Saturday, August 30, 2008

ANWAR KAKI SUKA DALIH

Oleh Big Dog

Perdana Menteri ke VI Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan Mantan Timbalan Perdana Menteri dan banduan salahguna kuasa Anwar Ibrahim akan berdalih apabila 16 September 2008 menjelang.

Ini kerana Anwar tidak akan mampu menubuhkan Kerajaan Persekutuan terdiri dari Pakatan Rakyat (PR) dan akan berdalih dengan pelbagai alasan termasuk ‘konspirasi’ kerana gagal melunaskan ‘janji’nya kepada rakyat Malaysia.

Hakikatnya, Anwar tidak mendapat cukup sokongan untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan. Selama ini, hanya illusi semata mata ‘janji’ mengenai menjadi Perdana Menteri Malaysia ke VI, mula ditaburkan pada majlis sambutan ‘Black 14’ di Kelab Sultan Sulaiman April lepas.
“(Hanya) Tuhan (mampu) menghalang (God forbids)!”, ujar spontan Tun Dr. Mahathir, “Anwar akan memberikan segala macam alasan, (termasuk polis dan peguam negara memang sengaja mahu ‘mengenakan’ dirinya). Ini memang sifat Anwar”.

Beliau membuat ulasan sedemikian apabila ditanya dalam sidang media selepas melancarkan Kempen Derma Darah Pra-Ramadhan 2008, anjuran ANSARA dengan kerjasama AEON-Jusco, Utusan Malaysia dan pelbagai badan di AEON Bukit Tinggi, Klang petang tadi.

SIAPA YANG GEMENTAR?




(Paklah ketika membentangkan Bajet 2009)


Oleh Maharaja Blogger

Para wartawan kecewa malah penonton telivisyen juga kecewa apabila Ketua Pembangkang yang baru di Parlimen , Anwar Ibrahim memberikan ulasan belanjawan kepada media yang bersifat sentimen,tidak akademik,cetek malah membuat pembohongan mengatakan Perdana Menteri Abdullah Badawi gementar ketika mengemukakan belanjawan itu.Semua orang yang menyaksikan pembentangan itu secara langsung tidak melihat Pak Lah yang gementar.Anwar Ibrahim memang tidak dapat memberikan jawapan sepontan dalam bidang yang tidak diketahuinya terutamanya ekonomi.

Dia tidak dapat memberikan jawapan secara sepontan tanpa persediaan apabila dicabar dengan pertanyaan yang tidak diduganya didalam majlis majlis atau oleh para wartawan. Bahawa dia pernah menjadi Menteri Kewangan bukanlah berarti bahawa dia sendiri yang menguruskan ekonomi negara.Dr.Mahathir yang telah menyelamatkan negara ini dari tergadai ketika kewangan berada ditangannya.

Sebagai Ketua Pembangkang beliau telah menjadi tumpuan utama para wartawan untuk mendapatkan ulasan selepas sahaja pembentangan belanjawan 2009 yang di kemukakan oleh Perdana Menteri semalam(Jumaat),tetapi Anwar telah melepaskan peluang keemasan untuk memberikan komen pertama yang impressive terhadap suatu peristiwa besar Parlimen.Para wartawan tidak mendapat sesuatu yang baru darinya kecuali kenyataan rhetoric tepi jalan yang pernah di didengar oleh mereka berkali kali mengenai kenaikan harga barang dan juga penderitaan rakyat.

Tidak mengherankan kalau ucapan belanjawannya kelak akan lebih mendalam dan menarik oleh kerana dia ada masa untuk menyediakannya bersama pakar pakarnya.Bagaimanapun perbandingan telah dibuat oleh rakyat berasaskan kepada laporan berita di kaca TV bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ketua Pemuda Pas, Sallehuddin Ayub telah dapat memberikan ulasan spontan yang lebih baik dan lebih bermutu dari Ketua Pembangkang mereka.

Sebenarnya Anwar Ibrahim yang gementar menghadapi para wartawan kerana dia tidak memahami ekonomi dengan mendalam dan bukannya Pak Lah yang dalam ucapan belanjawannya telah menyindirnya sebagai seorang pemimpin yang mementingkan populis dan Pak Lah dengan tenang memberikan amaran kerajaan tidak akan membiarkan rakyat terus dihasut.(harap amaran ini tidak akan hanya tinggal amaran)Sepuluh tahuh meninggalkan Parlimen, menampakan Anwar ketinggalan zaman kecuali dia ternyata terus bijak,cekap dan berkesan menjadi mock leader seperti yang di mulakan di Baling lebih 40 tahun dahulu.

Itulah kepakarannya yang terus memukau orang ramai yang dapat menutup dirinya yang sebenar selama ini.

Friday, August 29, 2008

JANGAN RAMPAS MANDAT RAKYAT - PM

Oleh MARHAINI KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menempelak percubaan pihak tertentu untuk menggugat kestabilan negara dengan merampas kuasa secara tidak sah tanpa mandat majoriti rakyat.

Sambil menegaskan usaha itu perlu ditolak, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan sekali-kali membenarkan mandat rakyat dirampas daripada parti Barisan Nasional (BN) yang memenangi majoriti pilihan raya umum Mac lalu secara sah mengikut lunas demokrasi.
“Saya tidak akan membenarkan gangguan ini diteruskan. Saya tidak akan membenarkan mandat rakyat dirampas daripada BN yang telah menang majoriti pilihan raya umum secara sah dan mengikut lunas demokrasi,’’ katanya dalam nada tegas ketika menutup ucapan Bajet 2009 di Dewan Rakyat hari ini.

Mendengarkan peringatan Abdullah, para penyokong kerajaan bersorak dan memberikan tepukan meja manakala anggota Parlimen pembangkang termasuk Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sekadar tersenyum.

Anwar sebelum ini berulang kali menguar-uarkan yang kononnya 30 ahli Parlimen BN akan melompat keluar bagi membolehkan pakatan pembangkang membentuk kerajaan Persekutuan menjelang 16 September.

Dakwaan beliau itu bagaimanapun berulang kali juga disangkal oleh pemimpin BN termasuk yang terbaru menerusi sidang akhbar oleh 20 ahli Parlimen Sabah dan Sarawak semalam, bagi menyatakan taat setia kepada parti.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, dakyah pembangkang itu tidak boleh dibiarkan berterusan kerana akan menimbulkan ketidakpastian dalam politik negara.
‘‘Sedikit sebanyak ia akan memberi kesan negatif kepada pelabur asing, sentimen ekonomi dan juga pasaran modal,’’ katanya.

Dalam hal ini, Perdana Menteri yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan BN untuk melaksanakan tugas-tugas mentadbir negara.
‘‘Kita perlu meneruskan tugas mentadbir dan bukan membuang masa dengan ancaman-ancaman oportunis untuk merampas mandat rakyat menerusi cara yang tidak demokratik,’’ tegasnya.

Bagi Abdullah, kerajaan BN akan terus mentadbir ekonomi negara dengan penuh beramanah tanpa membuat janji-janji populis seperti dicanangkan oleh pembangkang yang boleh memusnahkan kedudukan kewangan kerajaan dan mewariskan negara yang muflis kepada generasi muda.

Menurutnya, pembentangan Bajet 2009 membuktikan sekali lagi yang kerajaan BN sentiasa mendengar rintihan rakyat dan bertindak meringankan beban mereka khususnya golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, pendekatan yang diambil menjurus kepada bantuan dan sokongan bagi memperbaiki kualiti hidup dan pada masa yang sama, memperkasakan seluruh rakyat untuk meningkatkan produktiviti.

‘‘Sesungguhnya kestabilan politik negara wajib dipelihara secara bersama. Badan-badan politik, badan bukan kerajaan, sektor swasta dan media mempunyai tanggungjawab bersama membina sebuah negara yang aman, damai, teguh lagi bersatu.

‘‘Rakyat tidak akan dimakmurkan dan negara tidak dapat dibangunkan hanya dengan retorik politik. Budaya berpolitik yang keterlaluan merugikan setiap kita, malah menjejaskan kemakmuran negara,’’ katanya.

Di akhir ucapannya, Perdana Menteri mengajak semua lapisan masyarakat termasuk yang berbeza fahaman politik supaya menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan dan kemakmuran demi membangunkan negara serta mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaannya.

BAJET BAIKI HIDUP RAKYAT

Oleh Khairuddin Mohd. Amin

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Bajet 2009 yang bersifat mengutamakan keperluan rakyat dibentangkan hari ini untuk mengurangkan beban setiap lapisan masyarakat sambil memperbaiki kualiti hidup mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa membentangkan bajet itu pada sidang Dewan Rakyat berkata, pada masa yang sama ia juga memberikan perhatian untuk memperkukuhkan ekonomi bagi menampan kesan persekitaran luar yang semakin sukar.
Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 ditumpukan kepada tiga strategi khusus iaitu menjamin kesejahteraan rakyat, membangunkan modal insan berkualiti dan memperkukuhkan daya tahan negara.

Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji dengan minimum RM1,000 kepada kakitangan kerajaan ketika negara bakal menyaksikan kadar defisit yang lebih tinggi.

Dalam memperlihatkan keperihatinannya, Abdullah memberikan pelbagai inisiatif daripada meningkatkan tahap kelayakan pendapatan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hinggalah menambah baik sistem pengangkutan yang sekian lama menjadi masalah kepada orang ramai.

Bagi mengatasi masalah pengangkutan terutamanya di Lembah Klang pula, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM35 bilion mulai tahun depan hingga 2014.
''Untuk ini, kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah yang kurang bernasib baik,'' katanya.

Daripada peruntukan keseluruhan Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion, sebanyak RM154.2 bilion dikhususkan untuk mengurus manakala baki RM53.7 bilion adalah bagi pembangunan.
Abdullah berkata, bagi mengurangkan beban kewangan golongan berpendapatan rendah, isi rumah yang membayar bil elektrik di bawah RM20 sebulan akan menikmati kemudahan itu secara percuma mulai 1 Oktober ini.

Tambahnya, berikutan peningkatan kadar inflasi yang memberi kesan kepada golongan berpendapatan sederhana, rebat cukai pendapatan dinaikkan kepada RM400 berbanding RM350 bagi mereka yang berpendapatan RM35,000 ke bawah setahun.
Malah katanya, kadar cukai individu maksimum diturunkan kepada 27 peratus daripada 28 peratus pada tahun tafsiran 2009 sebagai kesinambungan untuk meringankan beban kepada penduduk negara ini.

Bagi mengamalkan gaya hidup sihat pula, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan duti eksais ke atas rokok sebanyak tiga sen kepada 18 sen sebatang daripada 15 sen sebatang pada masa ini.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa negara tidak akan terkecuali daripada kesan negatif peningkatan harga minyak global tetapi percaya ekonomi akan terus stabil dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dianggarkan 5.7 peratus pada tahun ini dan 5.4 peratus pada tahun depan.

Selain itu, jelasnya, kerajaan juga akan memperuntukan sebanyak RM6 bilion kepada lima koridor pertumbuhan wilayah untuk tujuan perbelanjaan pembangunannya setelah RM10 bilion ditambah untuk tujuan yang sama pada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, baru-baru ini.

Pada masa yang sama, katanya, kerajaan memperkenalkan beberapa pengecualian cukai termasuk duti import 100 peratus dan 50 peratus kepada pemegang francais yang mengimport kereta hibrid dengan enjin di bawah 2,000 cc dalam tempoh dua tahun sebagai persediaan untuk pemasangan kereta jenis itu di negara ini.

RM1.8 BILION UNTUK KEMUDAHAN ASAS

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kerajaan menyediakan 1.8 bilion untuk menambah kemudahan asas di kawasan luar bandar.
Daripada jumlah tersebut, lebih RM1 bilion akan digunakan untuk membina jalan luar bandar sepanjang 480 kilometer dan jalan kampung sepanjang 1,300 kilometer.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, RM280 juta dan RM350 juta lagi masing-masing disediakan bagi membekalkan air kepada 30,000 buah rumah dan tenaga elektrik kepada 3,600 rumah di luar bandar.
``RM65 juta pula disediakan untuk melaksanakan 11,700 projek kemudahan awam di luar bandar,’’ katanya. - Utusan

Keluar Dewan: Anwar and the geng biadap!


Semalam, setelah mengangkat sumpah, Anwar secara rasmi bergelar ahli parlimen Permatang Pauh.Apa yang penulis harapkan,kehadiran beliau kembali ke parlimen akan membantu menyuburkan lagi proses demokrasi di Malaysia, tetapi sangkaan penulis meleset apabila beliau dan konco-konconya bertindak keluar dewan pada persidangan dewan rakyat semalam.Kenapa mereka bertindak sedemikian? Ini kah imej seorang ahli parlimen yang sentiasa melaung-laungkan berkhidmat untuk rakyat, bela rakyat, dan lain-lain. Dahla masuk parlimen dan menang pilihan raya atas tiket simpati rakyat, masuk-masuk saja gelanggang pada hari pertama dah buat hal.berikut ulasan penulis:

1. Anwar sebagai Ketua Pembangkang pada hari pertama mahu "pecah tong" untuk mencuba kuasanya dan mahu menaikkan popularitinya sebagai Ketua Pembangkang.

2. Mereka (pembangkang) tidak berkhidmat kepada rakyat, hanya mahu menjaga periuk nasi sendiri dan keluarga.

3. Rang undang-undang DNA amat penting dan sudah digunapakai di negara yang lain. Kenapa tidak di Malaysia?

4. Adakah rang undang-undang ini ditubuhkan untuk mengaitkan kes Anwar-Saiful? Mereka keluar dewan kerana berasa rang undang-undang ini ditujukan kepada Anwar semata-mata, sebab itu lah mereka bertindak tidak menyokong dan keluar dewan.

5. Mereka (pembangkang) tidak fikir kepentingan undang-undang DNA ini. Jika sesuatu perkara terjadi kepada keluarga mereka, contohnya dirogol; undang-undang ini amat penting untuk siasatan bagi polis.
PewarisMelayu kata:Kalau dah asyik nak keluaq dewan saja, baik jangan masuk dewan rakyat. Bazir masa dan tenaga saja.

MUKHRIZ : "ANWAR IBRAHIM BERKHAYAL"

Oleh Big Dog

YB Dato’ Mukhriz Mahathir hari ini menjelaskan bahawa beliau amat sangsi ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru, Anwar Ibrahim akan mengambil alih kuasa sebagai Perdana Menteri dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat menjelang 16 September ini. Ini kerana PR masih belum membuktikan bahawa ada cukup MP BN akan melompat keluar dan menyokong parti kerjasama yang amat rapuh itu.

Beliau menjelaskan semasa sidang media mengumumkan pra-pelancaran Kempen Derma Darah Pra Ramadhan ANSARA 2008 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Sungai Besi tengahari tadi.
“Kemenangan Anwar tidak memberi kesan kepada penguasaan dalam Dewan Rakyat. BN tidak kehilangan apa apa kerusi kerana Permatang Pauh memang selama ini dipegang PKR pun”.

“Saya tidak nampak ada 30 MP BN akan keluar dan menyokong PR. Kalau adapun, hanya segelintir”. Perkataan yang digunakan Mukhriz untuk mengambarkan hasrat Anwar ialah “berkhayal” (Dillusional). Tambah Mukhriz lagi, Anwar akan dijangka akan berdalih dan memainkan ‘drama’ untuk menjelaskan kenapa menjelang 16 September ini beliau masih belum mampu menubuhkan Kerajaan Persekutuan PR.

“Hanya Pembangkang sahaja yang merasakan ‘keseronokan’ apabila Anwar menyertai mereka dalam Dewan Rakyat”, sambil membuat analisa bahawa Anwar ialah 80% rhetorik dan hanya 20% fakta. Namun begitu, Mukhriz mengakui bahawa Anwar mempunyai kemampuan oratori yang amat baik.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa ahli UMNO, terutama peringkat akar umbi amat gusar dengan Plan Peralihan Kuasa yang hanya akan berkuat kuasa 2 tahun lagi, sebagaimana diumumkan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 10 Julai 2008. Ini jelas ditunjukan bahawa kemenangan Anwar di Permatang Pauh dua hari lepas menunjukan bahawa dengan majoriti yang diperolehi, ada kemungkinan besar ahli UMNO sendiri mengundi PKR.

Perasaan tidak senang kepada Kepimpinan makin menebal dan jelas Mukhriz, “Rakyat makin sukar untuk ‘menelan’ kemampuan Kepimpinan meneruskan plan mereka.

Thursday, August 28, 2008

Elak polis urus Bank Data DNA

Oleh: Princess Aurora
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Kerajaan disaran mengasingkan pengurusan dan kawalan terhadap Bank Data Forensik Asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada pihak polis bagi mengelak tanggapan negatif serta kemungkinan berlaku penyalahgunaan data. Datuk Halimah Mohd. Sadique (BNTenggara) berkata, Bank Data DNA yang akan ditubuhkan itu wajar diuruskan oleh agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kimia supaya tidak berlaku konflik kepentingan.

''Saya tidak berniat mempertikai kewibawaan polis dalam hal ini tetapi bimbang akan timbul persepsi dan tohmahan yang jelas telah dibangkitkan oleh pembangkang yang tidak berfikir lain kecuali persepsi negatif kononnya polis akan menyalahgunakan data DNA," ujarnya.

Ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Identifikasi DNA 2008 pada Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini, beliau berkata, peruntukan mengenai pelantikan Ketua Bank Data DNA dan timbalannya di kalangan pegawai kanan polis perlu dilihat semula oleh kerajaan.

Menurutnya, oleh kerana siasatan sesuatu kes jenayah melibatkan kerjasama antara polis dan pegawai pengurusan Bank Data DNA yang juga pegawai polis, maka ia boleh menimbulkan konflik kepentingan.''Walaupun jawatan Ahli Kimia atau pegawai lain bukan polis boleh juga dilantik tetapi mereka tertakluk pada arahan Ketua Bank Data DNA iaitu pegawai polis," katanya.

Sementara itu, Dr. Tan Seng Giew (DAP-Kepong) berkata, rang undang-undang tersebut dikhuatiri menjadikan Malaysia sebuah 'negara polis' dan keyakinan rakyat terhadap pasukan polis semakin terhakis. Menurutnya, hampir kesemua perkara dalam pelaksanaan rang undang-undang itu melibatkan pasukan polis dan ia memberi imej kurang baik ketika rakyat meragui kewibawaan pasukan tersebut.

Katanya, kerajaan perlu melihat kebimbangan tersebut secara serius bagi menarik balik pembentangan rang undang-undang itu dan dirujukkan pada jawatankuasa pilihan khas bagi dikaji semula.''Kita tidak mahu rasa berdosa apabila rang undang-undang ini diluluskan, kita mendakwa mereka yang tidak bersalah dan dihukum termasuk hukuman mati," ujarnya.
John Fernandez (DAP-Seremban) pula mempertikaikan Fasal 25 rang undang-undang itu yang memberi kekebalan kepada menteri dan pegawai Bank Data DNA dalam menjalankan tugas berkaitan, daripada tindakan, guaman dan dakwaan jika ia dilakukan dengan suci hati.

Menurutnya, peruntukan itu terlalu luas dan dikhuatiri kemungkinan berlaku salah guna kuasa.
Terdahulu, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mempertikaikan keraguan pembangkang terhadap rang undang-undang itu kerana ia sebenarnya telah memberi jaminan terhadap demokrasi dan hak asasi manusia.

Selama ini, katanya, pihak berkuasa bertindak dalam hal berkaitan dengan DNA tanpa mempunyai akta yang khusus dan ia boleh menimbulkan keraguan.Dalam perkembangan sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menjelaskan, rang undang-undang itu tidak boleh dirujukkan ke jawatankuasa pilihan khas kerana ia telah dibacakan buat kali kedua dan sudah dibahaskan oleh ahli Dewan.
Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika ditemui memberitahu, beliau akan membuat keputusan esok sama ada rang undang-undang tersebut perlu dirujuk ke jawatankuasa pilihan atau perbahasan diteruskan.
Sumber: Utusan Online, 28 ogos 2008
*********************************************************************************
P/S: Aurora bersetuju sekiranya Bank Data DNA ini diuruskan oleh Jabatan lain. Kalau Polis ia pasti akan menimbulkan pelbagai masalah dari semua sudut. Aurora juga rasa Rang Undang-undang DNA ini patut dikaji dan di"study" dengan lebih mendalam supaya tiada loop hole.

MP Pembangkang Jangan Keras Kepala

Oleh: Tulip Desa
Nampaknya MP-MP Pembangkang buat kecoh lagi dalam membincangkan Rang Undang-Undang DNA. MP Batu Gajah, Gombak dan Ipoh Timur seakan tidak memahami peraturan dalam Dewan Rakyat sehingga membuatkan Yang Dipertua pening kepala. Tidakkah mereka sedar gelagat mereka yang sumbang ini diperhatikan oleh rakyat. Inikah bakal-bakal kabinet Pakatan Rakyat yang dikatakan akan membentuk Kerajaan pada 16 September ini. Mereka seharusnya profesional dan jangan bersifat kebudak-budakkan.

Yang Dipertua telah menyatakan bahawa Rang Undang-Undang DNA akan dibincang pada peringkat jawatankuasa pada Disember ini sebagai penambahbaikan kepada rang undang-undang yang dikatakan sebagai tiris oleh pembangkang. Yang Dipertua juga menyatakan bahawa sebelum ini tiada Rang Undang-Undang yang diberi selama tiga bulan untuk diperhalusi. Sikap kompromi Menteri Dalam Negeri harus dipuji dimana ia menggambarkan kematangan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Bukan macam Pakatan Rakyat yang terlalu emosional dan keras kepala.

Siaran langsung Parlimen hanya untuk sesi soal jawab, kata Ahmad Shabery

Oleh: Seri Melur

KUALA LUMPUR 28 Ogos — Siaran langsung persidangan Dewan Rakyat adalah hanya untuk sesi soal jawab dan bukannya untuk upacara mengangkat sumpah oleh mana-mana Anggota Parlimen, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.“Dasar yang kita buat hanyalah siaran langsung mengenai sesi soal jawab, ia bermula dengan soalan yang pertama sehingga setengah jam selepas itu.“Jadi kita teruskan dengan apa yang ada dan tidak boleh kita berubah hari ini semata-mata kerana memberi keistimewaan kepada seseorang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai upacara mengangkat sumpah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh pagi tadi yang tidak disiarkan secara langsung. - Bernama
Sumber : Utusan Online
***************************************************************************
Melur
DS Anwar Ibrahim seharusnya mengkaji dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu pendapat. Siaran langsung hanya untuk sidang parlimen dan bukanlah untuk upacara angkat sumpah...Jadilah ketua pembangkang yang berinfo dan bermaklumat....bukan hanya mengeksploitasi sesuatu isu

JANGAN ADA PRASANGKA BURUK

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, berharap kerajaan memilih ketua bank data DNA dengan baik dan jangan diberikan kepada orang yang tidak boleh dipercayai yang diibaratkan seperti melantik "perompak" menjadi ketua bank.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang DNA di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Silam menyifatkan Rang Undang-Undang DNa itu baik dan pihak pembangkang tidak perlu risau dengan pembentangannya.

Menurutnya, R/U DNA adalah rang undang-undang dasar yang boleh dijadikan mekanisme satu peraturan atau kes-kes jenayah tidak sewenang-wenangnya diambil tanpa mengikut peraturan.

Baginya, hak warganegara dipelihara dan tidak dianiaya dengan sewenang-wenangnya.

Menurutnya, dua agensi yang terbabit dalam R/U DNA ialah Jabatan Kimia dan Polis Diraja Malaysia yang mempunyai kepakaran sejak dari dulu lagi. Mereka juga mempunyai peraturan dan perlu dihormati oleh semua pihak.

"Siapa lagi yang kita perlu percaya jika kita tahu bahawa pakar kimia yang membuat kajian yang baik. Kita tidak perlu mempertikaikan kerja mereka dan tidak menghormati mereka. Kita juga yang memberi kuasa kepada mereka untuk membuat kajian."

Beliau meminta agar semua pihak tidak mempertikaikan agensi yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan. Mereka yang menjalankan tugas dengan baik dan jangan pula diperlekeh-lekehkan.

"Waktu malam kita boleh tidur dengan selesa kerana pihak keselamatan inilah yang menjaga keselamatan kita dengan baik. " katanya.

Beliau mahu pihak pembangkang bersifat profesional dalam pembentangan R/U DNA ini.

Tersurat Vs Tersirat

Oleh: Mat Sirat

MP Kepong - DAP mempersoalkan 'soal perlindungan data' atau kerahsiaan maklumat yang menjadi keutamaan terlebih dahulu sebelum rang undang-undang DNA 2008 diluluskan dalam dewan persidangan yang mulia. Namun MP Kuala Krau - BN menyoal apakah sebenarnya yang diragui oleh MP Kepong - DAP - adakah keraguan beliau terhadap PDRM? MP Batu Gajah - DAP juga menunjukkan kelembapan akal dan fikiran beliau yang cuba mengaitkan kebocoran foto post-mortem Nurul Jazlin di dada internet tidak lama dahulu. MP Kepong - DAP juga tak putus-putus membaca rujukan dari negara luar berkenaan pembentangan rang undang-undang DNA yang kononnya akan menimbulkan masalah ketidakadilan bukti kelak.
.
MAT SIRAT - TENTANG KEBOCORAN MAKLUMAT YANG MENYALAHKAN KERAJAAN - ADA DI KALANGAN PARA PEMERHATI POLITIK YANG BERANGGAPAN BAHAWA TUGASAN TERSEBUT DILAKSANAKAN OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB (SEPERTI 'GUNTING DALAM LIPATAN' ATAUPUN 'PEMBANGKANG DALAM KERAJAAN').

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah

Oleh: Mat Sirat

MP Kinabatangan - BN memohon pandangan bernas MP Lipis - BN di atas ketidaktentuan arah MP-MP Pembangkang di dewan persidangan yang mulia. Mereka dengan tidak rasionalnya sering membangkang pembentangan rang undang-undang DNA dari segenap aspek. Apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh gerombolan MP-MP Pembangkang yang bingung atau sengaja membingungkan diri mereka sendiri. MP Kinabatangan - BN mengambil pendekatan yang jitu - iaitu, 'Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah'.
.
MAT SIRAT - SAYA AMAT BERSETUJU KERANA PERANGAI MP-MP PEMBANGKANG AMAT MENYOKONG KEBENARAN - 'BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH'.

Apa dah jadi ni...........

Oleh: Princess Aurora

Anwar Ibrahim angkat sumpah sebagai ahli Parlimen
28/08/2008 10:22am
Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Pemantang Pauh.

Anwar yang memenangi pilihan raya kecil Pematang Pauh pada Selasa lepas mengangkat sumpah pada pukul 10.05 pagi di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau memasuki Dewan Rakyat pada pukul 9.50 pagi dengan diiringi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Mohamad Azmin Ali (PKR-Gombak) serta beberapa ahli Parlimen dari PKR dan DAP.

Acara angkat sumpah itu hanya disaksikan kira-kira 70 ahli Parlimen iaitu 30 orang dari Barisan Nasional (BN) dan 40 lagi dari parti pembangkang. - Utusan

P/S: Aurora pelik la. Dah la BN kalah di Permatang Pauh, kenapa nak kena tunjuk kalah di Parlimen juga.... Tolong la Ahli Parlimen BN semua. Please work together to show to the Opponent MPs that we are strongger n not sour loser.

ANWAR IBRAHIM TAKUT RANG UNDANG2 DNA

Oleh Pemikir Negara

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bercakap buat pertama kali di Dewan Rakyat pada jam 12 tengah hari.

Bagaimanapun, isu yang ditimbulkan ialah mengenai rancangan kerajaan memperkenalkan rang undang-undang DNA yang didakwa dibuat oleh kerajaan tidak menghormati Speaker dan Dewan Rakyat.

Beliau mendakwa apa yang dilakukan oleh kerajaan memperkenalkan rang undang-undang DNA sekarang kerana takut dengan suara rakyat sekarang.

***********************************************************************************

Wira merasakan DSAI akan terus membuat pelbagai tuduhan terhadap kerajaan dan bukanlah untuk membela penduduk Permatang Pauh.

Beliau akan menggunakan gelanggang di Dewan Rakyat untuk menonjolkan dirinya sebagai jaguh kampung sedangkan semua orang tahu bahawa beliau sebenarnya ingin membela dirinya daripada tindakan polis untuk mengambil DNA pesalah.

Wira juga merasakan tindakan Lim Kit Siang bangun untuk membincangkan isu itu tetapi menyeleweng dengan mengemukakan mengenai tindakan pengawalan akses Malaysia Today, sebagai orang yang suka mengambil kesempatan dan menggunakan masa untuk membincangkan isu lain.

Sepatutnya, Kit Siang sebagai ahli Parlimen veteran perlu mengetahui tindakan beliau itu tidak betul dan tidak baik untuk dijadikan contoh kepada ahli Parlimen yang baru.

Tindakan Kit Siang itu dicemuh oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

DSAI KESAL TIADA SIARAN LANGSUNG

Oleh Pemikir Negara

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terus mengadakan sidang akhbar setelah mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat pada jam 10.05 pagi.

Dalam sidang akhbar itu antara lain beliau kesal Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyiarkan siaran langsung ketika beliau mengangkat sumpah.

*********************************************************************************

Wira berpendapat sikap DSAI itu memaparkan penasihat PKR itu suka mencari isu-isu yang boleh digunakan bagi membuat rakyat marah dengan agensi kerajaan.

Beliau tidak mahu memahami dan ingin menyelewengkan fakta bahawa RTM sejak dari dulu lagi tidak menyiarkan siaran langsung majlis angkat sumpah termasuk yang membabitkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Oleh itu, tiada sebab untuk RTM untuk mengubah dasarnya semata-mata untuk memenuhi kehendak seorang individu yang dilihat "gila publisiti".

Beri semula lesen besi buruk dipersoal

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Ahli Parlimen Sri Gading (BN), Datuk Mohamed Aziz mempersoalkan langkah pihak berkuasa mengeluarkan 1,000 Lesen Berniaga Barang-Barang Lusuh (Besi Buruk) di Johor yang disifatkannya tidak munasabah.Menurutnya, peniaga besi buruk turut menjadi tumpuan pencuri yang mahu menjual besi yang mereka curi seperti pagar rumah, penutup lubang kumbahan serta longkang.

“Kalau dibuka semula lesen ini, ia akan menyebabkan pencuri berleluasa dan rumah kita tidak selamat kerana pagar rumah akan dipotong, apa sahaja yang boleh dijual akan dicuri.“Apa logiknya mahu membuka semula lesen tersebut sedangkan sebelum ini, Dewan Rakyat beberapa tahun lalu telah meminta supaya pemberian lesen besi buruk ditutup tetapi sekarang mahu dibuka semula, mengapa?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri membuka semula pemberian lesen besi buruk pada sidang Dewan Rakyat hari ini.Syed Hamid semasa menjawab soalan asal Dr. P. Ramasamy (DAP-Batu Kawan) memberitahu, pengeluaran lesen besi buruk di bawah Akta Barang-Barang Terpakai 1946 telah dibuka semula pada 12 Ogos lalu.

Menurutnya, pengeluaran lesen itu telah dibekukan pada tahun 2006 untuk membolehkan kerajaan mengkaji semula Akta Barang-Barang Terpakai 1946, mengemas kini jumlah lesen perniagaan barang lusuh dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak mempunyai lesen serta mengawal masalah kecurian kabel, logam dan tembaga di seluruh negara.“Kementerian bagaimanapun menyedari kesusahan yang dihadapi peniaga, sehubungan itu kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula pengeluaran lesen tersebut bermula 12 Ogos lalu,” katanya.

Mohamed menegaskan, tindakannya mempersoalkan pengeluaran semula lesen besi buruk itu bukan untuk mendiskriminasi kaum lain, tetapi menegaskan pengeluaran lesen telah ditutup oleh polis tetapi mengapa ia hendak dibuka semula.

Sumber: Utusan Malaysia

KIT SIANG JANGAN JADI PENGECUT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz, meminta Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, jangan jadi pengecut atau "coward" dengan memembuat tuduhan terhadap nama orang yang sudah tiada di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Kit Siang mengenai Projek Mahathir yang memberikan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin di Sabah.

DS Nazri menegaskan dakwaan itu tidak betul dan kerajaan tidak pernah memberi kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin atau pendatang haram.

Menjawab soalan Ahli Parlimen Sepanggar, DS Nazri berkata, pendatang tanpa izin yang menggunakan nama bapanya sudah ditangkap dan dihantar balik ke Filipina.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak mengambil DNA mereka yang ditangkap kerana rang undang-undang itu belum diluluskan lagi.

HOMOSEKSUAL LAYAK JADI PERDANA MENTERI?

Oleh Maharaja Blogger

Rakyat Permatang Pauh telah membuktikan bahawa walaupun mereka bermentaliti dunia ketiga tetapi mengamalkan demokrasi dunia kelas pertama dengan memilih Anwar Ibrahim untuk kembali ke Parlimen tanpa mempedulikan tuduhan liwat yang dihadapinya.

Beliau akan menghadapi tuduhan itu di mahakamah pada 16 September ini (dalam bulan puasa)sebelum mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen pada bulan Oktober.

Penasihat DAP Lim Kit Siang di dalam blognya telah pun menuduh Speaker Parlimen Pandikar Amin bersikap tidak adil melewatkan upacara angkat sumpah itu kerana beliau percaya jika calon BN , Amin Shah menang maka tentunya disegerakan upacara angkat sumpah kerana Pak Lah mahu menunjukan BN telah keluar dari tsunami politik yang menimpanya pada Mac lalu.

Lim Kit Siang telah membuat perkiraan Anwar sebagai anggota Parlimen akan lebih berkesan untuk menarik perhatian dunia dan juga mendapat sokongan politik dalam negara supaya tuduhan liwat terhadapnya digugurkan.Maka itu dia perlu segera mengangkat sumpah.

Jika berada di luar Parlimen pun beliau mampu menarik perhatian dunia terutama Amerika Syarikat maka apatahlagi setelah berada dalam Parlimen.Bagi Barat homosexual bukanlah jenayah.Menangkap dan menghukum orang yang mengamalkannya adalah di luar kemanusiaan.

Demikian juga kepada sebahagian guru guru pondok zaman dahulu.Liwat adalah perkara biasa atau mainan budak budak pondok.Maka itu Mursyidul Am Pas Nik Aziz tidak terkejut dengan cerita cerita sodomi atau liwat.

Tentunya atas fahaman tersebut juga orang Melayu dan bukan Melayu di Permatang Pauh telah memberikan undi kepada Anwar.Apakah perlu kita mengambil peduli tentang hal atau kesukaaan seseorang yang bersifat kehidupan peribadinya ?

Apakah semua anggota Parlimen Malaysia baik baik belaka,tidak terlibat dengan zina atau mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang?. Jika orang seperti ini diterima sebagai wakil rakyat maka kenapa rakyat harus menetapkan nilai moral bagi seseorang untuk menjadi anggota Parlimen atau menjadi Perdana Menteri.

Apa salahnya seorang homosexual menjadi Perdana Menteri?

Masyarakat Malaysia sedang membuat penyesuaian dengan dasar baru demokrasi Malaysia yang menekankan kepada keterbukaan,ketelusan dan kebebasan.

Kemenangan Anwar Ibrahim menjelaskan betapa rakyat Malaysia telah jauh kehadapan dalam amalan demokrasi terutama hak hak individu.

Hasrat penasihat penasihat Perdana Menteri untuk membuktikan kepada dunia demokrasi Malaysia sekarang lebih baik dari era Mahathir telah mulai menampakan kejayaannya.Tetapi sayangnya demokrasi ini juga sedang menghakiskan pengaruh UMNO dan akan melenyapkan kerajaan Barisan Nasional di pilihanraya umum ke 13.

Wednesday, August 27, 2008

Kerajaan Prihatin Nasib Penduduk Tanah Tinggi Sarawak

Oleh: Tulip Desa

Persidangan Dewan Rakyat dimulakan dengan sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan. MP Saratok menjawab pertanyaan MP Lawas bahawa Kerajaan sedar akan peningkatan harga barangan keperluan dan bahan api yang membebankan rakyat terutama penduduk di tanah tinggi Bario, Ba'Kelalan dan Long Semadoh. Kawasan tersebut menghadapi kenaikan harga yang sangat tinggi dan ketara berbanding negeri lain kerana faktor kos pengangkutan yang tinggi untuk membawa barang keperluan bagi kegunaan penduduk memandangkan keadaan geografi dan kawasan terpencil yang tidak dapat dielakkan. Justeru itu, Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk meringankan beban penduduk kawasan tersebut dengan memberi lesen runcit kepada peniaga barangan berjadual dan memberi subsidi pengangkutan darat supaya dapat mengurangkan kos pengangkutan untuk membawa barang masuk ke kawasan tersebut serta menghantar bekalan bahan api untuk kegunaan penduduk pedalaman.

Penurunan harga minyak baru-baru ini, dilihat dapat menyeimbangkan kenaikan harga barang keperluan dan petrol. Mengenai depot atau stesen minyak kecil yang akan didirikan di kawasan pedalaman Sarawak untuk mengatasi masalah harga minyak yang melambung tinggi di kawasan itu, Jelaing berkata kementerian dengan kerjasama kerajaan negeri Sarawak telah menubuhkan satu jawatankuasa teknikal pada 18 Ogos lepas.

Anwar Ibrahim angkat sumpah sebagai anggota parlimen esok

Oleh: Tulip Desa

27/08/2008 11:13am

KUALA LUMPUR 27 Ogos — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen esok, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar Amin mengumumkan perkara itu sebelum memulakan sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.“Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dah pun keluar dan keputusannya berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi beliau akan mengangkat sumpah esok,” katanya.

Beliau berkata segala urusan angkat sumpah dan aturan mesyuarat akan dimaklumkan kepada dewan kemudian. PKR mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam.
Anwar, 61, memperolehi 31,195 undi sementara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, mendapat 15,524 undi manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat, 61, hilang wang pertaruhan selepas mendapat hanya 92 undi.Sebanyak 447 undi rosak.

Sumber:Bernama

******************************************************************************

Tulip Desa

Tahniah buat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti PKR. Nampaknya kemenangan menyebelahi mereka. Tarikh 28 Ogos 2008 merupakan tarikh bersejarah bagi DSAI dimana beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Nampaknya peluang Anwar menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat semakin cerah dan rakan-rakan pembangkang seakan tidak sabar menanti kehadiran sifunya.

Walaubagaimanapun, jangan terlalu gembira dengan kemenangan yang dimiliki. Apa yang penting selepas ini adalah mengotakan janji, jangan sampai ia menjadi umpan atau gula-gula semasa pilihan raya sahaja. Rakyat Permatang Pauh telah sepakat memilih beliau. Sehubungan itu, kemenangan di Permatang Pauh bukannya sandaran bagi DSAI untuk menggapai impiannya untuk membentuk Kerajaan pada 16 September ini. Bukan senang, hendak mendapatkan 30 kerusi kerana MP daripada BN tidak termakan pujuk rayu DSAI sebaliknya berdiri teguh di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri.

Bank data DNA beri suspek keadilan

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Penubuhan Bank Data Forensik Asid Deoksiribonukleik (DNA) bukan sahaja dapat membantu pihak berkuasa mengesan penjenayah tetapi memberi keadilan kepada suspek dalam sesuatu kes jenayah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, suspek terbabit akan dilepaskan jika analisis DNA mendapati mereka tidak ada kaitan dengan sesuatu kes dan langkah itu dapat mengelak daripada berlakunya kes salah tangkap.

‘‘Ia bukan sahaja mencari atau mengecam penjenayah tetapi memberi keadilan kepada orang yang tidak bersalah. Melalui analisis DNA, seseorang itu dapat membuktikan dia tidak melakukan kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Rang Undang-Undang Identifikasi DNA 2008 yang dibacakan buat kali kedua pada sidang Dewan Rakyat hari.Syed Hamid turut mengulangi kenyataannya bahawa bank data itu bukan diwujudkan kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Menurutnya, ia tiada kena mengena dengan Anwar kerana kerajaan sebenarnya telah merancang untuk menggunakan analisis DNA sejak tahun 2000.
‘‘Kadar kejadian jenayah kekerasan yang semakin meningkat, begitu juga dengan kompleksitinya memerlukan teknik dan peralatan canggih bagi membantu penyiasatan kes oleh agensi terlibat dengan cepat dan adil,” katanya. Syed Hamid memberitahu, rang undang-undang itu diwujudkan bertujuan menubuhkan Bank Data DNA Forensik Malaysia untuk mengambil, menyimpan dan menganalisis sampel DNA bagi tujuan kemanusiaan.

Katanya, data DNA juga boleh digunakan untuk membantu mengenal pasti identiti jasad manusia dalam kejadian bencana, kemalangan atau kebakaran serta mangsa jenayah.‘‘Sememangnya rumusan dalam penyelesaian sesuatu kes jenayah bergantung pada siasatan yang dijalankan dan salah satu pendekatan efisien dalam mengendalikan kes jenayah berat ialah melalui forensik,” jelasnya.

Menurutnya, sampel DNA mengandungi maklumat genetik seseorang yang ketepatan padanannya adalah 99.9 peratus dan teknologi tersebut telah digunakan secara meluas di negara lain sejak tahun 1980-an lagi.‘‘Bagi Malaysia setakat ini, beberapa kes telah diselesaikan dengan pendekatan analisis DNA iaitu melibatkan kes rogol dan bunuh Allahyarham Nor Suzaili Mokhtar dan mendiang Canny Ong,” tambahnya.

Kes-kes pembuangan bayi juga kata beliau, akan dapat diselesaikan kerana sampel bayi berkenaan boleh dianalisis dan mengesan ibu bapa bayi berkenaan. Sementara itu, Ismail Kassim (BN-Arau) yang menyokong rang undang-undang tersebut berkata, sudah tiba masanya pihak polis menggunakan teknologi tinggi dalam menjalankan siasatan terhadap jenayah-jenayah yang berlaku.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu bimbang dengan kewujudan akta tersebut sekiranya mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.Terdahulu, Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) membantah pembentangan rang undang-undang itu kerana sepatutnya Rang Undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dibentangkan dahulu berdasarkan kepada aturan urusan mesyuarat sebelum ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Tuesday, August 26, 2008

DNA: Mekanisma Baru Merungkai Bukti Jenayah

Oleh: Tulip Desa

Sesi petang, Dewan Rakyat masih lagi menyambung perbahasan mengenai Rang Undang-Undang mengenai Akta DNA. MP Pasir Mas menyatakan perkara ini dibahaskan bukanlah kerana rentetan daripada isu liwat DSAI. Ia hanyalah kebetulan dan meminta MP pembangkang mengubah persepsi mereka dengan tidak mengaitkan perkara ini dengan DSAI. Beliau menyatakan perkara ini penting untuk dibincangkan memandangkan peningkatan kadar jenayah yang begitu membimbangkan. Di samping, akuan bersumpah yang digunakan secara berleluasa sebagai pendekatan baru untuk pembuktian sesuatu kes.

Beliau sangat kecewa dan sedih kerana akuan bersumpah telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik. Alim ulama dan mufti daripada parti politik mengeluarkan pelbagai kenyataan dan pentafsiran berhubung akuan bersumpah yang mengelirukan rakyat. Justeru itu, dengan penguatkuasaan Rang Undang-Undang berhubung Akta DNA dapat merungkai permasalahan yang dihadapi serta mengelak kecelaruan tafsiran daripada aspek agama. MP Pasir Mas juga berharap agar Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa berhubung akuan sumpah yang menepati kehendak Islam tanpa mencampuradukkan politik bagi memelihara kesucian agama. Pandangan ini juga disokong oleh MP Sri Gading.

Bank Data Forensik DNA: Pendekatan Bijak Kerajaan Membanteras Jenayah

Oleh: Tulip Desa

Persidangan Dewan Rakyat memaklumkan bahawa Kerajaan dalam perancangan untuk menubuhkan Bank Data Forensik DNA. Kerajaan mengambil pendekatan tersebut sebagai langkah untuk mempertingkatkan prestasi PDRM dalam membanteras jenayah yang semakin berleluasa kebelakangan ini. Ini dijelaskan oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang juga MP Kota Tinggi dalam sesi penerangan Rang Undang-Undang berhubung cadangan tersebut.

Forensik DNA merupakan bidang yang baru di Malaysia tetapi telah digunakan secara meluas di negara-negara maju sebagai satu instrumen untuk mendapatkan bukti bagi mengenalpasti penjenayah. Penggunaan DNA telah diakui mempunyai ketepatan sehingga 99.9%. Penggunaan DNA telah terbukti berkesan dalam menyelesaikan kes jenayah di Malaysia seperti kes rogol dan bunuh Pegawai Sistem Maklumat, Nursuzaili Mokhtar pada tahun 2001 dan juga kes Kenny Ong pada tahun 2004.

Bidang forensik DNA juga membantu pihak PDRM dalam mengenalpasti mayat mangsa kemalangan, kebakaran dan juga mangsa bencana alam yang sukar dikenalpasti identitinya memandangkan keadaan fizikalnya yang banyak berubah. Sehubungan itu, penubuhan Bank Data Forensik DNA adalah wajar berikutan peningkatan kes jenayah yang memerlukan PDRM meningkatkan kemahiran dalam bidang forensik DNA.

Monday, August 25, 2008

ISA IS NO LONGER AN ISSUE TO THE INDIAN COMMUNITY. AMERICA, UK, THAILAND UNDERSTAND ISA BETTER.

By: Pemikir Negara

The ISA issue is another favourite of Anwar Ibrahim. He was placed under ISA because he was involved in anti-national activities. Anwar Ibrahim always do the wrong things without thinking of the outcome to himself. He could not balance up between good and bad or between instability and national interests.

When he was out of detention, he still went on to create problems in the country. His passion for chaos is boundless and borderless. It is not easy for him to discard these feelings of hate, revenge, greed for power.

But he is a very fortunate man because as an UMNO member, he reached the post of Deputy Prime Minister to Tun Dr. Mahathir, within a period of 12 years. This privilege is only accorded to him at the expense of many other talented UMNO figures. He was on the verge of becoming the Prime Minister Of Malaysia but it fell short because being charged for sodomy in 1998. After serving 6 years in jail, he was released hoping that he might become a new person.

Unfortunately, Anwar Ibrahim did not meet the general expectation when he decided to lead PKR (PAS, PKR, DAP) to oppose the government. He could not contest in the last general election in March 2008 because of his criminal records. But from June 2008, he was free to participate in active politics. This time he is aiming to become the Prime Minister. In August 2008, his wife, MP Dr. Wan Azizah, vacated her Permatang Pauh Parliament seat to allow her husband to stand for it.

For this by-election, Anwar Ibrahim cheated and manipulated the Indian voters using the case of Hindraf leaders detained under ISA. Many Indians believe him and Anwar hoped that affected Indians would vote for him. He also made use of the Indian NGO’s to harrass the government.

Let it be known that there are over 50 Malays being detained under ISA. They are detained because they are dangerous to national security. The Malays are not violent over this because they know that these detainees can upset security and stability. We appeal to the Indians to also understand the importance of ISA because the government cannot bear the risks of disunity created by a few pro-violent Malaysians.

It is important to note that even America and UK have begun to appreciate the ISA. They have their own kind of ISA especially after the 9 September terrorist attack in New York and Washington. They realize that they cannot rely on criminal laws to fight terrorisms.

Thailand is facing the same problem in her southern provinces because she can only use the criminal laws to fight the fightings in the south. Only ISA-type of legal instruments can help to eleminate killings and wanton killings in Narathiwat and Pattani, closed to the Malaysian-Thai border.

ISA is important to security in Malaysia and therefore, the Malaysians must value it for the sake of peace and harmony among races.

BN punya peluang cerah di Permatang Pauh

Oleh: Citraadora

Sumber memberitahu saya bahawa peluang BN untuk menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh adalah cerah. Ramai pengundi atas pagar yang menyatakan sokongan terhadap BN. Katanya masyarakat Permatang Pauh ini sudah muak dengan kepimpinan PKR yang tidak mengotakan janji-janji yang ditaburkan semasa pilihan raya umum terdahulu.

Kesedaran bahawa DSAI hanya memperjuangkan survival politiknya demi kepentingan peribadi dan bukannya untuk rakyat juga antara punca mereka ingin beralih sokongan kepada BN.

Saingan bertukar rentak * Semakin ramai pengundi atas pagar memihak kepada BN

BUKIT MERTAJAM 24 Ogos – Selepas sembilan hari berkempen, pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang awalnya dipandang mudah oleh pakatan pembangkang bertukar rentak setelah jentera Barisan Nasional (BN) memberi tentangan sengit menjelang hari pengundian Selasa ini.

Walaupun pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru namun pemerhati melihat hanya dua parti mendominasi persaingan iaitu BN yang diwakili calonnya, Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seorang lagi calon daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat walaupun kurang dikenali namun beliau dipercayai akan mendapat sedikit sokongan daripada para penyokong Pas. AKIM ialah parti serpihan Pas.

Selasa ini, 58,459 pengundi berdaftar di P.044 Parlimen Permatang Pauh bukan berdepan dengan pilihan raya kecil biasa tetapi pilihan raya yang bakal menentukan corak landskap politik negara.

Dalam pilihan raya itu, Arif, 52, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya serta fasih berbahasa Mandarin dan Hokkien mempertaruhkan reputasi cemerlangnya dalam menyelesaikan banyak masalah penduduk setempat.

Arif yang bertekad untuk mengakhiri sumpahan 10 tahun BN gagal menguasai kawasan Parlimen itu meminta para pengundi memilih calon yang menetap di Permatang Pauh agar wakil rakyat itu nanti dapat berkhidmat kepada rakyat tempatan sepanjang masa.

Menurutnya, hasil laporan kempen BN yang diterimanya setiap malam yang dibuat sejak hari penamaan calon menunjukkan sokongan meningkat dari hari ke hari yang sehingga kini mencapai sekitar 40 hingga 50 peratus.

Kata beliau, semakin ramai pengundi atas pagar di kawasan hitam iaitu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dan Permatang Pasir yang sebelum ini dikuasai oleh pembangkang mula memperlihatkan sokongan kepada BN.

“Saya yakin penduduk Permatang Pauh mahukan perubahan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Tenggiri di sini hari ini.

Anwar, pesaing Arif Shah, yang mendapat laluan daripada isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang secara mengejut mengosongkan kerusi Parlimen itu berkata, berapa besar undi majoriti dalam pilihan raya kecil itu bukan perkara penting asalkan beliau memenanginya.

“Saya tidak fikirkan pasal majoriti. Kecil ke, besar ke, yang penting menang,” katanya.

Bagaimanapun, seorang pemimpin PKR memberitahu sidang akhbar hari ini kononnya Anwar, 61, akan mendapat majoriti lebih besar iaitu 15,000 undi berbanding undi majoriti 13,338 yang diperoleh oleh Dr. Wan Azizah pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Pada Mac lalu, Dr. Wan Azizah yang memperoleh 30,338 undi mengalahkan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail yang cuma mendapat 16,950 undi.


Dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, isu moral Anwar menjadi tajuk perbualan ramai selepas bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, melafazkan sumpah laknat bahawa dia diliwat oleh penasihat PKR tersebut.

Walaupun dicabar oleh Mohd. Saiful dan beberapa pemimpin agama supaya melakukan sumpah yang sama namun sehingga malam ini Anwar tetap menolak dengan alasan tidak mahu sumpahnya dimanipulasi.

“Sumpahlah 50 kali pun saya tidak peduli,” kata Anwar dalam beberapa ceramahnya di beberapa lokasi di Permatang Pauh.

Anwar yang merupakan penyandang kerusi itu dari 1982 sebelum dipecat daripada UMNO dan kerajaan pada 1998 juga sentiasa menggambarkan ‘kemenangannya’ nanti akan menjadi ‘titik tolak kepada pembentukan kerajaan baru’.

Walaupun sejak hari pertama kempen lagi beliau menguar-uarkan seramai 30 wakil rakyat BN akan melompat ke pakatan pembangkang sebagai ‘asas pembentukan kerajaan baru’ yang bermula 16 September ini, namun ia disanggah keras oleh kepimpinan BN.

“Ini (pilihan raya kecil) bukan soal saya dengan Arif tetapi dengan UMNO dan polisi-polisinya,” kata Anwar.

Penurunan harga minyak sehingga RM2 juga menjadi umpanan kempen Anwar walaupun ahli-ahli ekonomi menyifatkan ia hanya ‘janji kosong’ berikutan turun naik harga bahan api itu berkait rapat dengan harga pasarannya di peringkat global.

Hanafi, 61, pula semasa dihubungi malam ini tetap menaruh keyakinan partinya akan memperoleh lebih 5,000 undi berikutan sambutan menggalakkan masyarakat Permatang Pauh terhadap kehadiran AKIM.

“AKIM sasarkan mendapat 5,000 undi, tetapi berdasarkan penerimaan masyarakat di sini, kita yakin dapat lebih daripada itu. Jika ia berjaya dicapai, ia satu kemenangan buat AKIM dalam keadaan jentera kempen kami yang tidak lengkap,” katanya.

Seramai 5,000 anggota polis dikerahkan untuk memantau perjalanan kempen dan proses membuang undi Selasa ini bagi memastikannya berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan dan provokasi pihak tertentu.

SPR menjangkakan keputusan awal pilihan raya kecil itu dapat diketahui pada pukul 8 malam Selasa ini.

Sumber: Utusan Malaysia

*************************************************************************************

Citraadora

Penduduk Permatang Pauh telah celik mata dan semakin bijak mengambil keputusan yang terbaik demi masa depan mereka. Mereka mahukan perubahan. Omongan kosong yang diuar-uarkan PKR begitu menjelikkan dan tidak lagi melekat di hati mereka.

DUA MAJLIS MERAIKAN KEMENANGAN ANWAR

PKR sudah menyusun dua majlis meraikan kemenangan calonnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Permatang Pauh dan Kuala Lumpur.

Sumber terdekat PKR berkata, majlis itu diadakan untuk membolehkan Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus memastikan kemenangan beliau.

Katanya, majlis di Kuala Lumpur akan dihadiri oleh petugas-petugas luar Permatang Pauh yang berkampung sejak sebelum penamaan calon terutama dari Wilayah Persekutuan.

MANA PKR DAPAT DUIT ?

Oleh Big Dog

Hari ini, kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh masuk ke gear yang lebih tinggi. Pemimpin kanan PAS Dato’ Seri Hadi Awang dan Dato’ Dr. Harun Din dijangkakan akan turun padang berkempen bagi calon PKR, Mantan Timbalan Perdana Menteri dan banduan salah guna kuasa Anwar Ibrahim.

Sokongan parti Islam ini amat signifikan kepada kempen Anwar. Ini kerana sedikit sebanyak, setelah pengakuan bersumpah laknat Saiful Bukhari Azlan diliwat Anwar di Masjid Wilayah minggu lepas telah mengurangkan sokongan orang Melayu sekitar Permatang Pauh bagi calon PKR itu. Dengan endorsement ini, maka ia akan mengembalikan sokongan padu kepada Anwar.

Sekiranya usaha taktikal ini tidak berapa meninggalkan kesan kepada kempen Anwar, maka dijangkakan Murshidul Am PAS Dato’ Nik Aziz Nik Mat juga akan dibawa ke Permatang Pauh esok. Walaupun beliau uzur, usaha ini akan diteruskan juga untuk menentukan Anwar menang dengan majoriti yang amat selesa.

Tumpuan khusus diberikan kepada sokongan pengundi Melayu sekitar Permatang Pauh kerana undi Bukan Melayu, terutama keturunan Cina kepada Anwar dan PKR adalah begitu padu. Ini kerana masyarakat Cina amat berharap agar Anwar mendapat tempat dalam persada politik perdana, termasuk mempunyai peluang sebagai Perdana Menteri Malaysia, walaupun beliau akan dibelenggu dengan kes jenayah yang sememangnya akan berpanjangan.

Walaupun Pengarah Pilihanraya BN Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak merupakan pemimpin yang jauh lebih baik dengan ucapan yang jauh lebih bermutu berbanding dengan Anwar, namun begitu momentum yang dapat dijana oleh BN dalam kempen Permatang Pauh ini jauh lebih meleset berbanding dengan apa yang berjaya dilakukan PKR.

Dalam pada itu, kempen PKR di Permatang Pauh amatlah berstruktur dan effisyen. Jentera kempen dan sokongan kempen amatlah cekap, termasuk pengurusan media dan bahan untuk propaganda. Ianya begitu professional sehinggakan mirip kempen Barrack Obama, calon parti Democrat di Pilihanraya Presiden AS hujung tahun ini.

Kini yang menjadi misteri, dari mana sumber kewangan PKR untuk menjana kempen politik begini effisyen. Keahlian PKR tidaklah seberapa. Namun begitu, jentera PKR amatlah mantap dan mampu menyediakan kemudahan logistik yang cukup baik, termasuk pusat media yang lengkap dan canggih. Para petugas media juga disediakan kemudahan shuttle untuk membawa petugas meliputi keseluruhan program kempen.

Ini semua amat berbeza dengan kemudahan yang disediakan PKR semasa Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Pilihanraya Umum ke 12 Mac lepas. Di Sarawak, jentera PKR hampir lumpuh kerana pembiayaan ‘tidak turun’, walaupun pemimpin yang datang dari Kuala Lumpur ketika itu menginap dihotel bertaraf 4/5 bintang sekitar bandar bandar besar dan menyewa kenderaan pacuan empat roda mewah untuk kegunaan mereka.

Persoalan sekarang, mana datang pembiayaan untuk kempen kali ini? Apakah PKR tiba tiba mendapat penjanaan kewangan luar, terutama apabila Anwar bertanding, hanya kerana Anwar ialah ‘Darling of the West, especially Neo Conservative Jews’? Atau Anwar, yang hilang pencen sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana dihukum penjara, memang sebenarnya berada dan mampu menjana kempen Pilihanraya Kecil Parlimen dengan magnitud yang sebegitu, yang sememangnya berjuta Ringgit belanja?

SHARING A WILD DREAM.....

By AgendaDaily

The ties that bind the Pakatan Rakyat coalition is slowly losing its grip as the difference in opinion between DAP and PAS is further driving the two parties apart.

As if to react to the call by PAS members during its muktamar held in Ipoh recently, DAP’s secretary-general Lim Guan Eng, during the closing of the party’s national congress held in Kuala Lumpur, on Saturday announced that “it will reject any move to form an Islamic state”.

This is among the challenges faced by Pakatan Rakyat in the midst of it contention to form the government by September 16.

The question is how can the loose coalition claim that they can form the government when they differed in opinion on concept of the government.

While PAS and DAP is facing a fall out on the form of the government, PKR’s de facto leader Anwar Ibrahim is facing a tough challenge in the Permatang Pauh by-election. Besides facing the sodomy case, his former tennis partner exposure on him receiving RM60 million from Magnum Corporation has also further causing confusion among his supporters.

“Pakatan Rakyat forming the government is not only a wishful thinking, but also a wild dream,” said an UMNO minister, adding that “however, what’s baffled us is that there are still those who believed in the theory,” he added.

Despite the assurance by Sabah MPs that the crossover claim by Pakatan Rakyat was not true, the Pakatan Rakyat, especially PKR members believed that Anwar will be “crowned” Prime Minister by September 16.

In all honesty the right thing for Anwar to do is to stop dreaming of replacing Abdullah Ahmad Badawi but should concentrate on winning the Permatang Pauh seat while retaining and increasing the majority secured by his wife in the March general election.

This is because winning the seat alone is not enough if Barisan Nasional managed to reduce the majority. - 24/8/2008

ANWAR IBRAHIM IS SIMILAR TO REVEREND MOON (KOREA), SAID MINISTER OF INFORMATION, MALAYSIA



By: Pemikir Negara

Information Minister Of Malaysia in his series of talks to voters in Permatang Pauh, had reminded UMNO, MCA and MIC voters not to believe the stories of Anwar Ibrahim. The minister found it amusing that Anwar Ibrahim went to great length to make up tales which were mere illusions.

Anwar Ibrahim has the heart to fool the people of Permatang Pauh. Friends fooled by Anwar Ibrahim went to jail for his sake. They were made to believe by his satanic charms and deceptions. He was jailed for 6 years and many thought that he would turn a new leaf when freed. He became worse when he tried to make a come back to politics, using unholy schemes, to become Prime Minister .

The Minister reminded us of the infamous Reverend Moon of Korea, who cheated his followers that the sun would rise from the west. His followers believed him, though the prediction was not true. Anwar like Reverend Moon, told the people that he would be PM on 16th September, and therefore, to believe and stick by him. This is another blatant lie ever made. It is hoped that the voters do not buy this hilarious story by Anwar.

The 16th September episode is to blind the voters of a dream which will not come true. The Minister advised the voters to seek the truth and choose progress which Barisan Nasional (BN) believes in, now and before.

ANWAR USED HOOLIGANS DURING BYE-ELECTION IN PERMATANG PAUH.



By: Pemikir Negara

Hooliganism is a new phenomena in any election in Malaysia today. This trend is not new and it happens everywhere in the world, such as, in Burma, Thailand, Philippines and Indonesia. In Indonesia, the hooligans are professionals used by organizations whose leaders are ambitious to grab power and become President through undemocratic means. One of the known leaders to adopt this tactic is Bapak Amien Rais, an agent of America. Amien’s tactics are familiar because they are American-inspired, which were similarly executed in violent demonstrations in Eastern European countries, including Serbia, Crotia, Georgia and many more.

Anwar Ibrahim is the clone of Amien Rais and also Gus Dur. He is a copycat replicating in Permatang Pauh, what happened in Indonesia. This is not a healthy sign in Malaysian politics since 1957.

In Permatang Pauh, Anwar Ibrahim, without respect for law and order, is using hooligans to create uncertainty among voters. This was proven when several hooligans were hauled by the police during nomination day on 16th August.

What Anwar did then was shameful and, therefore, dangerous to overall security in Permatang Pauh. The police had done a good job to appease the situation and we hope that the rule of law will be enforced for the safety of voters.

All voters are adviced to exercise their rights on 26th August to choose their credible MP. Vote Barisan Nasional.

CHINESE AND INDIAN VOTERS ARE VICTIMS OF ANWAR’S LIES AND EMPTY PROMISES. THINK AND CHOOSE BARISAN NASIONAL

By: Pemikir Negara

Anwar Ibrahim continues to pile lies upon lies during his meetings with supporters. He is telling the people that the Government is oppressing the people and also denied their freedom and rights. These lies are shamefully posted on bill-boards and banners all over Permatang Pauh.

Anwar may have lots of imaginations to lull and confuse the voters. They are not real but purely empty promises which are doom to fail. Nevertheless, Anwar will not stop the momentum to attack the minds and hearts of the local people. It is unfortunate that he is resorting to these under-hand tactics but to him it is not sinful and, therefore, nobody should stop him. He is playing to the ignorant gallery in Permatang Pauh.

We would like to remind the Chinese and Indian voters that Anwar Ibrahim is on the warpath to achieve the impossible i.e. to become Prime Minister. He is telling the people that the government is discriminating the Indians and Chinese in Permatang Pauh. The government is not thinking about their welfare and future. The voters should realize by now that Permatang Pauh has been neglected by his wife, ex-MP Dr. Wan Azizah for the last 10 years. She had failed to meet the basic needs of her voters all this while. Who is to be blamed? It is the PKR which has failed to deliver. Anwar is insulting the intelligence of the voters. Even Anwar’s closest friends abandoned him because he is a liar and unreliable.

It is hoped that the Chinese and Indian voters are clever enough to choose between good and bad. They have to decide now and vote the Barisan’s candidate or regret later if they choose PKR in this election.

YB KJ, MP REMBAU EXPOSED ANWAR IBRAHIM’S SECRET DEAL

By: Pemikir Negara

Wira would like to reinforce the findings of MP Rembau, YB Khairi Jamaluddin that one should question the source of funds used by Anwar Ibrahim to campaign in Permatang Pauh. This is a very important question because if the money is illegally secured, then he is violating the election process.

Anwar’s secret deal with the Americans to sign the FTA, if he becomes Prime Minister, is unpatriotic and, therefore, should be condemned. The voters should know that the FTA or Trade Agreement with USA contains points which need careful deliberations. As a developed nation, signing the FTA as it is, is akin to selling our hearts and souls to the Americans. Our business dimension will be subjected to the dictates of Washington DC. Do you want this? It is actually the Americanization of Malaysian business and implies that the Americans have more say in the specifications of our products to be exported to USA. This lopsided FTA will gravely affect our pharmaceutical, agricultural, electronics and range of other products for exports.

Anwar Ibrahim could not be bothered with the negative implications and spill overs caused by the FTA. He is only concerned about himself, family, YB Azmin Ali and, of course, to become Prime Minister. The Americans will pay Anwar Ibrahim in cash just to get the FTA signed. This might have happened and now Anwar Ibrahim is flushed with money to throw around in Permatang Pauh.

All voters should realize this. Those in the business sectors should protest against Anwar’s attempt to sell Malaysia to the Americans.

Please be wise in your choice of candidate. Do vote for wisdom and Barisan Nasional

LAGI KEPINCANGAN ANWAR IBRAHIM

Oleh: Citraadora

Bekas kawan baik DSAI, Datuk S.Nallakaruppan memaklumkan bahawa semasa DSAI memegang jawatan nombor dua Negara dahulu (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan), beliau telah meminta dan mengguna pakai wang magnum sebanyak RM60 juta. Jumlah yang sangat besar, entah apa yang dibuatnya dengan nilai sebanyak itu. Adakah untuk kebajikan rakyat atau masuk koceknya sendiri? Apa program atau projek pembangunan yang telah dilaksanakan dengan wang tersebut?

Tidak disangka-sangka dalam pada beliau menuding jari menyalah dan menghentam pemimpin-pemimpin Kerajaan yang kononnya bersikap tiris dalam mengurus hal ehwal dana Negara, beliau juga dalam diam-diam mengaut hasil untuk kepentingan diri sendiri.

Luarannya beliau bersikap seperti orang alim, pandai berkhutbah, menjadi imam, lancar membaca Al-Quran dan Hadis, tetapi inilah peribadi beliau yang sebenar. Banyak lagi kepincangannya yang akan dikorek dan didedahkan dari semasa ke semasa.

Bangunlah dari tidur yang lena wahai pengikut-pengikut taksub Anwar! Beliau bukanlah pemimpin yang layak anda sokong dan sanjungi.

Jangan biarkan impian Anwar Ibrahim untuk menuju ke Putrajaya tercapai. Mengundilah dengan bijak.

PENGIKUT ANWAR TIDAK PERLU PAKAI TOPENG

Oleh: Pengundi Bijak

Pengikut-pengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah mula memakai topeng gambar DSAI semasa mengedarkan risalah PKR di persimpangan-persimpangan jalan Permatang Pauh seolah-olah PKR hendak menyembunyikan sesuatu. Yang jelas tindakan ini sungguh aneh dan mengundang pelbagai tanda tanya.

Seorang bekas penyokong PKR yang ditemui secara spontan dan hairan berkata, “Setahu saya orang yang bertopeng ini mempunyai motif jahat untuk melakukan sesuatu, macam perompak bank. Mereka bertopeng supaya identitinya tidak dikenali.”

Kawan saya yang duduk di sebelahnya bekas penyokong PAS, bersetuju dan terus menyampuk dengan berkata, “Apa yang nak dihairankan, itu baru pengikut taksubnya. DSAI lagi banyak topeng. Dia bertopengkan perangai orang alim, pakai baju Melayu, bersongkok putih, jadi imam, baca khutbah dan banyak lagilah…sedangkan semua orang tahu moralnya dengan Saiful dan lain-lain. Dia bertopengkan orang baik-baik, tak suka pada orang ganas walhal budaya keganasan itulah yang sedang disuburkannya. Cuba tengok siapa yang memukul wartawan tempoh hari semasa hari penamaan calon? Kalau tidak PKR, siapa lagi?. Yang tak eloknya dia tuduh pulak orang BN punya kerja. Dia ni betul-betul baling batu sembunyi tangan.”

Mengulas penyokong Anwar yang bertopeng itu, sahabat karib Anwar iaitu Datuk S.Nallakaruppan dalam ceramahnya malam tadi. “Itu Anwar banyak muka…itu sebaba dia pakai topeng. Jumpa India dia sokong India. Kata Melayu, Cina tidak baik. Dia mau jadi Savaji The Boss (hero filem Tamil). Jumpa Cina cakap lain. Jumpa Melayu cakap lain. Dia punya muka banyak warna. Itu macam binatang sesumpah Melayu cakap. Sekarang dia punya pengikut pun mahu tiru Anwar. Itu sebab dia pakai topeng. Apa ini negeri tarak selamat ka mau pakai topeng hari-hari? Ini Sri Lanka ka?.”

Apa yang mengharukan Datuk Nallakaruppan meminta pengundi Permatang Pauh supaya mengundi BN untuk menyelamatkan Negara ini. Dalam nada yang terharu dia berkata, “Ini bukan soal sayang pada seseorang, ini hal Negara. Kita mesti selamatkan ini Negara daripada jatuh ke tangan Anwar. Saya tidak penting, Negara ini lebih penting.”

Pengundi-pengundi Permatang Pauh tidak perlu pilih calon yang pakai topeng kerana orang yang bertopeng adalah orang yang suka berpura-pura, tidak ikhlas dan jujur.

ANWAR DAN AZIZAH LUPA DARATAN

Oleh ANTI PKR

Anwar dan Azizah lupa daratan. Itu antara intipati ceramah Ezam Md. Noor di Kg. Tanah Liat pada 16 Ogos 2008 di hadapan lebih 300 orang pengundi parlimen P44 Permatang Pauh. Ezam membangkitkan perkara tersebut berdasarkan satu peristiwa pada tahun 2004, ketika Anwar masih di dalam penjara. Ketika itu BN baru memperolehi kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum 2004, dan Wan Azizah dalam kedudukan yang agak sukar.

Atas dasar simpati dan ingin membantu, Ezam telah mengambil inisiatif mempertemukan Wan Azizah dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pertemuan tersebut, Wan Azizah telah mengemukakan 3 PERMOHONAN kepada Pak Lah. Permintaan tersebut adalah seperti berikut :

PERMOHONAN 1

WAN AZIZAH MEMOHON KEPADA PM AGAR ANWAR DIBEBASKAN TERUS DAN DIBERIKAN RAWATAN DI HOSPITAL, MEMANDANGKAN KEADAAN KESIHATAN ANWAR KETIKA ITU.

REAKSI PM

PAK LAH TERUS MENGHUBUNGI PIHAK PENJARA PADA MALAM ITU JUGA DAN MENGARAHKAN ANWAR DIBAWA KE HOSPITAL UNTUK MENERIMA RAWATAN. JARANG SEKALI ADA BANDUAN YANG DIBAWA KELUAR DARI PENJARA PADA WAKTU MALAM, TETAPI BERBEZA DENGAN ANWAR YANG DIBERI LAYANAN ISTIMEWA OLEH PAK LAH SELAKU PERDANA MENTERI.

PERMOHONAN 2

WAN AZIZAH MEMOHON AGAR PAK LAH MEMBERI KEBENARAN KEPADA ANWAR UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN KE LUAR NEGARA.

REAKSI PM

PAK LAH TIDAK DAPAT MEMBERI JAMINAN KEPADA WAN AZIZAH, DAN BELIAU PERLU BERBINCANG DENGAN BEBERAPA PIHAK DAHULU SEBELUM BOLEH MEMBERIKAN KEBENARAN UNTUK ANWAR MENDAPATKAN RAWATAN KELUAR NEGARA.

PERMOHONAN 3

WAN AZIZAH MENYAMPAIKAN SALAM ANWAR, DAN ANWAR MEMINTA AGAR PAK LAH TIDAK MENGGANGGU PROSES MAHKAMAH YANG SEDANG MENDENGAR RAYUANNYA.

REAKSI PM

PAK LAH MENJAWAB KEPADA WAN AZIZAH, “PERCAYALAH PADA SAYA, SAYA KENAL ANWAR SEJAK DIA KECIL LAGI, SAYA KENAL IBUBAPA DAN KELUARGANYA, SAYA SEORANG ISLAM DAN SAYA TIDAK AKAN MENGANIAYA SEORANG ISLAM YANG LAIN”.BUKTINYA, DALAM PENGHAKIMAN TERSEBUT ANWAR TELAH DIBEBASKAN OLEH PIHAK MAHKAMAH DAN TERBUKTI TIADA LANGSUNG CAMPURTANGAN PAK LAH DALAM PERKARA INI.

KESIMPULAN

Biar apapun istilah yang dilabelkan kepada Pak Lah, jelas membuktikan bahawa Pak Lah mempunyai akhlak dan keperibadian yang sangat tinggi pekertinya. Namun kita hairan, bagaimana pula akhlak dan keperibadian bagi insan bernama Anwar dan Wan Azizah, yang seolah-olah lupa ehsan yang pernah mereka pohon pada Pak Lah di tahun 2004, satu tempoh yang tidak lama dan masih baru.

Tergamak benar mereka, MENABUR ONAR DAN FITNAH kepada Pak Lah sebagai perancang kepada konspirasi ini. Jika di teliti secara mendalam, kalau memang Pak Lah berniat untuk melakukan konspirasi terhadap Anwar, Pak Lah tidak perlu menunggu sehingga pada hari ini, tetapi beliau boleh melakukannya pada tahun 2004 lagi. Namun yang pasti, Pak Lah bukanlah manusia seperti Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, yang menggigitnya semula selepas dilepaskan. Moga Allah SWT berkati perjalanan kehidupan Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan pemerintahannya sebagai Perdana Menteri Malaysia serta kita berdoa, moga Allah SWT tunjukkan kepada kita, siapa yang berada di jalan yang benar dan siapa di jalan yang salah,
Insyaallah.

NALLA GEMBIRA DISAMAN ANWAR


(Nalla dan Anwar. Gambar oleh AgendaDaily)

Oleh AgendaDaily.com

AHAD : Dalam pada hilang kepercayaan kepada sistem perundangan negara ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyerahkan surat saman kepada rakan sepermaninan tenisnya, Datuk S Nallakarupan kerana mendedahkan beliau menerima RM60 juta wang dari syarikat judi Magnum Corporation.

Perkara ini diberitahu sendiri oleh Nallakarupan bahawa beliau telah menerima surat saman itu yang menuntut beliau membayar ganti rugi sebanyak RM50 juta.

Sekali imbas, surat saman itu akan memberikan persepsi bahawa Anwar berani menyaman orang kerana merasakan pendedahan itu tidak benar dan satu pembohongan.

Namun apabila ditanya kepada Nallakarupan mengenai perkara itu, beliau memberikan jawapan yang agak menarik “Ini adalah hari paling gembira buat saya kerana pada akhirnya saya akan dapat jumpa Anwar di mahkamah. Nanti di mahkamah saya akan dedah dan buktikan semuanya mengenai wang RM60 juta itu.

“Saya juga akan dedahkan mengenai lima pita rakaman yang saya simpan di luar negara mengenai Anwar”.

Nallakarupan pada satu cermahnya di Permatang Pasir hari Jumaat mendedahkan Anwar telah mengambil wang sebanyak RM60 juta dari syarikat perjudian 4-nombor ekor, Magnum Corporation.

Pendedahan itu dibuat olehnya kerana beliau merasakan beliau perlu mendedahkan siapa Anwar sebenarnya sewaktu beliau berkuasa hingga sanggup mengambil wang dari sumber judi tetapi cuba menonjolkan imej dirinya seorang pemimpin yang Islamik.

Sementara itu BErnama melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mencabar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pendedahan yang dilakukan oleh bekas pengikut dan orang kanannya.

Katanya Anwar perlu memperjelaskan dakwaan yang dibuat oleh bekas Ketua Angkatan Muda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor dan juga kawan rapatnya Datuk S. Nallakurappan.

Ezam pernah dipenjarakan demi mempertahankan Anwar tetapi sekarang beliau sendiri mendedahkan siapakah sebenarnya bekas pemimpinnya itu, katanya pada majlis jamuan makan malam MCA di Dewan Moral Uplifting.

"Begitulah juga dengan Datuk S. Nallakaruppan yang pernah dipenjarakan kerana Anwar tetapi hari ini Nallakaruppan sendiri mendedahkan bahawa Anwar pernah mengambil wang Magnum sebanyak RM60 juta.

"Ketiganya, Anwar masih perlu menjawab sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan (kes liwat) dan janganlah memutar-belitkan laporan perubatan (Pusrawi Mohd Saiful Bukhari)," katanya. – 25/8/2008

Sunday, August 24, 2008

POLITIK ANWAR DIKUBURKAN PADA 26 OGOS INI

Oleh Pemikir Negara

Berdasarkan perkembangan terkini di Parlimen Permatang Pauh, serta isu-isu yang timbul, maka Anwar berangan-angan hendak ke Putrajaya nampaknya semakin jauh.

Lawannya, Datuk Arif Shah Omar Shah, semakin lantang dan semakin mendapat sambutan. Calon BN menjadi harapan kepada penduduk PP untuk membawa perubahan kepada seluruh kepada kawasan itu.

Saya menasihatkan kepada pengundi PP jangan sekali-kali terpengaruh dengan pujuk rayu jentera PKR yang melawat dari rumah ke rumah kerana segala yang dijanjikan oleh perayu PKR adalah palsu dan di luar bidang kuasanya.

Kerana jika Anwar menang pun, tidak mampu menubuhkan kerajaan. Dakwaan Anwar untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008, hanya merupakan angan-angan Mat Jenin semata-mata. Ia tidak akan menjadi kenyataan. Ini berdasarkan kerusi pembangkang hanya 82 kerusi. Masih memerlukan 30 kerusi lagi bagi mendapat majoriti mudah.

Persoalannya dari mana hendak mendapat 30 kerusi tambahan ini. Ini yang dikatakan oleh Datuk Seri Hadi Awang sebagai "angan-angan Mat Jenin".

Jangan terpengaruh dengan drama dimainkan oleh Anwar dalam kempennya.

Ingat jangan buang masa. Jangan rosakkan masa depan orang Melayu.

Mengundi Anwar ibarat membunuh orang Melayu. Bukan Melayu Permatang Pauh semata-mata tetapi Melayu di seluruh negara.

Justeru kuburkanlah cita-cita Anwar ini pada 26 Ogos 2008.

Selamat mengundi.

COMMON PARIAH NOT A ROYALTY


(Shafee Abdullah and RPK)

Media Statement by Datuk Shafee Abdullah

17 August 2008

On the 6th, 7th, and 12th August 2008, Raja Petra published the 3 defamatory articles on me with other commenters publishing their comments following the 3 defamatory articles. All of the commenters are equally guilty of defamation and various offences of vulgarities under the Penal Code.

The Raja Petra website is a controlled website, meaning it is a moderated website. He chooses through that system to publish or not any article or comment posted on the blog site. He is therefore a publisher of all the articles and comments posted on his blog site and is therefore guilty of publishing, accommodating and adopting the contents as his. He has committed the offences of defamation, sedition and other offences in the Penal Code and the Communications and Multimedia Act 1998.

Raja Petra does not practise an open blog site. He only publishes materials that support him. All other materials that are critical of him or condemn him are not published. He is not interested in an open debate for alternative views. His claim that his website is a source of independent news is total nonsense. Clearly this blogger is a coward and one that hides behind his blog ( and as you can see in court last Friday, one that hides behind his wife as well) Any so called “Royalty” (as Raja Petra claims himself to be) who indulges in publishing vulgar statements over and above being defamatory ought to be ashamed of himself as his behaviour evidenced in the blog site is that of a common “pariah”.

I am lodging a police report today for offences committed by Raja Petra which are as follows:

(a) Criminal Defamation;

(b) Sedition under the Sedition Act 1948;

(c) Offences under the Penal Code for vulgarities;

(d) Offences under the Communications and Multimedia Act 1998; and

(e) Printing Presses and Publication Act 1984

The Order of the High Court has been officially served on him on the 15th of August 2008. But before this Raja Petra was aware of the contents of the Order dated 13th August 2008 as admitted by him in his article on the 14th itself. Under the law he should have obeyed the Order of Court counting from the 14th itself. I am monitoring closely if Raja Petra is complying with each and every order that the court has imposed against him. If he does not observe any of these orders, I will compel him to be produced in court for contempt of court. I will continue to do this for every contemptious act he commits and if the contempt continues I will make repeated applications for contempt against him. If the court of Appeal could find it sufficient to send Murray Hiebert, a bona fide journalist to jail in Malaysia, the crimes committed by Raja Petra would be far worse. Raja Petra is not a bona fide journalist or an independent news provider. He is truly a puppet of some political animal. Raja Petra’s website is a political propaganda website and Raja Petra is the chief puppet.

This year alone 2 successful defamation suits have been taken against Raja Petra. The cases are :

(a) Universiti Utara Malaysia & Vice Chancellor Tan Sri Dr Nordin Kardin v Raja Petra, where a defamation suit was taken against Raja Petra. Raja Petra never entered appearance nor defended the case. On 26th March 2008, Raja Petra was ordered to pay RM4 million as damages to the Plaintiffs. He has failed to pay the RM4 million. Raja Petra is a bankrupt and has been declared a bankrupt for quite sometime. As you know, an honourable bankrupt must defend his reputation about his credibility. Raja Petra never defended his credibility. He is not just a common bankrupt. He is also bankrupt of credibility and ideas.

(b) The case of Dato Seri Azim Zabidi v Raja Petra, a Kuala Lumpur High Court suit. Again judgment in default of appearance has been taken against him. The Plaintiff in that case has applied for damages to be assessed by the court. And the damages sum would soon be announced by the Court. Tell me why isn’t Raja Petra defending these suits? I suggest there is only one reason : he has no defence and he knows his stories are all propaganda and has no nexus to truth.

The above precedent cases show that:

(a) Raja Petra is a coward in not defending the defamation suits against him.

(b) If he claims he can justify the contents of all his writings, the public deserves to know the truth and he should not behave like a coward and not come to court and prove his case.

(c) I challenge him to consent to our case being expedited for trial so that the public will know the truth whether Raja Petra is a liar or not. The court is the best forum to adjudicate on the conflict. In fact, alternatively, if Raja Petra wants an independent arbitration on this matter, with independent arbitrators chosen by a joint consent between him and me, I will gladly accept it and challenge him to produce the proofs of his allegations.

We are concerned that Raja Petra thinks that being a bankrupt he does not have any obligations to law and society. This is perhaps the reason why he is so dishonest and reckless as to what he publishes. If he thinks he can hide behind his bankruptcy, he is dead wrong. So far the conduct of Raja Petra clearly shows that his sole motive is to do propaganda and truth was never his consideration at all.

For your information, I can conclusively show Raja Petra is a total liar I have independent evidence, both oral and documentary, that will show neither the office of Shafee & Co nor this conference room you are sitting in or the whiteboard you are looking at or I personally are involved in anything close to the allegation by Raja Petra that we are involved in a conspiracy relating to the case of the sodomy allegation by Saiful against Anwar Ibrahim. Raja Petra will have to show his so-called evidence. He bluffs by saying he has got 6 witnesses 3 of them are datuks apparently. And I urge him that if he has that evidence, he must quickly agree for an expedited trial of this matter as the public deserves nothing less than the truth. If Raja Petra is found to be lying to the public he must be stopped fast so that the public is not misled.

For your information, I have been away in Kuching and Terengganu for more than 6 weeks prior to Anwar Ibrahim being charged, I was away from the 28 June 2008 until 7th August 2008 continuously with one week in Kuala Terengganu (all of them related to my work in relation to 3 Election Petitions). How could I be in this room to mastermind the operation with the police.

Why should the police want to do a black operation in this room? Don’t you think a black operation by its nature is secretive ? Should such an operation be done in this open conference room ? That is the reason I say even a person with a pea-sized brain would not believe his story. Raja Petra is not a clever bluffer. I would love to cross-examine him in court and I would offer myself to be cross-examined by his team of lawyers if this is the only way truth can be revealed.

I will tell him to stop being the coward he is. Come out into the open, in the open court and fight me like a man and not to hide behind his web site or behind the skirt of his wife.


Dato’ Muhammad Shafee Abdullah

LOGO PKR SIMBOL GERAKAN BISEKSUAL


(Video persamaan simbol biseksual dengan logo PKR)

Oleh Warta Citra Cafe

Cerita pilihanraya kecil Permatang Pauh menjadi topik hangat disetiap meja cafe. Macam -macam cerita, ulasan dan analisa. Permatang Pauh berada kira-kira 230 km dari warta citra cafe, tetapi cerita, ulasan dan analisa politik permatang pauh seolah-olah cafe berada dalam kawasan pilihanraya. Inilah kesan daripada mudahnya pelanggan mendapat maklumat melalui media dan alam siber.

Satu topik yang paling hangat diperkatakan adalah soal bendera Parti Keadilan Rakyat yang bersamaan dengan simbol gerakan kumpulan biseksual di Eropah khususnya di Germany. Kedua-duanya menggunakan bulan sabit disusun sebegitu rupa agar nampak berlainan dan digunakan warna-warna tertentu. Apabila dikaji dan dianalisa, maka persamaannya semakin ketara. Dikalangan pengamal komunikasi subliminal, ini adalah teknik komunikasi secara tidak sedarkan diterapkan dalam pemikiran sasaranya. Mungkinkan perjuangan PKR yang berteraskan keadilan juga memperjuangkan keadilan kepada pengamal biseksual.

Mungkin kebetulan, tetapi perkembangan akhir-akhir ini berkaitan dengan Penasihat PKR menberi tanggapan bahawa inilah mendasari perjuangan PKR. Di Amerika, penggunaan simbol-simbol tertentu secara tersirat amat lazim dalam menerapkan sesuatu mesej secara dibawah sedar kepada sasaran mereka. Contohnya matawang dollar Amerika yang mempunyai satu mata dipuncak piramid adalah simbol kejahatan dan keinginan menguasai umat sejagat.

Mungkinkah????....

USAHA MENYERANG LANUN NEGARA

Oleh Maharaja Blogger

Seorang peguam terkemuka Datuk Muhammad Shafee Abdullah telah membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang disifatkannnya sebagai boneka kepada individu tertentu dalam perjuangan politik dan juga sebagai seorang pengecut yang sering membaling batu sembunyi tangan.

Dalam sidang akhbar yang disiarkan oleh TV3 Shafee menyebutkan Raja Kamaruddin sebagai ‘Raja Pariah’

Ketika negara dan rakyat berada ditaraf moral yang sangat rendah kerana melihat bermaharajalelanya keganasan beberapa orang penjenayah siber atas nama kebebasan dan demokrasi,ketika rakyat berada dalam kekecewaan melihat pihak berkuasa seperti tidak mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap mereka,maka muncul seorang manusia yang berani menelanjangkan seorang keturunan raja sebagai ‘RAJA PARIAH’.

Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada peguam Shafiee Abdullah yang telah bangun dengan berani untuk menyedarkan seluruh rakyat bahawa negara ini mempunyai undang undang setelah pihak yang patut menjalankan undang undang menampakan kelemahan yang tidak pernah disaksikan oleh negara selama ini.

Negara ini hendak menjadi negara nombor satu dalam kebebasan dan demokrasi supaya setaraf dengan kebebasan global(ala British dan Amerika) sekalipun taraf berfikir rakyat disedri sebagai taraf kelas tiga.

Akhirnya kesalahan langkah ini benar benar terbukti bila muncul ‘Raja Pariah’ dan ‘Raja Lanun’ yang membuktikan kebenaran anggapan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew bahawa Melayu berasal dari lanun yang kemudiannya menjadi raja memerintah negeri.

Inilah yang telah dibuktikan oleh Raja Petra Kamaruddin yang diberanikan oleh sokongan Maharaja Lanun yang telah mengganas di negara ini dengan berbagai bagai bagai pembohongan,fitnah,hasutan dan sebagainya.

Rakyat yang setia berada dalam keadaan amat bimbang dan kecewa kerana kerajaan seperti tidak berkuasa untuk meletakan batas kepada suasana anarki ini malah ada pihak di belakang yang berkuasa sendiri yang secara diam diam menyokong perbuatan ini untuk Malaysia berada dalam fesyen dunia baru.

Shafee telah muncul,bangun berdiri didalam keadaan rakyat memerlukan pergantungan.Tahniah kerana keberanian anda.Kita mesti menyedarkan seluruh blogger bahawa negara ini bukan negara untuk pembelog lanun dimana mereka boleh melanun di dunia yang tidak kelihatan ada pengawal.

Disini ada Akta Hasutan ,disini ada kedudukan kedudukan istimewa bagi pribuminya,disini ada kemuliaan bagi Agama Islam sebagai agama rasminya ,disini kita mempunyai Yang di Pertuan Agong dan Raja Raja yang mutlak dan kita tidak mahu raja raja lanun.Malaysia mesti membuktikan zaman Raja Lanun telah berakhir.

Tahniah sekali lagi Shaffe,engkau telah bangun sebagai wira negara ketika negara memerlukan!
Dalam keadaan sekarang,negara memerlukan bukan seorang peguam sebagai Shafiee,kita memerlukan lebih ramai,ribuan malah jutaan orang seperti Shafee dan kita tidak memerlukan Menteri Undang Undang yang bacol seperti Zahid Ibrahim.

Dan disini kita ada MAHARAJABLOGGER yang senantiasa menjunjung tinggi kesucian dan kedaultan perlembagaan , yang akan membantu perjuangan Shafie untuk menelanjangkan satu demi satu anak anak raja lanun dan pengikut setia Raja Pariah dalam masyarkat blogger di Malaysia.

ERASING THE ANWAR IBRAHIM'S MYTH

By AgendaDaily

When Anwar Ibrahim former tennis partner S. Nalakaruppan exposed that the Permatang Pauh PKR by-election candidate took RM60 million, of Magnum Corporation money, its further dented his image as a liberal Islamic leader.

For more than four decades, Anwar has been projecting himself as a true-Islamic leader, which earned him international support. He has been rubbing shoulders with Islamic scholars both in the east and the west.

To avoid him being labeled a conservative and fundamentalist, he also made friends with US leaders which earned him a positive image in the east.

However, the Permatang Pauh by-election has extremely harmed this image. One by one of his former closed and trusted aides, revealed the real side of Anwar which has erased the “Anwar Ibrahim-myth”.

Nalakaruppan exposure is the most damaging. His revelation, which was made in a ceramah in Permatang Pasir on Friday night, has caused him to receive threats which forced him into hiding until today.

In Islam, gambling is as the same level of adultery and the consumption of liquor. For an Islamic leader to be involved in such an act would be a big blow as to be associated with using ill-gained money is not accepted.

This is because as in Islam because the ends do not justify the means.

Meanwhile another Anwar’s former aides Ezam Mohd Noor revealed that the US is supporting his fomer boss because they was an arrangement between the government and Anwar on Malaysia’s sovereignty such as the right to the Straits of Malacca.

In short Ezam accused Anwar of selling the country for his own personal gain – power and position. This is seriously erasing the Anwar Ibrahim’s myth. Besides the allegation of sodomy on his former coffee boy, Anwar is also fighting to upkeep his Islamic image.

Only the Permatang Pauh voters can decide on that whether to reveal the real image or continue to stick with the myth of Anwar Ibrahim. - 23/8/2008

GUS DUR SHOULDN'T ABUSE HOSPITALITY



By : JOHN TEO

FORMER Indonesian president Abdurrahman Wahid parlayed his credentials as a highly regarded Islamic teacher into high office before getting his presidency unceremoniously cut short and suffering the ignominy of becoming the first head of state to be impeached in his country.

After his high-wire political act, the man many know simply as Gus Dur now seems to be employing his quixotic brew of religion and politics again, but this time in the potentially volatile environment of already fraught Malaysian-Indonesian relations.

Read more at wiramalaysia2.blogspot.com .

JANGAN UNDI ANWAR


(Simbol biseksual yang sama dengan logo PKR)

Oleh Pemikir Negara

Perjuangan Anwar membawa masyarakat menuju kemusnahan.

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh adalah peluang terakhir bagi Anwar mendapatkan kuasa bagi merealisasikan hasrat dan cita-cita.

Justeru para pengundi di Permatang Pauh tidak perlu memberi undi kepada orang yang diketahui bersekongkol dengan Amerika Syarikat sejak 1986 lagi.

Mengundi Anwar memberi ruang kepada Amerika bertapak di negara ini dan seterusnya rakyat dijajah seperti yang berlaku di Iraq dan Afghanistan.

Di samping menjadikan Malaysia sebuah pusat pengkalan Israel kedua selepas Singapura, mengundi Anwar bererti kita terlibat secara langsung untuk menghancurkan masa depan negara.

Justeru kita akan menjadi hamba abdi di bumi sendiri.

Awas, selaku pengundi jangan buang masa. Undilah Datuk Arif Shah yang sudah entu boleh membawa kita ke arah kemajuan. InsyaAllah.

UTAMAKAN KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA

Oleh Pemikir Negara

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor, meminta pengundi Permatang Pauh mengutamakan kepentingan agama dan bangsa dalam membuat undi pada 26 Ogos ini.

Menurutnya, perkara utama yang perlu difikirkan ialah usaha memperjuangkan agama yang ketika ini "sedang dipermain-mainkan" oleh pihak tertentu kerana tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membela mereka.

Katanya, orang lain berani mempermainkan bangsa Melayu kerana mereka tahu ada pemimpin Melayu yang bernama Anwar Ibrahim yang menyokong mereka demi kerana cita-cita politik untuk menjadi Perdana Menteri.

"Jangan gadaikan agama dan bangsa semata-mata untuk mencapai impian peribadi. Hormatilah apa yang dilakukan oleh pengasas bangsa untuk memastikan Malaysia ini aman dan stabil. Apa yang Anwar lakukan ialah menghina pengasas bangsa.

"Apa jenis orang seperti ini yang tidak mementingkan negara? Jangan robohkan apa yang dibina sekarang. Jangan kerana ingin mendapat kuasa kita sanggup menghina pengasas bangsa. Negara lain pun tidak berbuat demikian.

"Apakah orang seperti ini yang kita mahu pilih. Saya sudah lama dengan beliau dan tahu apa yang ingin beliau mahu. Hanya untuk dirinya saja." katanya dalam ceramah di Taman Pauh, dua hari lalu.

VOTERS IN PERMATANG PAUH ARE ARIF...

By Zukri Valentino

History could just happened in Pulau Pinang...

Barisan Nasional candidate for the Permatang Pauh Parliamentary by-election Arif Shah Omar Shah stands a better chance to win. It might be difficult, but its not impossible because nothing is impossible in Malaysian politics.

Being an examplary state assemblyman thus far this white-haired OCBC might pulled of an upset against the overwhelmingly favoured candidate from Parti Keadilan Rakyat.

While there was an enormous preassure on PKR to win, it was less on Arif who is readily embraced by just any other voter in P44. He might just snap away the parliament seat by the slimmest of a majority.

Arif means clever or smart in Bahasa Melayu, actually its Arabic for clever and smart.

And voters in Permatang Pauh are Arif enough to make a choice, which is not very difficult...