Dipetik dari Utusan Malaysia Online (Oleh NIZAM YATIM)
KUALA LUMPUR 25 Nov. – Seorang Ahli Parlimen hari ini melahirkan rasa kecewa kerana kerajaan masih gagal menyelesaikan isu kebanjiran pekerja asing yang sudah bertahun-tahun membelenggu negara ini.
Malah dengan nada berang, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut menempelak Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad kerana memberikan jawapan terlalu panjang dan berjela-jela berhubung isu itu.
‘‘Jawapan panjang tetapi tidak sampai ke lubuk hati. Saya tak nak berlakon dalam perkara ini.
‘‘Sebagai rakyat Malaysia, kita mahu satu penyelesaian dicari terhadap tanggapan bahawa negara ini adalah syurga bagi warganegara asing untuk mencari nafkah tetapi neraka bagi rakyat kita sendiri,” katanya semasa mencelah pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Mohamad, sudah bertahun-tahun kementerian itu memaklumkan akan menyelesaikan isu kehadiran ramai pekerja asing tetapi sehingga kini tiada tindakan konkrit dibuat.
Beliau yang sudah 18 tahun menjadi wakil rakyat termasuk sembilan tahun sebagai Ahli Parlimen juga kesal kerana sehingga kini tiada sebarang langkah tegas diambil bagi memastikan pekerja rakyat tempatan mendapat gaji munasabah iaitu lebih tinggi berbanding golongan miskin tegar.
Tindakan Mohamad yang berkali-kali meninggikan suara kepada Noraini itu ditegur oleh Timbalan Yang Dipertua, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mahukan sikap sedemikian dihentikan.
Dalam pada itu, Noraini yang menjawab soalan asal Aaron Ago Dagang (BN-Kanowit) menjelaskan, pendapatan purata asas setiap pekerja di negara ini adalah berbeza mengikut sektor dan ia juga berdasarkan proses rundingan antara persatuan majikan dan kesatuan sekerja.
Katanya, pendapatan purata asas adalah sebanyak RM573 sebulan bagi pekerja kedai kopi, RM628 sebulan (pertanian), RM697 sebulan (perhotelan), RM853 sebulan (pasar raya) dan RM952 sebulan (pembinaan).
Sementara itu, sesi soal jawab bertukar suasana kepada ceria apabila Datuk Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun) yang bangun untuk mengemukakan soalan seterusnya, memaklumkan bahawa hari ini adalah tarikh lahirnya.
***************************************************************************************
Isu pekerja asing ni kalau difikirkan lama dah wujudnya. Putri yakin semua rakyat Malaysia mengalami ketidakselesaan walaupun berada di negara sendiri kerana jumlah mereka yang terlalu ramai seperti tidak disekat kemasukannya dan kadangkala mendatangkan masalah.
Daripada sudut lain memang diakui mereka sebenarnya diperlukan tetapi kalau jumlahnya semakin ramai dan tidak terkawal sehingga semua sektor nak di pelopori macamana dengan nasib rakyat Malaysia sendiri yang tidak ada pekerjaan. Tengok saja di warung-warung, kedai makanan segera,hotel-hotel, itu belum lagi kita tengok sektor pembinaan.Memang pekerja asing sajalah yang penuh.
Putri rasa semua setuju pihak yang bertanggungjawab perlu membuat tindakan yang drastik tentang isu ini. Jangan nanti isu ini semakin besar baru nak tersedar.Tetapi putri yakin pihak kerajaan akan bertindak dengan bijak menangani isu ini.
2 comments:
Isu pekerja asing bukan sebuah isu yang senang ditangani. Ia biasanya merangkumi 3 perkara yang perlu diberi perhatian serius:
1. Gaji
Maklumlah gaji dibayar kepada pekerja asing jauh lebih rendah berbandaing dengan pekerja tempatan. Misalnya, RM 600 sebulan untuk buruh kasar.Berapa kerat pekerja tempatan mampu hidup dengan gaji sebegini.
2.Pertukaran kerja
Pekerja tempatan lebih kerap bertukar kerja berbanding dengan pekerja asing atas sebab gaji,sikap,masalah keluarga dan sebagainya. Pekerja asing yang perlu memohon kebenaran bekerja di Malaysia biasanya bekerja lebih lama dan tetap di sesebuah syarikat.
3.Bilangan pemohon
Biasanya industri yang mengupah pekerja asing biasanya buruh kasar.Pekerja-pekerja yang datang ditemuramah dan dipilih tidak dapat memenuhi permintaan pasaran disebabkan populasi negara kita yang kira-kira 25 juta sahaja.Akibatnya, majikan perlu mengimport pekerja asing daripada luar negara. Jika kerajaan memperketat kemasukan pekerja asing, industri seperti pembinaan dijangka akan menerima impak besar.
Ini hanya pendapat peribadi saya sendiri di sini.Terima kasih.
Isu terlalu serius dan perlu diambil tindakan yang drastik bagi membendung lebih ramai lagi pendatang haram ke negara kita. Bahagian penguatkuasa sempadan negeri dan negara hendaklah diperkuatkan lagi. Selain daripada itu penguatkuasaan kawasan perairan juga hendaklah dipertingkatkan lagi. Kerjasama daripada semua pihak untuk menyalurkan maklumat tepat berkenaan sebarang aktiviti haram adalah penting untuk memastikan keberkesanan tindakan penguatkuasaan pihak berkuasa.
Post a Comment