Maznah berkata banyak perkara lain yang perlu dilakukan pergerakan itu terutama menangani masalah rakyat khasnya membabitkan golongan wanita. Beliau berkata demikian mengulas beberapa kenyataan pemimpin Wanita yang membabitkan keputusan Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz untuk mempertahankan jawatan itu setelah Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan akan bertanding jawatan nombor satu sayap berkenaan. - Bernama
Thursday, November 27, 2008
Pemimpin Wanita diminta henti buat kenyataan di akhbar
Maznah berkata banyak perkara lain yang perlu dilakukan pergerakan itu terutama menangani masalah rakyat khasnya membabitkan golongan wanita. Beliau berkata demikian mengulas beberapa kenyataan pemimpin Wanita yang membabitkan keputusan Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz untuk mempertahankan jawatan itu setelah Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan akan bertanding jawatan nombor satu sayap berkenaan. - Bernama
PPSMI bukan meminggirkan Bahasa Malaysia
YB NORIAH (TIMBALAN MENTERI) : SENTIASA "HANDS ON" DI KPWKM
MP KUCHING (DAP) TIDAK FAHAM MASALAH NELAYAN
MP BATU GAJAH BERFIKIR DALAM KOTAK....BACALAH BAHAN-BAHAN SHAKESPEARE
Usul potong gaji menteri sebanyak RM10 ditolak
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, ketika menggulung usul itu berhujah kerajaan memandang serius isu itu dan sedang menjalankan usaha berperingkat mengikut lunas undang-undang bagi membolehkan pelaksanaannya disegerakan. "Memang benar pada 30 Januari lalu, kita ada mengumumkan akan bina sekolah SJKC, antaranya di Bukit Serdang, Serdang, Sungai Long, Kajang serta Emerald, Rawang. "Pada peringkat ini kita sedang mengambil tindakan susulan selepas perkara itu mendapat sokongan dan komitmen penuh kerajaan kerana proses membina sebuah sekolah bukan senang kerana ia membabitkan soal tapak yang sesuai yang membabitkan urusan pengambilan tanah," katanya.
Sementara itu, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) sekali lagi menimbulkan kekecohan apabila menggunakan perkataan 'keling' yang dituju kepada M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) apabila berlaku pertikaman lidah antara kedua-duanya. Berikutan itu, Mohamad Azmin Ali (PKR-Gombak) meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, mengarahkan Tajuddin menarik balik perkataan itu dan tindakan diambil terhadapnya. "Setiap kali berkelakuan begitu, beliau akan terlepas daripada tindakan. Untuk kali ini saya sekali lagi meminta Dewan tidak lagi melepaskannya daripada sebarang tindakan," kata Mohamad Azmin.
Perak tubuh Sekretariat Blogger sebar dasar kerajaan negeri
RTM2 MULLING OVER NEW MANDARIN TALKSHOW
The Information Ministry plans to air on RTM2 a similar Mandarin talk shows as the 'What Say You' programme has been shelved due to a decreasing number of viewers, said its minister Datuk Ahmad Shabery Cheek.
He said the decision would depend on public feedback on the show that was shelved together with two other programmes.
"We still have one and a half months to receive feedback on the programme," he said, adding that the programme would be under a different title.
RTM is currently undergoing a restructuring process and would be rolling out new programmes next year, he added.
Ahmad Shabery had earlier said that "what Say You" aired at 7pm every Sunday ranked 331 with only 170,000 viewers.
Speaking to reporters after receiving a memorandum presented to him by 300 Chinese youth non-governmental organizations on the shelving of the talk show, he urged people not to politicize the issue.
Malacca state executive council member Datuk Gan Tian Loo, who is also president of Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia, presented the memorandum to Ahmad Shabery at the Parliament lobby yesterday.
Makanan di KL tidak sedap?
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Ahli Parlimen dari Johor, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) hari ini mengkritik rasa makanan di bandar raya Kuala Lumpur yang bukan sahaja mahal tetapi tidak sedap langsung.
Mohamad juga mempersoalkan mengapa restoran dan kedai makan di bandar raya ini terlalu kotor.
‘‘Makanan di Kuala Lumpur tak sedap. Saya tengok warga bandar raya walau dihidangkan besi pun dia akan ‘balon’ dan tak ada standard sebab itulah peniaga mengambil kesempatan.
‘‘Makanan di Kuala Lumpur ini tidak boleh dimakan langsung. Kalau minta mi bandung, tak rasa mi bandung, tom yam, asam pedas dan pelbagai lagi tidak rasa seperti makanan tersebut,” dakwanya.
Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan menggulung perbahasan di peringkat jawatankuasa Bajet 2009 pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Mohamad menegaskan, kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu diajar untuk melaksanakan tugas mereka dalam memastikan ibu negara mencapai standard yang ditetapkan.
Wednesday, November 26, 2008
Atasi Penyelewengan Kad Pengenalan
Atasi Isu Pekerja Asing
Malaysia Konsisten Mengutuk Keganasan Entiti Zionis Dan Tel Aviv Di Palestin
Yoga Haram Bagi Umat Islam
Dilema dan Harapan Ibu Bapa Pelajar-Pelajar SRJK(T)
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil SRJK(T) adalah warisan penjajah British di Malaysia.Kemudahan untuk membelajari bahasa ibunda Tamil atau Cina adalah termaktub dalam ‘kontrak sosial’ yang tercapai antara pemimpin-pemimpin pelbagai kaum dalam mencapai kemerdekaan negara ini.
Sejarah menunjukkan bahawa pada tahun 1957, sejumlah 888 sekolah Tamil wujud di Persekutuan Tanah Melayu apabila negara ini mencapai kemerdekaan daripada belunggu penjajah. Kebanyakan sekolah-sekolah Tamil adalah terletak di ladang-ladang getah kepunyaan syarikat British.Namun, bilangan itu telah berkurangan menjelang tahun 2000. Pada tahun 2008, hanya 523 buah sekolah Tamil sahaja didapati wujud di Malaysia. Pelbagai alasan diberikan oleh pelbagai pihak untuk kekurangan bilangan sekolah Tamil. Pihak kerajaan melaporkan bahawa kekurangan sambutan daripada ibu bapa terhadap sekolah Tamil merupakan faktor utama yang menyebabkan menyusut jumlah sekolah Tamil. Tetapi aktivis dalam masyarakat Tamil pula menafikan alasan tersebut,malah mendakwa bahawa mobiliti dalam masyarakat pekerja ladang akibat dasar pembangunan negara (estate fragmentation ), kemerosotan kualiti pengajaran, kekurangan kemudahan pengajaran dalam sekolah dan kedudukan buruk bangunan sekolah merupakan faktor-faktor utama yang menyebabkan ibu bapa menolak sekolah-sekolah Tamil.
Namun demikian, tidak dapat menafikan bahawa sejak merdeka, kerajaan Barisan Nasional, tidak abaikan tanggungjawabnya dalam menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar Tamil untuk membelajari Bahasa Tamil, malah mengekalkan aliran SRJK(T) supaya pelajar-pelajar Tamil dapat mengikuti pendidikannya di peringkat rendah dalam bahasa ibunda.
Di samping itu, kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Barisan Nasional telah memperuntukan berjuta-juta ringgit untuk membina dan membaiki SRJK(T) yang uzur di seluruh Malaysia. Walaupun peruntukan yang disediakan itu didakwa tidak mencukupi, kerajaan terus mengambil berat untuk menyediakan dana bantuan kewangan kepada SRJK(T) setiap kali Rancangan Malaysia Lima Tahun disediakan . Bantuan kewangan kerajaan disalurkan dalam dua bentuk iaitu bantuan Modal dan bantuan penuh kepada SRJK(T).
Sehubungan ini, baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak selaku menteri kewangan, telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 50 juta untuk membina,membaiki dan mempertingkatkan bangunan-bangunan SRJK(T) yang uzur di seluruh Malaysia .
Sementara itu, menurut laporan media , kerajaan –kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat juga telah meluluskan peruntukan yang agak besar untuk tujuan yang sama di negeri masing-masing.
Sebagai contoh, media melaporkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah meluluskan 1.5 juta untuk SRJK(T) daripada RM 8.5 juta yang diperuntukan untuk sekolah-sekolah rendah di negeri Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang mempunyai 28 buah SRJK(T).Manakala, kerajaan negeri Selangor pula telah meluluskan RM 4 juta untuk 97 buah SRJK(T) di negeri Selangor.
Kaum India menyambut baik initiatif kerajaan persekutuan dan negeri-negeri yang berkenaan.Namun, apa yang menjadi kerumitan dan sungutan dikalangan ibu bapa pelajar-pelajar SRJK(T) adalah bahawa peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan tersebut tidak disalurkan kepada sekolah-sekolah yang sangat memerlukan bantuan kewangan. Malah, terdapat gurubesar dan pentadbiran SRJK(T) di negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak berusaha ,malah menolak bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajan negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat.
Sikap guru besar dan pentadbiran SRJK(T) sedemikian di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat amat dikutuk oleh ibu bapa pelajar-pelajar Tamil, malah menimbulkan kemarahan di kalangan kaum India terhadap pemerintah.Malah , terdapat ahli-ahli politik parti pembangkang mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional menghalang gurubesar sekolah Tamil menerima bantuan daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dakwaan tersebut menimbulkan persepsi bahawa Barisan Nasional lebih mementingkan kepentingan politik daripada kepentingan pendidikan pelajar-pelajar Tamil. Persepsi sedemikian mampu mengurangkan populariti BN di negeri-negeri tersebut dalam jangka masa panjang. Apakah dakwaan tersebut itu benar?
Sungguhpun peruntukan yang disediakan untuk SRJK(T) oleh kerajaan , samaada kerajaan persekutuan ataupun kerajaan negeri, adalah wang rakyat yang dikutip daripada hasil cukai pendapat rakyat.Wang tersebut adalah wang rakyat dan rakyat yang memerlukan bantuan harus dibenarkan menikmati bantuan tersebut. Perbezaan kefahaman politik antara parti-parti politik yang bertanding untuk berkuasa memerintah tidak harus menjadi batu halang kepada pelajar-pelajar Tamil yang amat memerlukan bantuan dan sokongan.
Masyarakat Tamil sering didakwa tertinggal dalam arus pembangunan negara,malah tidak disediakan sebarang dasar ekonomi bersifat ‘affirmatif’ atau khas untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup mereka.Dengan itu, kerajaan persekutan dan negeri di bawah Pakatan Rakyat perlu mememikir hal ini dan bersikap lebih mementingkan pendidikan pelajar-pelajar SRJK(T) kerana pendidikan merupakan satu-satunya aset utama bagi pelajar-pelajar Tamil dalam proses meningkatkan martabat mereka dalam masyarakat ,malah selaras dengan dasar peningkatan human capital yang diajukan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri.
Sekiranya kerajaan persekutuan dan negeri tidak bertambil hadapan untuk mengatasi kebuntuan dalam menyampaikan bantuan kewangan yang diperuntukkan itu kepada SRJK(T) tanpa berlengah-lengah seperti di harapkan oleh ibubapa, media melaporkan bahawa ibu bapa pelajar-pelajar Tamil tidak akan berdiam diri seperti zaman dahulu,malah akan melancarkan protes secara besar-besaran terhadap pentadbiran SRJK( T) yang menolak bantuan kewangan daripada kerajaan negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Tindakan tersebut mampu menguriskan hati sebahagian besar kaum India di Malaysia.
Justeru itu, adalah diharapkan bahawa kerajaan persekutuan dibawah pimpinan Barisan Nasional bijak mencari jalan untuk menyelesai dilema SRJK(T) tersebut dengan segera supaya dapat mengurangkan perasaan kemarahan yang terpendam dikalangan masyarakat Tamil terhadap kerajaan BN di masa-masa akan datang.
Mahasiswa Lelaki Semakin Pupus?
MP Tangga Batu memaklumkan bahawa statistik mahasiswa lelaki dan perempuan di IPTA adalah kompetitif. Ini adalah kerana laluan bagi memasuki IPTA adalah terhad bagi menampung permintaan yang semakin meningkat. Bilangan mahasiswi adalah sebanyak 61% manakala pelajar lelaki hanya sebanyak 39%. Jurang ini adalah disebabkan pelajar perempuan lebih menunjukkan kecemerlangan ketika di sekolah menengah. Justeru itu, bilangan pelajar perempuan mengatasi bilangan pelajar lelaki di IPTA dalam kursus pengajian ijazah sarjana muda.
Walau bagaimanapun bagi kursus pengajian PHD, pelajar lelaki lebih mendominasi IPTA. Begitu juga di Politeknik dan di kolej-kolej komuniti. Pelajar lelaki lebih mendapat tempat kerana mereka lebih berminat dalam bidang-bidang kemahiran dan amali.
MP Tangga Batu turut menegaskan bahawa bilangan pelajar perempuan yang ramai di IPTA bagaimanapun tidak akan menjejaskan peluang pelajar lelaki untuk menceburi kerjaya di peringkat profesional.
Pada saya, topik berkaitan gender ini memang menarik untuk diperdebatkan kerana ia secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa kaum wanita di Malaysia semakin maju dan berdaya saing. Ramai wanita yang telah berjaya dan mengecap kejayaan lebih daripada kaum lelaki. Tidak dinafikan golongan perempuan memang sejak dari zaman dahulu lagi memiliki otak yang pintar namun disebabkan oleh beberapa kekangan dan faktor keluarga, mereka tidak dapat melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi pada masa itu.
Don't see it as an insult, says Dr M
He viewed the fuss over the fatwa as an "unfortunate" event for others who perceived it as a slur of their religions. "We don't eat pork. That doesn't mean I am insulting the Chinese. When Muslims cannot do yoga, it is not because we are insulting the Hindus.
Nik Aziz setuju tindakan Majlis Fatwa
“Sama macam amalan lain seperti ‘main puteri’ yang diharamkan kerajaan Kelantan, dalam permainan itu orang yang mengamalkannya menyebut benda yang dia sendiri tak faham, ada gerak geri tubuh bersama perkataan lain yang dia sebut, tetapi tak tahu maksud, itu tak betul,” katanya di sini, semalam.
Atasi isu pekerja asing
Dipetik dari Utusan Malaysia Online (Oleh NIZAM YATIM)
KUALA LUMPUR 25 Nov. – Seorang Ahli Parlimen hari ini melahirkan rasa kecewa kerana kerajaan masih gagal menyelesaikan isu kebanjiran pekerja asing yang sudah bertahun-tahun membelenggu negara ini.
Malah dengan nada berang, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut menempelak Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad kerana memberikan jawapan terlalu panjang dan berjela-jela berhubung isu itu.
‘‘Jawapan panjang tetapi tidak sampai ke lubuk hati. Saya tak nak berlakon dalam perkara ini.
‘‘Sebagai rakyat Malaysia, kita mahu satu penyelesaian dicari terhadap tanggapan bahawa negara ini adalah syurga bagi warganegara asing untuk mencari nafkah tetapi neraka bagi rakyat kita sendiri,” katanya semasa mencelah pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Mohamad, sudah bertahun-tahun kementerian itu memaklumkan akan menyelesaikan isu kehadiran ramai pekerja asing tetapi sehingga kini tiada tindakan konkrit dibuat.
Beliau yang sudah 18 tahun menjadi wakil rakyat termasuk sembilan tahun sebagai Ahli Parlimen juga kesal kerana sehingga kini tiada sebarang langkah tegas diambil bagi memastikan pekerja rakyat tempatan mendapat gaji munasabah iaitu lebih tinggi berbanding golongan miskin tegar.
Tindakan Mohamad yang berkali-kali meninggikan suara kepada Noraini itu ditegur oleh Timbalan Yang Dipertua, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mahukan sikap sedemikian dihentikan.
Dalam pada itu, Noraini yang menjawab soalan asal Aaron Ago Dagang (BN-Kanowit) menjelaskan, pendapatan purata asas setiap pekerja di negara ini adalah berbeza mengikut sektor dan ia juga berdasarkan proses rundingan antara persatuan majikan dan kesatuan sekerja.
Katanya, pendapatan purata asas adalah sebanyak RM573 sebulan bagi pekerja kedai kopi, RM628 sebulan (pertanian), RM697 sebulan (perhotelan), RM853 sebulan (pasar raya) dan RM952 sebulan (pembinaan).
Sementara itu, sesi soal jawab bertukar suasana kepada ceria apabila Datuk Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun) yang bangun untuk mengemukakan soalan seterusnya, memaklumkan bahawa hari ini adalah tarikh lahirnya.
Tuesday, November 25, 2008
Si Penipu Besar Terus Menipu Rakyat
Oleh: Tulip Desa
Dengarnya Ketua Pembangkang DSAI akan mengadakan kempen besar-besaran untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Inilah dia sikap bermuka-muka DSAI. Semasa menjadi TPM, beliau begitu mempertahankan ISA dengan menyatakan ia sebagai satu langkah Kerajaan untuk mengawal keselamatan negara. Tetapi sekarang pelbagai kritikan dan hentaman ditujukan kepada Kerajaan dengan niat untuk menjatuhkan Kerajaan sekaligus mengukuhkan kedudukan politik beliau. Beliau mendakwa ISA zalim dan sebagainya. Ada juga golongan pembangkang yang menyatakan ISA ketinggalan zaman. Tetapi bagi Tulip, akta ini sudah berkembang dan prosedur berubah berbanding peringkat awal. Yang paling penting, ISA ini perlu diteruskan selaras dengan objektif utamanya sebagai undang-undang pencegahan untuk mengelakkan berlaku ancaman kepada ketenteraman awam dan keamanan.
MP Sungai Besar, YB Noriah Kasnon, Timbalan Menteri, KPWKM sentiasa prihatin terhadap warga Mak Nyah
MP Puchong tidak beradab dalam Dewan...diperintah keluar selama 2 hari
Beyond reproach
To be fair, were the Fatwa Council to have no more than an advisory role, it is highly doubtful that anyone would heed its rulings on matters such as this and the similar proscription now levelled against women not dressing as the council maintains women should dress. But the council seems clearly to presume that Muslims themselves can't be expected to know what being Muslim means, and is consequently concerned with protecting them from themselves. Hence, the council's edicts are accompanied by equally stern warnings against their decisions being questioned by any quarter: the opinions of non-Muslims are irrelevant for obvious reasons, and the criticisms of Muslims are also irrelevant because the council holds that, by definition, those who question these decisions are afflicted with a flawed understanding of their own religion. The council cannot lose, and its critics cannot win.
Therefore, let us here set aside any questioning of these latest fatwa, and consider instead their effect. They drive a wedge deeper between this country's Muslims and non-Muslims, at a time when racial and religious polarisation are worse than they've been in three generations. They undermine, perhaps fatally, the more inclusive and universal tenets of the "civilisational" Islam Hadhari advocated by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and the rationalism alluded to by Raja Muda of Perak Raja Dr Nazrin Shah in his address to last weekend's international conference on Islamic studies, as well as efforts to present ourselves as "an exemplar of a modern, progressive and moderate Muslim country" in a world where civilisations are clashing to ever deadlier effect. Most gravely of all, they emphasise again that the National Fatwa Council enjoys the legal standing to declare that its decisions can never be questioned, presuming they hold all the authority of divine scripture.
Friday, November 21, 2008
PELBAGAI KAUM MENYAMBUT BAIK TITAH UCAPAN DR NAZRIN SHAH
Rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum di Malaysia amat menyokong dan menyambut baik titah ucapan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah baru-baru ini bahawa masyarakat imigiran di sesebuah negara perlu menghormati dan menerima tradisi, sejarah serta sistem kerajaan yang wujud di negara yang menerima mereka.
Titah baginda juga merupakan lanjutan kepada kenyataan khas Majlis Raja-Raja Melayu baru-baru ini berhubung hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Apa yang kita memahami dan mempelajari daripada titah baginda Raja Dr Nazrin Shah , Raja Muda Perak, adalah bahawa kaum imigiran yang menjadi warga negara Malaysia harus menghormati dan mematuhi sistem kerajaan negara ini yang berteraskan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan, iaitu
satu sistem kerajaan yang di warisi dari sistem kerajaan Melayu sabelum merdeka.
Sehubungan ini, dalam konteks Malaysia, rakyat Malaysia harus menyedari bahawa sistem kerajaan yang diterima pakai pada masa sekarang adalah satu sistem kerajaan yang dibentuk mencerminkan semangat ‘kontrak sosial’ yang di persetujui antara masyarakat pribumi dan masyarakat imigiran.
Sehubungan ini tidak harus timbul isu atau dakwaan bahawa masyarakat imigiran yang menjadi warga negara Malaysia kurang setia atau menyoal kesahihan atau validiti kontrak sosial yang mengikat semua kaum di negara ini.
Sebahagian besar kaum bukan Melayu berpendapat bahawa isu kontrak sosial bukan dibangkitkan oleh orang biasa atau samaritan, malah kerap kali dibangkitkan oleh ahli-ahli politik yang pemikiran sempit dan perkauman dalam masyarakat majmuk.
Malah, masih terdapat segelintir ahli-ahli politik dan NGO yang masih membangkitkan isu kontrak sosial dalam meraihkan sokongan daripada kaum dan
pengikut masing--masing .
Justeru itu, adalah dicadangkan ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin NGO yang tidak bertanggungjawab ,malah lebih mementingkan jawatan daripada kepentingan negara harus mengupaskan kontrak sosial di Malaysia daripada perspektif semua kaum . Pemimpin dan rakyat dikalangan semua kaum,kaum pribumi dan warga negara harus digalakkan mengelakkan sikap mementingkan kepentingan kaum sendiri dan menghiraukan kepentingan sah kaum lain atau bigotry .
Sementara itu, rakyat juga harus berwaspada terhadap pemimpin-pemimpin politik yang menghujah dan berdebat kontrak sosial semata-mata untuk membangkitkan sentimen perkauman dalam mencapai agenda politik dan tersendiri masing-masing.Rakyat harus bersedia memisahkan ,malah menarikbalik sokongan yang diberikan kepada ahli-ahli politik yang mengajukan sentimen perkauman yang mampu menghancurkan semangat kontrak sosial di negara ini.
Justeru itu, tidaklah keterlaluan sekiranya kita menyimpulkan bahawa titah ucapan Dr.Nazrin Shah telah membuka minda rakyat Malaysia dalam memperkasa kontrak sosial yang masih mampu menjamin kestabilan, kesejahteraan dan keamanan rakyat Malaysia.
Wednesday, November 19, 2008
Penurunan Harga Minyak Tidak Memberi Kesan Pada Harga Barangan
Berita Gembira Untuk Penduduk Kapit
Empat bahagian Wanita UMNO Sabah beralih sokong Shahrizat
Berikutan keputusan itu, sehingga hari ini sebanyak 18 daripada 25 bahagian di Sabah memutuskan menyokong agar Shahrizat diberi peluang bagi mengambil alih jawatan Ketua Wanita pada pemilihan Mac depan.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah, Datuk Armani Mahiruddin berkata, keempat-empat bahagian tersebut ialah Keningau, Kimanis, Tuaran dan Semporna.
``Sebelum ini pada persidangan Wanita di seluruh Sabah, sebanyak 14 bahagian mencalonkan Shahrizat sebagai Ketua Wanita yang secara jelas menggambarkan mereka tidak setuju dengan peralihan jawatan pada Jun.
``Hari ini, kita menerima pendirian empat bahagian Wanita yang sebelum ini mencalonkan Rafidah dan mereka kini melahirkan sokongan terbuka kepada Shahrizat untuk bertanding jawatan Ketua Wanita,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Armani berkata, Ketua Pergerakan Wanita bahagian yang menyatakan komitmen ialah Amelia Anjun (Keningau), Maznah Ghani (Kimanis), Jamaliah Antaup (Tuaran) dan Manis Muka Mohd. Dara (Semporna).
Menurutnya, sokongan itu bukan bermakna Wanita Sabah ingin melihat pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Wanita tetapi sekadar melahirkan hasrat supaya peralihan dapat dilaksanakan sama dengan peralihan kepimpinan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak. - Utusan
************************************
Oleh: Citra Adora
Sama-samalah kita mendoakan agar keputusan yang terbaik dapat dicapai dan semoga persaingan berlaku secara sihat.
Paling penting pemimpin yang ingin dipilih itu benar-benar berkaliber dan mampu memimpin parti serta tanah air dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab.
Media Indonesia anggap kerajaan Malaysia responsif
Kraftangan Tempatan Berjaya Menembusi Pasaran Antarabangsa
Menteri Penerangan Menjadi Tauladan
Baru-baru ini akhbar Tamil melaporkan bahawa menteri penerangan, Dato Ahmad Shabery Cheek, telah berdialog dengan beberapa kumpulan yang mewakili artis-artis, penerbit dan pengeluar filem dan drama Tamil tempatan di pejabatnya di Angkasapuri untuk mendengar dan membincangkan mengenai masalah dan ketidakpuasaan hati yang dihadapi oleh kumpulan tersebut.
Dalam perbincangannya, Dato’ Ahmad Shabery Cheek memberi perhatian yang serius dan kesungguhan dalam mengenalpasti dan menyelesaikan masalah utama yang dihadapi oleh pengeluar filem dan drama Tamil . Antara masalah utama yang dihadapi oleh kumpulan tersebut adalah untuk mendapatkan slot atau ‘air time’ bagi program-program Tamil yang disediakan dalam negeri .
Setelah selesai perbincangan tersebut, Menteri Penerangan yang amat memahami punca permasalahannya tampil dan membuat pengumuman dengan tabahnya bahawa TV Malaysia akan membuka ruang untuk meningkatkan jumlah waktu siaran program Tamil (Filem / Drama Tempatan) dari satu setengah jam kepada 5 jam seminggu pada masa-masa akan datang.
Pengumuman tersebut bukan sahaja menggembirakan para pengusaha yang terlibat dalam bidang tersebut malah keseluruhan kaum Tamil di Malaysia yang kini telah menjauhkan diri dari RTM.
Dalam pada itu, apakah semangat dan keikhlasan Menteri Penerangan itu mengenai perkara tersebut disedari dan difahami oleh para pegawai kementerian, yang di dakwa sebagai ‘little Napoleons’? Apakah pegawai-pegawai atasan yang bertanggungjawab dalam Kementerian penerangan (TV) akan memastikan pengumuman dasar menteri itu dilaksanakan tanpa menundakan waktu atau meminda mengikut budi bicara dan tafsiran tersendiri.
Sehubungan ini, adalah dicadangkan bahawa RTM secara amnya dan TV Malaysia secara khususnnya menilai semula program-program Tamil yang disediakan oleh penguasaha tempatan yang kini disiarkan dalam saluran TV2. Kebanyakan program tersebut didapati berunsur hiburan yang bersifat carbon-copy. Program–program tersebut hanya mengandungi program artis dan penyanyi tempatan yang menyanyikan lagu-lagu filem Tamil.
Program-program yang yang disediakan oleh pengusaha tempatan untuk siaran dalam TV2 didapati kurang berkesan dalam menjadikan kaum India sebagai satu kaum yang bermaklumat selaras dengan agenda pembangunan arus perdana. Malah, menjauhkan mereka dari mendekati RTM, sekaligus kerajaan. Apa yang menghairankan kita ialah ramai pendengar dan penonton (Minnal dan TV2 ) RTM adalah terdiri dari pekerja asing keturunan Tamil.
Namun demikian, usaha dan keikhlasan Dato’ Ahmad Shabery Cheek untuk mendengar rintihan pengusaha Tamil adalah amat dihargai, malah akan merintis jalan untuk meraih semula sokongan kaum India terhadap kerajaan yang merosot pada saat akhir-akhir ini. Apakah langkah-langkah yang bersifat mesra dan prihatin Menteri Penerangan itu dijadikan sebagai tauladan dalam usaha meningkatkan sokongan kaum India terhadap kerajaan oleh lain-lain kementerian?
Tuesday, November 18, 2008
Majlis Ekonomi Negara tentukan harga minyak bawah RM2
KUALA LUMPUR: Majlis Ekonomi Negara yang bermesyuarat bulan ini akan memutuskan sama ada untuk menurunkan harga bahan api kenderaan di paras RM2 seliter.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata majlis itu juga akan membincangkan kemungkinan memperkenalkan harga lantai atau harga had minimum bahan api yang boleh diturunkan.
Beliau berkata, ketika ini berlaku penurunan harga minyak mentah yang mendadak di pasaran dunia yang mana aspek penjimatan untuk menanggung subsidi harus diambil kira kerajaan.
Konsesi lebuh raya didedahkan kepada awam mulai 1 Januari
Berita Harian Online
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan kandungan kontrak pemegang konsesi lebuh raya yang sebelum ini dokumen sulit akan didedahkan kepada rakyat mulai 1 Januari depan.Menteri Kerja Raya, Datuk Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata ketika ini proses menerbitkan 23 perjanjian berkenaan sedang dibuat sebalum Percetakan Negara akan mencetak dan menjualnya kepada orang ramai.
Mustika: Bagus juga supaya orang ramai tidak lagi sewenang-wenangnya memutar belitkan fakta
Diskaun tol 10 peratus 1 Januari
KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari depan, pemandu pemandu kenderaan kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dan Elite antara jam 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menikmati diskaun tol 10 peratus.
Menteri Kerja Raya, Datuk Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata langkah Plus dan Elite itu sejajar dengan hasrat kerajaan membantu merigankan beban pengguna dalam keadaan ekonomi sekarang.
Katanya, tempoh diskaun itu akan berakhir 31 Disember 2010.
HARGA MINYAK TURUN, MENGAPA HARGA BARANG TETAP TINGGI?
Seperti yang telah kita semua sedia maklum, harga minyak (petrol dan diesel) di Malaysia telah mengalami penurunan sedikit demi sedikit. Terbaru, harga minyak telah diturunkan kepada RM2.00/liter. Manakala beras pula telah diturunkan dikurangkan antara 20 sen hingga 30 sen sekilogram mulai kelmarin. (Maklumat Lanjut, Klik Disini).
Namun sering kedengaran di cuping telinga kita mengenai harga barangan runcit dan makanan yang masih pada harga lama ketika harga minyak dinaikkan dahulu. Kenaikan harga barangan runcit dan makanan yang berlaku sebelum ini didakwa dipengaruhi oleh kenaikan harga minyak. Sekarang harga minyak dah turun, mengapa harga barang belum turun?
Mustika sempat mengikuti Malaysia Hari Ini (MHI) pagi tadi dan rata-rata yang memberi respon adalah peniaga samada restoran atau runcit dan juga suri rumah. Peniaga restoran dan runcit mendakwa pembekal menetapkan harga lama, mana boleh mereka menurunkan harga kerana mereka akan mengalami kerugian. Beli dah mahal, takkan nak jual murah. Betul juga, tapi apabila pembekal ditanya mengenai masalah ini (radio ERA, tarikh: lupa) mereka mendakwa pengilang yang tidak menurunkan harga. Mana satu pulak yang betul ni?
Namun setakat ini, mustika tidak mendengar lagi respon oleh pengilang...
Yang pastinya, rakyat yang membeli yang menderita, kalau dulu RM50 boleh beli barang dapur untuk seminggu (kata suri rumah, MHI pagi tadi) sekarang jumlahnya meningkat ke 2 atau 3 kali ganda maknanya RM150 seminggu. Mustika yang bekerja tetap pun terasa peritnya apatah lagi mereka yang berpendapatan rendah malah tak menentu???
Harap pihak yang bertanggungjawab dapatlah menjawab dan menyelesaikan masalah ini. Jangan biarkan rakyat menderita kerana kurangnya penguatkuasaan dari pihak berkuasa.
Masalah Wanita Umno perlu selesai secara matang: PM
TASHKENT (Uzbekistan): Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap Wanita Umno dapat menyelesaikan masalah berkaitan pencalonan jawatan penting dalam pergerakan itu menjelang Perhimpunan Agung Umno, Mac depan.
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno percaya pergerakan itu mampu mengatasi masalah berkenaan bagi memelihara perpaduan sayap Umno itu secara matang.
"Ketika ini saya tidak mahu berkata apa lagi, saya nak dengar dulu. Saya sebenarnya tidak mahu ganggu. Saya berpihak di sini, orang sana marah, berpihak di sana, orang sini marah, maklumlah semua nak suruh kita berpihak kepada dia.
"Kalau berpihak apa perasaan orang lain pula. Nampaknya sampai hari ini pun mereka tidak dapat menyelesaikannya sendiri," katanya pada wartawan Malaysia di sini, selepas mendengar taklimat mengenai operasi Petronas di sini, lewat petang semalam.
Ini adalah reaksi pertama Abdullah mengenai kemelut peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi pergerakan Wanita, Jun ini, membabitkan Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz; Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Exconya, Datuk Kamilia Ibrahim.
Mesyuarat Exco Wanita Umno sebelum ini memutuskan pelan peralihan kuasa kepemimpinan pergerakan itu kekal Jun depan, manakala jawatan Ketua dan Naibnya tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti, Mac depan.
Monday, November 17, 2008
Langkah Menangani Masalah Pengemis
Majlis Penetapan Gaji: Pekerja Sektor Swasta Berpeluang Menikmati Gaji Tinggi
Kerajaan prihatin dengan nasib rakyat yang mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan. Pekerja sektor swasta juga tidak terkecuali tergolong dalam kategori ini. Dianggarkan lebih kurang 2 juta pekerja sektor swasta menerima gaji lebih kurang RM500. Sehubungan itu, beberapa pendekatan telah diambil untuk membantu pekerja sektor swasta untuk tidak terus dibelenggu kemiskinan.
Walaupun kaedah untuk menentukan gaji di pihak swasta adalah berdasarkan kuasa pasaran perjanjian kolektif tetapi ada satu mekanisma iaitu Majlis Penetapan Gaji yang senantiasa diubahsuai mengikut pembaharuan dan permintaan. Bagi mereka yang bekerja di sektor swasta, kementerian telah menyedari terdapat segelintir mereka tidak menerima pendapatan yang lumayan. Menyedari hakikat ini, Kementerian Sumber Manusia telah memohon dan membawa kepada kabinet dan kabinet telah meluluskan penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan untuk mengkaji perlu atau tidak MPG ini ditubuhkan dan ia akan memperakukan serta akan dibincangkan pada Majlis Penetapan Gaji.
Ekonomi Malaysia tidak alami kemelesetan
“Dengan itu, ekonomi dijangka mencatat pertumbuhan lebih kurang lima peratus bagi keseluruhan tahun 2008,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-Pulai) di sesi soal jawap di persidangan Dewan Rakyat di sini.
Berikutan pengumuman langkah tambahan sebagai respons terhadap krisis kewangan dunia yang dibentangkan oleh kerajaan pada 4 Nov, Kong menjelaskan bahawa ekonomi negara diramalkan berkembang pada kadar 3.5 peratus pada tahun 2009.
Bagaimana pun, katanya negara tetap tidak terkecuali dari bahang persekitaran global yang tidak menentu.
Walau pun banyak negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan dan sesetengahnya dijangka mengalami kemelesetan, ekonomi Malaysia pula, kata Kong dijangka berkembang perlahan pada separuh kedua tahun ini.
“Sungguh pun, negara kita tidak mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun ini, bahang ledakan krisis kewangan global di Amerika Syarikat dan Eropah sudah mula dirasai di seluruh dunia termasuk Malaysia,” katanya.
— BERNAMA
********************************************
Citra Adora:
Mekanisma Memantapkan Ekonomi Negara
RM2.5b rebat tunai telah dibayar kepada pemilik kenderaan
KUALA LUMPUR, 17 Nov. — Sejumlah RM2.5 bilion rebat tunai telah dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian dengan bilangan kenderaan kira-kira 5.66 juta bagi tempoh 14 Jun sehingga 31 Okt lepas.Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM316.1 juta merupakan rebat tunai kepada 2.11 juta pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc.
“Sementara RM2.028 bilion adalah rebat tunai kepada 3.24 juta pemilik kenderaan berkapasiti enjin sehingga 2000cc.“Bakinya sebanyak RM192 juta merupakan rebat tunai kepada hampir 0.31 juta pemilik jip dan pikap persendirian berkapasiti enjin sehingga 2500cc di Semenanjung dan sehingga 3000cc di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Sementara itu, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sebanyak 51 buah sekolah menengah dan rendah baru akan dibina di Sabah bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Beliau berkata ia melibatkan 14 buah sekolah rendah, 35 sekolah menengah harian, sebuah sekolah sukan dan sebuah sekolah teknik.“Kementerian juga melaksanakan 78 projek pembekalan elektrik luar bandar.Siling bagi kesemua projek ini ialah RM1.451 bilion,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan).
Beliau berkata bagi bajet mengurus pula, peruntukan yang telah disalurkan bagi kerja penyelenggaraan sekolah, asrama dan institusi pelajaran yang lain dalam tempoh 2006 hingga 2008 adalah berjumlah RM174 juta.“Peruntukan yang besar yang diluluskan untuk penyelenggaraan institusi pelajaran di Sabah ini adalah berikutan keadaan fizikal bangunan yang sememangnya kita ketahui agak uzur dan memerlukan banyak penyelenggaraan dan baik pulih,” katanya.
— BERNAMA
Thursday, November 13, 2008
MP Rembau Minta Estet Dibekalkan Bekalan Air
Syor MP Rembau ini adalah rasional kerana estet-estet telah lama wujud. Mereka elok diberi kemudahan yang serupa untuk kebaikan dan keselesaan warga.
Pemerhati berpendapat bahawa agak tepat perkara ini diselesaikan oleh Kementerian berkaitan dengan kadar segera.
MP Sadong Prihatin.....Rakyat Terpencil Dapat Penyiaran TV
Pemerhati berpendapat bahawa permohonan MP sadong ini munasabah kerana ia juga melibatkan kawasan-kawasan terpencil di Sabah. Mungkin satu pendekatan dengan menggunakan Saluran Astro dapat mengatasi keperluan ini. Tetapi ini mungkin melibatkan banyak kos yang akan ditanggung audien.
Wira percaya bahawa keprihatinan MP Sadong(BN) akan mendapat perhatian Kementerian-Kementerian berkaitan.
Tuesday, November 11, 2008
KERAJAAN NEGERI DITERAJU PEMBANGKANG TIDAK BERUSAHA MENYEDIAKAN KOUTA 30% PERMIS PERNIAGAAN KEPADA BUMIPUTERA
Pemilikan Bumiputera ke atas premis-premis perniagaan akan ditingkatkan daripada 15% kepada 30%. Bagi mencapai sasaran tersebut, MECD melalui agensi-agensinya iaitu UDA dan MARA serta Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri akan terus merancang memperbanyakkan premis-premis perniagaan dan berusaha agar 30% kouta untuk Bumiputera serta harga diskaun bagi Bumiputera.
Usaha ini merupakan usaha yang perlu dilaksanakan bersama kerajaan Negeri agar sasaran dapat dicapai. Namun ada juga negeri di Malaysia yang tidak berkerjasama untuk menyediakan kouta 30% kepada Bumiputera iaitu Pulau Pinang. Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini Mustika nampak seperti menutup peluang kaum Bumiputera untuk terlibat dengan perniagaan. Buktinya, sehingga hari ini hanya 143 tempat bagi Bumiputera manakala Cina sebanyak 336 buah. Besar perbezaannya.
Pesan Mustika, jadilah pemimpin yang adil. Jangan berat sebelah. Rakyat perlu menikmati peluang untuk meninggikan taraf kehidupan yang setaraf. Baru lah yang miskin akan maju dan bukannya yang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya.....
KPM Tiada Rancangan Membekalkan Buku Teks Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Ibunda
Malaysia Kekurangan Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi
Kerajaan menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia ekoran daripada sikap rakyat Malaysia yang kurang berminat untuk menceburi bidang berkemahiran tinggi. Oleh itu, peluang ini diambil oleh pekerja asing yang dilihat memonopoli bidang tersebut. Tulip merasakan Kerajaan perlu merangka dasar, strategi dan perancangan supaya tidak lagi terus dibelenggu dengan permasalahan tersebut.
Masalah ini telah dijawab oleh Menteri Sumber Manusia dalam sidang dewan pagi ini, bahawa Kementerian Sumber Manusia telah merangka dasar serta merancang pelbagai usaha dan strategi bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia. Dasar Kerajaan ialah untuk membangunkan tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, dilengkapi dengan nilai dan sikap positif bagi membolehkan industri di Malaysia berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Kerajaan telah membangunkan Pelan Induk Latihan Dan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Malaysia 2008-2020. Pelan ini bertindak sebagai asas dan hala tuju kepada penggalakan aktiviti pembangunan dan penyediaan program kemahiran kepada belia di negara ini. Perancangan dan pelan tindakan bagi melaksanakan strategi tersebut meliputi usaha-usaha memperkukuhkan kerjasama di antara agensi latihan dan industri, memperkukuhkan maklumat pasaran sumber manusia mahir, memperluaskan kapasiti latihan, mempertingkatkan dan memperluaskan program pembangunan latihan peringkat tinggi dan memperkenalkan program keusahawanan.
Sehingga kini, Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah KSM telah meluluskan 70 buah pusat bertauliah bagi menawarkan sejumlah 173 program latihan di tahap 4 (Diploma Kemahiran Malaysia) atau tahap 5 (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) bagi mengatasi masalah tersebut.
MP KUALA KRAI MATI AKAL
Soalan yang dikemukakan oleh MP Kuala Krai (PAS) mengenai tujuan penurunan harga minyak petrol dan diesel kebelakangan ini samada kerana protes rakyat atau kerana kebijaksaan kerajaan Barisan Nasional adalah tidak wajar.....
Mustika melihat MP ini sebagai buta maklumat kerana penurunan harga minyak seperti yang diumumkan Perdana Menteri adalah ekoran penurunan harga minyak dunia serta keadaan ekonomi dunia yang menghadapi krisis ketika ini. Namun apakan daya, jika disogokkan maklumat berjuta kali pun mereka (pembangkang) akan terima? Jawapan nya tidak! Walaupun mereka mengetahui hakikat sebenarnya, mereka tetap menafikan. Mengapa? Jawapannya, mereka sudah ketandusan idea dan mati akal mencari salah kerajaan sana sini.
Kepada MP Pembangkang dan penyokong-penyokong mereka, mustika doakan agar mereka diberi hidayah dan menemui jalan pulang.
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN TUBUH 2 JAWATANKUASA ATASI PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Kementerian Wilayah Persekutuan telah menubuhkan dua buah jawatankuasa bagi menangani masalah berkaitan projek terbengkalai. Pertama adalah Jawatankuasa Pemandu Menangani Masalah Projek Terbengkalai di WP KL. Pengerusinya adalah Menteri Wilayah Persekutuan.
Kedua ialah Jawatankuasa Kerja Menangani Masalah Projek Terbengkalai di Wilayah Persekutuan.
Jawatankuasa ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mencari kaedah penyelesaian terhadap isu-isu dan permasalahan projek terbengkalai di Wilayah Persekutuan. Sehingga kini, beberapa isu dan penyelesaian telah dibincangkan dalam Jawatankuasa Kerja terutamanya mengenai pelan tindakan penyelesaian kes projek Plaza Rakyat yang telah lama tertangguh.
Baguslah.... Sekurang-kurang dengan wujudnya 2 jawatankuasa ini, masalah yang berkaitan dapat diselesaikan dengan kadar segera.
Peralihan Kuasa Wanita UMNO Kekal Jun 2009
Roti canai, teh tarik turun 10 sen, nasi turun 20 sen
Akademi Badminton akan ditubuhkan - Najib
KUALA LUMPUR 11 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Akademi Badminton yang akan menjadi pusat kecemerlangan bagi sukan berkenaan.
Sumber: Utusan Malaysia
****************************
Tulip Desa
Tulip sangat bersetuju dengan cadangan YAB Timbalan Perdana Menteri terhadap cadangan membina beliau untuk memulihkan kembali imej sukan badminton yang semakin pudar. Diharapkan penubuhan akademi ini akan melahirkan jaguh-jaguh badminton yang akan mengharumkan nama negara di persada dunia seperti di zaman 'anak-anak Datuk Sidek'.
PM mahu ATM membudayakan penyelenggaraan
KUALA LUMPUR 11 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadikan penyelenggaraan sebagai satu budaya kerja bagi memastikan segala aset dan kelengkapan berada pada tahap terbaik.
Perdana Menteri berkata, penekanan kepada aspek itu sangat penting kerana ia akan dapat mengelakkan daripada perbelanjaan yang lebih besar apabila sesuatu aset itu perlu diperbaiki atau digantikan.
Abdullah yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan yang diadakan di Wisma Pertahanan di sini hari ini. - Utusan
Roti Canai, Teh Tarik, Turun 10 Sen
Kempen itu dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad di Restoran Syed Bistro, Bangsar di sini, semalam. Presiden Presma, Jamarulkhan Kadir, berkata penurunan harga tiga menu itu dibuat bagi menyahut seruan kerajaan. “Ini tidak ada kaitan dengan penurunan harga minyak, sebaliknya lebih bersifat keprihatinan pengusaha,” katanya.
Timbalan Presiden Primas, T Muthusamy, pula berkata penurunan harga itu diharap dapat membantu mengurangkan beban orang ramai berikutan keadaan ekonomi tidak menentu.
Nampaknya, pengusaha-pengusaha restoren telah menyahut seruan Kerajaan untuk menurunkan harga makanan dan minuman. Ini satu petanda baik yang menggambarkan keperihatinan dan tanggungjawab sosial pengusaha restoran dan peniaga. Ini juga merupakan berita gembira bagi rakyat marhaen yang mengharapkan pengusaha dan peniaga lain turut mengikut jejak langkah Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) di Lembah Klang yang telah menurunkan harga minuman dan makanan bermula semalam.
Monday, November 10, 2008
Raja Petra Bebas Menulis Kembali - Ahmad Shabery
Tindakan tegas akan diambil terhadap Raja Petra sekiranya didapati melanggar melanggar undang-undang melalui tulisannya pada masa depan, katanya."Kalau selepas ini Raja Petra rasa nak menulis lagi, dia bebas menulis. Tetapi sekiranya tulisan tersebut didapati melanggar undang-undang ataupun menimbulkan perkara bersifat fitnah sudah tentu orang yang merasakan diri mereka difitnah atau berlaku tidak adil dan sebagainya, berhak pula mengambil tindakan kepada orang berkenaan (Raja Petra)," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan permohonan habeas corpus Raja Petra setelah mendapati alasan perintah tahanan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri mengikut Seksyen 8 ISA tidak mencakupi skop yang ditetapkan di bawah akta itu.Ahmad Shabery berkata kerajaan tidak pernah menyekat kebebasan media atau individu untuk bersuara, sebaliknya tindakan hanya diambil sekiranya mereka didapati melanggar undang-undang serta mengancam keselamatan negara."Perlu kita faham bahawa banyak orang tidak tahu dari segi kebebasan media dalam negara ini, (ia) adalah satu perkara yang sudah wujud.
Tony Pua (hadir sidang Parlimen
Perhimpunan itu bermula kira-kira 9.30 malam dengan majlis memasang lilin sempena sambutan ulang tahun pertama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan adil (Bersih).
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, perhimpunan yang disertai oleh kira-kira 200 orang itu diadakan tanpa permit justeru pihak polis terpaksa datang untuk meleraikannya.
"Pada mulanya, polis menahan tiga orang sebelum melakukan tangkapan susulan ke atas 20 orang lagi selepas itu.
"Mereka semua ditahan untuk diambil keterangan di bawah Seksyen 27 Akta Polis kerana disyaki terlibat dalam perhimpunan haram," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mereka yang ditahan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng serta seorang juru video Malaysiakini, Shukri Mohamad.
Ekoran itu, hari ini polis menutup sebahagian jalan sekitar Padang Timur, serta jalan-jalan utama menuju Amcorp Mall, serta dikawal ketat oleh kira-kira 80 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Menurut Khalid, perhimpunan tersebut berjaya disuraikan kira-kira pukul 12.30 pagi ini dengan aman tanpa melibatkan kekerasan.
‘‘Polis bertindak mengikut etika dan profesionalisme dalam mencegah perhimpunan itu,’’ jelasnya.
HINDRAF BANNED
The Home Minister, Datuk Seri Syed Hamid Albar, has announced that the HINDRAF movement is declared an illegal organisation effective from 16th October 2008. This announcement received a mix response from various groups. The BN government justifies that they have no other choice but to take this unpopular decision in accordance with the law of the country.
The government argues that the activities carried out by HINDRAF is not only detrimental to the public order, national security but also to the harmonious race relations in this country.But on contrary, the opposition parties alleged that the banning of HINDRAF , is tantamount to a burial of the basic principles of democracy in this country. The opposition parties argue that the HINDRAF has done no wrong, but merely voiced the grievances faced by a vast majority of Indian origins in this country. Some SUHAKAM commisioners has voiced their opinions on government's ruling on HINDRAF, saying that the banning is tantamaount to an act of curtailing the basic freedom of speech. Even some religious scholars belongs to various religions practiced in Malaysia are also not in favour of banning HINDRAF because this act is seen as a anathema to the basic principles of just (adl) and benevolence (ihsan).
Before we could agree or disagree with government’s move to ban HINDRAF, let see the developments which leads to the government’s decision fairly. HINDRAF is regarded by many Indians as a psychological response or a culmination of frustration among Indians, particularly youths towards government policies and development programs. Majority of the Indian youths who born after Merdeka feel that the various problems faced by Indians in social, economic and religious sphere were not addressed effectively by the BN government. Many Indians, particularly the youths, alleged that fall short of progress for Indians are to due to ineffectiveness of Indian representation in government. Hence, the Indian youths argue that the HINDRAF is a platform to put forward their griviences to be heard by the government. They youths also argue that their parents have given their undivided support to BN/UMNO ever since the first election held in this country. The Indian youths also feel that the Indian voters have supported strongly the UMNO into power to rule this country when UMNO face problems of infighting and disunity among the ranks in UMNO.
The Indians in general also feel that BN could form government continuously since the first election because it obtain an undivided support from the Indian voters.But, majority of the Indian voters felt that BN, headed by UMNO leaders, has not walk the talk after every elections. They alleged that BN failed to alleviate the pressing problems faced by the Indians.The Indians were left alone miserably to meet their basic needs or survival. This caused disappointment and frustration among many Indians particularly among the young Indian voters. Eventually, this unhappiness stired the birth of HINDRAF waves among Indians. Hence, HINDRAF carried out many activities informing the Indians grievances to the Indian masses.
They also tried their best to meet our Prime Minister on many occasion but in vain. At last, they orchestrated a huge gathering on 25 Nov 2007 in KualaLumpur to show their unhappiness which caused shocking waves to many who under estimated the under current passing among Indians.However, the government have been patient about the activities carried out by HINDRAF supporters all over the country. Even the Prime Minister allowed the HINDRAF supporters to participate in the Hari Raya Open House to forge goodwill and friendship among Malaysian of all creed.But,alas, what happened at the Hari Raya Open House? Many feel and agree that the incidence took place in the open house has caused unesiness and discomfort to many participants who attended the function. Many wonder why our PM's gesture of goodwill to the HINDRAF supporters was hijacked for other motives? I do aware that many people share the HINDRAF cause sympathetically .But many are not happy with the incidence HINDRAF caused on the Hari Raya Open House. Open house is not a place to put up demands and slogans or displeasure against ISA. I believe that the Hari Raya Open House incidence has caused HINDRAF griveously.What has happened is a destiny.Now lets think about our future as Malaysian Indians. I don't deny that the banning will cause pain to many Indians but at the same time the Indians also must not fail to understand that the HINDRAF actions should not cause a sense of uneasiness among various communities in this country.So, what will be the right solution?The BN componen parties, MIC, Gerakan and PPP are appealing to the home minister to release the 5 HINDRAF leaders who are still under ISA detention.
The irony is this componen parties are also part of the present ruling government. So, the government's consideration to relese the 5 HINDRAF leaders in near future will augur well not only to foster goodwill among Indians and government and heal the wound caused by the unpopular ISA but also will help to make the componen parties calling for the release relevan in Malaysian politics. Will the BN government consider the Indians plight symphatetically.?