Oleh Halimah Mohd. Said
MEMANG tepat langkah kerajaan menghentikan tabiat boros dan perbelanjaan yang tidak bermakna di pejabat dan kalangan kakitangan awam!
Di Malaysia mengadakan majlis atau aktiviti yang melibatkan kos tinggi sudah menjadi-jadi pada tahap kerajaan, lebih-lebih lagi korporat.
Pelancaran program di sana sini dipenuhi dengan hiburan yang tidak relevan seperti pertunjukan bunga api atau pementasan fesyen serta hiburan.
Sudah menjadi kebiasaan jawatankuasa dan VIP diberi baju baru seragam dan cenderahati yang berharga. Baju mereka pula dilekatkan dengan bunga corsage.
Benda-benda ini selalunya tidak manfaat kepada individu tersebut dan diketepikan begitu sahaja.
Malah, ada majlis bagi aktiviti intelektual seperti pembukaan persidangan, seminar dan pelancaran buku diiringi dengan letupan bunga api, taburan beras kunyit dan potongan kek atau pulut kuning.
Bunga telur yang mempunyai makna di majlis perkahwinan juga diagih-agihkan. Beg persidangan dipenuhkan dengan risalah dan cenderahati yang menyemakkan! Apa kerelevenan semua ini kepada majlis atau peserta tersebut?
Kudapan pagi dan petang menghidangkan bermacam-macam jenis minuman, kuih dan lauk seolah-olah jamuan ini yang memberi semangat mental kepada peserta sekelian. Sebaliknya, yang sering dilihat ialah perangai gelojoh dan tamak apabila makan terlalu banyak.
WarisanTabiat menghias dan berhias ialah sesuatu yang dihalusi rakyat Malaysia, terutama orang Melayu.
Mungkin ini warisan ketimuran yang dimegahkan oleh nenek moyang kita. Orang Timur amat besar hati apabila menerima kunjungan atau naungan tetamu, lebih lebih lagi jika mereka datang dari kalangan atasan.
Pemimpin diraikan dengan meriah, raja dimuliakan setanding dengan kedaulatan baginda. Hidangan makan yang memenuhi tikar atau meja menjadi kelaziman. Yang diharapkan daripada semua ini ialah naungan dan sokongan untuk rakyat biasa.
Jika diterima premis bahawa tanggungjawab kerajaan dan kepemimpinan yang diwakili individu individu tertentu ialah untuk menabur bakti dan jasa ke- pada bangsa dan negara, tidak muna- sabah kedudukan mereka yang terpilih ini diagung-agungkan lagi dengan upa- cara amal/ritual yang hanya merupakan perhiasan.
Lebih bermakna penghormatan dibe- ri dengan kata-kata yang mulia dan per- buatan yang bermakna.
Lebih relevan jika mereka dihadiahkan dengan buku/risalah yang mengandungi maklumat lengkap tentang majlis atau aktiviti yang dihadiri.
Memang ada hikmah di sebalik kenaikan harga minyak dan inflasi dalam negara. Ia merupakan petanda positif ke- pada negara dan bangsa.
Sudah tiba masanya kita fikirkan masak-masak tentang nilai hidup kita di mana tabiat boros dan riak tidak seharusnya dibanggakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment