Oleh: Pemikir Negara
Perbuatan pembangkang keluar dewan pada 4 November 2008, semasa TPM merangkap Menteri Kewangan menggulung perbahasan bajet 2009 adalah semata-mata untuk mengelakkan diri mengundi bagi meluluskan bajet tersebut. Ini bagi melindungi pembohongan DSAI yang sebelum ini menyuarakan ada wakil-wakil BN akan menyokong mereka untuk mengundi serta memulaukan sidang dewan seterusnya dapat menubuhkan kerajaan seperti yang dijanjikan sebelum ini. Tetapi ternyata semuanya adalah tipu helah untuk mengelak daripada malu. Beliau menggunakan dewan rakyat yang mulia dengan mengajak semua ahli pembangkang keluar dewan sebelum pengundian dimulakan. Pembangkang mencelah dan menggunakan peraturan dewan untuk mengganggu bagi mendapat simpati para pengundi dan penyokong-penyokongnya. Wira Malaysia cukup hairan sehingga ke hari ini masih ramai lagi ahli parlimen dalam dewan dan di luar dewan masih tertipu dengan pendekatan yang dilakukan oleh MP Permatag Pauh. Hidung mereka masih dicucuk seterusnya ditarik oleh pelakon utama DSAI. Sedarlah PKR bahawa Anwar penipu besar. Dia terus menipu demi untuk mendapatkan simpati seterusnya berlindung di sebalik pendekatan-pendekatan yang dilakukan.
1 comment:
DSAI,, please don't always use this CHEAP method..."KUEI SI LIAO" sama-samalah kita menyokong bajet 2009 yang dibentangkan..yang boleh mengukuhkan lagi keadaan ekonomi negara..
Post a Comment