dari Utusan Online
1 comment:
Budaya politik wang hendaklah ditangani segera khususnya dalam pemilihan jawatan dalam parti politik. Budaya ini akan melemahkan kekuatan parti kerana semua perkara boleh dibeli dengan wang...
Post a Comment